April 5, 2010

Sisi Perkauman Dominan Dalam Politik Malaysia

Memang mudah melihat semua perkara dari sudut perkauman. Kerajaan Melayu, pGo to  fullsize imagearti Melayu dan jentera kerajaan Melayu. Sementara yang menentangnya ialah pembangkang Cina, ahli perniagaan Cina dan komgsi gelap Cina. Maka senario yang ditunjukkan ialah orang Melayu mengalah sementara pihak Cina maju menuntut hak mereka.

Pertamanya, prinsip kebangsaan bercanggah dengan perkauman. Gerakan Islam perlu menghuraikan apa yang dimaksudakan dengan kebangsaan. Istilah perkauman adalah jelas. Ia bercanggah dengan kemanusiaan dan agama Islam itu sendiri. Perkara ini mudah untuk dilihat walaupun wajar diingatkan semula.

Sebelum melihat soal perkauman, wajar diteliti istilah kemanusiaan dan Islam itu sendiri. Ajaran Islam jelas menyokong kemanusiaan. Tetapi tidak semua perjuangan untuk kemanusiaan selari dengan kehendak Islam. Ini kerana Islam sebagai agama melihat soal ketuhanan dan Tauhid. Allah SWT mencipta alam ini dan manusia adalah makhluk yang tugasnya beribadat kepada Allah SWT.

Tetapi dalam banyak-banyak makhluk, manusia adalah paling istimewa kerana dia yang mempunyai roh untuk berada amat hampir pada Allah SWT. Justeru Islam mendokong kemanusiaan, tetapi dalam konteks ia memiliki roh untuk hampir kepada Allah SWT. Manusia dalam Islam tidak berdiri sendiri untuk menentukan segalanya, dia adalah hamba Allah SWT.

Maka Allah SWT mewujudkan manusia berbangsa-bangsa, supaya saling kenal-mengenali, bukan untuk berperang. Tetapi adalah untuk membantu antara satu sama lain bagi menghampiri diri kepada Allah SWT. Tidak ada bangsa yang tinggi daripada yang lain. Tidak ada bangsa yang istimewa, hatta orang Arab atau Quraisy sekalipun, apatah lagi Yahudi. Kemuliaan sesuatu bangsa terletak kepada ketakwaan individu. Sesiapa yang menganggap bangsanya paling hebat tanpa takwa, maka itu dianggap sebagai asabiah, suatu yang ditolak Islam.

Kesaksamaan bangsa adalah fahaman Islam. Tetapi Islam tidak menolak kewujudkan bangsa. Apa pula dengan perkauman? Bangsa terdiri daripada banyak kaum. Kaum juga tidak boleh dinafikankewujudannya. Apa yang disebut perkauman ialah sifat mengutamakan kaum sendiri walaupun ia menzalimi kaum lain. Ini adalah asabiah yang ditentang Islam.

Berbeza dengan kebangsaan. Sifat kebangsaan yang menyatukan banyak kaum untuk hidup aman dan adil boleh diterima Islam. Dari sudut bahasa Melayu, penambahan ke-an, dan per-an membezakan antara kebangsaan dan perkauman. Namun tidak ada pula istilah perbangsaan dankekauman. Kalau ada istilah seumpama itu, maka ia boleh dibezakan antara kebangsaan positifdengan kebangsaan negatif.

Kebangsaan positif adalah semangat penyatuan dan perpaduan di kalangan kaum-kaum untuk mewujudkan sebuah negara. Sementara kebangsaan negatif, yang patutnya boleh disebut kekauman adalah sifat menunjukkan keagungan unggul bangsa sendiri untuk menakluk bangsa lain, ia boleh disebut ultranasionalis dan fasis seperti terserlah oleh Jerman, Itali dan Jepun.

Begitu juga dengan perkauman. Ia sememangnya negatif. Tetapi perkauman positif dalam bentuk untuk memelihara jati diri kaum sendiri serta memajukan kedudukan dalam pelbagai bidang kehidupan tanpa melakukan penindasan juga perlu ada. Perkauman jenis ini wajar disebut kekauman. Malangnya istilah itu tidak ada.

Apabila sudah memahami konsep Islam, kemanusiaan, kebangsaan, asabiah dan perkauman, maka mudahlah membicarakan apa yang disebut kebangsaan Malaysia. Sebelum Malaysia diwujudkan, yang ada ialah kebangsaan Melayu. Ini kerana Melayu merupakan warganegara negeri-negeri Melayu.

