November 27, 2009

BUBAR SPRM DAN WUJUDKAN ORGANISASI ANTI RASUAH BARU DI BAWAH KUASA PARLIMEN

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibubarkan berdasarkan kegagalan dan prestasi merosot badan tersebut. Bukan sahaja Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan seharusnya meletakkan jawatan tetapi badan tersebut iaitu SPRM wajar dibubarkan .
Malah amat memalukan Malaysia kini berada di kedudukan ke-56 daripada 180 negara yang mana skor untuk indeks rasuahnya hanyalah 4.5 mata daripada 10 mata. Tahun lalu Malaysia berada di kedudukan ke-47 dengan 5.1 mata.
Malah Malaysia berkongsi nombor 56 dengan 4 buah negara iaitu Latvia , Namibia , Samao dan Slovakia

Terbukti berdasarkan Jadual di atas adalah kegagalan SPRM ( dulu BPR) yang berada masih berada di bawah Jabatan Perdana Menteri apabila menjunam 9 anak tangga daripada tahun 2008 . Sebelum ini rakyat memberikan keyakinan apabila berlaku perubahan daripada Badan Pencengahan Rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta berlakunya pindahan akta , organisasi ini akan menjadi lebih efisyen , berintegriti , profesional , telus dan adil . Tetapi menjadi semakin parah dan Indeks Persepsi Rasuah oleh TI adalah bukti kegagalan SPRM dan SPRM wajar dibubarkan .

Kematian dan pembunuhan Teo Beng Hock yang melibatkan SPRM menjadikan integriti dan kredebiliti SPRM jatuh merudum di mata rakyat . Malah sikap pendakwaan terpilih oleh SPRM menjadikan badan ini sudah tidak dihormati oleh rakyat Malaysia .
Selagi SPRM masih berada di bawah kuasa Perdana Menteri , selagi itulah peranan dan fungsi SPRM tidak akan dicapai lebih-lebih lagi SPRM dilihat sebagai ‘penyelamat’ pemimpin UMNO / BN .
Laporan yang berintegriti dan berautoriti seperti Laporan Ketua Audit Negara dipandang ringan dan bisu oleh SPRM kerana ianya melibatkan pemimpin UMNO/BN dan pegawai-pegawai kerajaan di peringkat Kementerian dan negeri . Ini meletakkan SPRM sebagai penyelamat kepada pemimpin UMNO /BN dan para perasuah dan penyeleweng yang terus merompak hasil negara dan wang rakyat . SPRM terus dikawal dan dipanduselia oleh Perdana Menteri dan UMNO/BN . Malah kes-kes yang berprofile tinggi, SPRM menjadi pem’bersih’ walaupun kes rasuah dan penyelewengan tersebut terang lagi bersuluh .
Kes-kes seperti PKFZ tidak terlalu penting bagi SPRM walaupun ianya adalah merupakan skandal terbesar dalam negara . Serangan SPRM terhadap negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat begitu memberangsangkan walaupun hanya sekadar tulisan daripada blog yang tidak pasti kesahihannya . Terus disiasat dan diambil tindakan oleh SPRM . Tetapi kes-kes yang dilakukan oleh pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri sediri di’buta,pekakdanbisu’kan sahaja oleh SPRM walaupun telah disahkan bukti tetapi dibakul sampahkan oleh SPRM . Semua laboran-laporan rasuah , penyelewengan dan salahguna kuasa yang dibuat oleh AMK tiada sebarang tindakan .
Justeru , AMK mencadang dan mendesak agar SPRM dibubarkan dan ditubuhkan satu organisasi anti rasuah yang bebas , telus , adil dan profesional serta diletakkan dibawah tanggungjawab parlimen dan bukan lagi Jabatan Perdana Menteri .
Kegagalan ini juga adalah merupakan kegagalan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri . Adalah memalukan Malaysia adalah lebih teruk indeks rasuah daripada negara Afrika selatan .

SELAMATKAN MALAYSIA!

November 21, 2009

KESAL SEKOLAH DIJADIKAN PENTAS POLITIK UMNO SERDANG

Pada 17 November 2009 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Taman Universiti, Seri Kembangan Selangor telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang Kali Ke-16. Hari Anugerah Cemerlang merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG untuk memberikan penghargaan kepada murid yang cemerlang dalam peperiksaan PKSR dan juga kepada murid yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan ko-kurikulum.

Warga sekolah serta para ibu bapa dengan bangganya hadir dan berkumpul dalam majlis kemuncak untuk melihat anak masing-masing menerima anugerah.

Kami para ibubapa yang turut hadir pada program tersebut pada mulanya tidak merasakan apa-apa yang tidak kena sehingga munculnya perasmi program iaitu Mej (B) Abdul Rahim Mohd Amin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Serdang. Turut sama Hj Hasan Nodin, Ketua UMNO Cawangan Taman Universiti serta Ungku Md Saleh, Ketua Pemuda UMNO Serdang.

Mej (B) Abdul Rahim, Hj Hasan Nodin dan Ungku Md Saleh telah diberikan ruang seluas-luaskan untuk berucap dan menyampaikan anugerah kepada para murid. Dalam kata lain, UMNO Serdang telah mempergunakan warga sekolah terutamanya Pn Hajah Azimah (Guru Besar) dan Hj Razaob (YDP PIBG) serta murid-murid untuk kepentingan politik murahan mereka.
Persoalan utama, atas kapasiti apa UMNO Serdang layak dijemput untuk hadir ke program sekolah ini. Adakah hanya kerana UMNO Serdang menjadi penyumbang utama kepada sekolah maka mereka paling layak dijemput? Apakah mereka lebih layak daripada wakil Pejabat Pelajaran Daerah ataupun wakil dari Kementerian Pelajaran?
Kami para ibubapa yang hadir berasa amat kecewa atas apa yang berlaku dalam program tersebut. Sekolah sepatutnya bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik dan sepatutnya Guru Besar harus berani dan tegas menolak permintaan UMNO Serdang . Sikap UMNO Serdang dalam mengambil kesempatan atas kehadiran para ibubapa untuk menyampaikan agenda politik meraka turut kami kesali.

Kami tidak mahu anak-anak kami terperangkap dalam mainan politik murahan UMNO dalam melaksanakan agenda tersembunyi mereka.

Bagi kami para ibubapa, kehadiran UMNO Serdang dalam program sekolah ini hanya menambahkan kebencian kami serta rakyat Serdang khususnya kepada UMNO yang nampaknya kian terdesak untuk mempergunakan apa sahaja demi ‘survival’ politik murahan mereka.

Pihak Kementerian Pelajaran sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam memantau perkara ini.

Sekian.

Mohd Ali B. Ismail
Bandar Putra Permai

November 3, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU - NAIB KETUA AMK






Sdr Kamarul Bin Ashak, Naib Ketua AMK Puchong telah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya di Slim River pada Ahad, 1 Nov. 2009 yang lalu. Ucapan tahniah dari barisan kepimpinan AMK Puchong. Semoga beliau bersama pasangan dipanjangkan jodoh dan dimurahkan rezeki.