Kebangsaan Melayu pada permulaannya adalah untuk menyatukan negeri-negeri Melayu supaya jangan berbalah sesama sendiri, yang berlainan negeri. Selain itu, ia bertujuan untuk memperjuangkan kemerdekaan daripada Inggeris. Serentak itu memajukan bangsa Melayu supaya tidak dikalahkan oleh mereka yang dibawa Inggeris dari China dan India.

Apabila merdeka, ditubuhkan Tanah Melayu atau Malaya. Maka konsep bangsa Melayu diperluaskan untuk memasukkan semua warganegara Tanah Melayu, walaupun bukan keturunan Melayu. Apa yang sebenarnya muncul ialah bangsa Tanah Melayu atau bangsa Malaya. Sementara kaum yang ada ialah Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum yang kecil lainnya.

Namun begitu, kaum Melayu kerana sejarah serta kedudukan politik dan sosioekonominya masih mengekalkan istilah bangsa Melayu. Ini ekoran kedudukan ekonomi yang sewajarnya perlu ada demi keseimbangan politik bagi Malaya. Tetapi dalam usaha membela kedudukan Melayu ini, ia tidaklah perlu untuk menzalimi kaum lain. Apa yang sebenarnya disebut sebagai ketuanan Melayu adalah bersifat sejarah tetapi tidak tertakluk kepada amalan sistem bernegara secaramoden dan demokrasi. Seperti kedudukan raja-raja yang tidak mutlak, maka begitu juga dengan ketuanan Melayu. Ia merupakan ketuanan berperlembagaan.

Begitu juga apabila Malaysia ditubuhkan. Yang muncul ialah bangsa Malaysia. Di dalamnya terdapat pelbagai kaum. Dengan Melayu masih memiliki konsep bangsa Melayu tetapi dalam konteks bangsa Malaysia. Konsep kebangsaan Melayu yang berteraskan kepada kebangsaan Malaysia, kemanusiaan dan Islam tidak bersifat zalim.

Maka apabila disebut kebangsaan Malaysia, keseluruhan jentera pentadbiran awam dan parti politik adalah bersifat kebansgaan, dan bukannya perkauman. Walaupun BN dikatakan didominasi Melayu dan Pakatan Rakyat didokong Cina, itu tidak boleh berlaku dalam konteks kebangsaan Malaysia.

Umno sebagai parti Melayu adalah hasil perkembangan sejarah kerana pada masa dahulu Melayu itu adalah bangsa. DAP jadi parti Cina kerana ia dianggotai majoriti Cina. PAS yang berteraskan Islam tentunya dianggotai orang Melayu. Tetapi semua parti politik di negara ini tidak boleh bersifat perkauman. Semuanya berkhidmat untuk bangsa Malaysia.

Apatah lagi kerajaan. Kerajaan Malaysia bukannya kerajaan Melayu. Walaupun kakitangannya majoriti Melayu tetapi ia berkhidmat untuk bangsa Malaysia. Maka polis bukannya polis Melayu, tetapi polis Malaysia.

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) adalah suruhanjaya Malaysia dan bukannya Melayu. Akhbar arus perdana adalah untuk bangsa Malaysia dan bukannya Melayu. Tidak timbul Melayu asyik mengalah dan Cina dan India terus menang. Semua kes mesti dilihat dari segi keadilan dengan kesaksamaan setiap warganegara sebagai bangsa Malaysia.

Hulu Selangor: Umno Telah Mula Tabur Rasuah Sebelum PRK Bermula

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam tindakan desperado Umno-BN memenangi undi rakyat Hulu Selangor dengan menaburkan rasuah politik yang keterlaluan.

Ini dapat dilihat melalui kunjungan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (Semashur) semalam, di mana kempen politik Umno-BN terus-menerus dilaksanakan di kalangan guru yang dipaksa berhimpun di sekolah tersebut.

Di dalam lawatan yang sama, Muhyiddin telah dilihat melaksanakan tiga janji pembangunan yang sama sekali bersifat politik iaitu:

(i) mengumumkan penubuhan sebuah sekolah menengah dan tiga sekolah rendah di kawasan Hulu Selangor;
(ii) peruntukan RM2 juta untuk penyelesaian masalah banjir di Kampung Sentosa, Batang Kali; dan
(iii) peruntukan RM100,000 untuk pembaikpulihan dan pembelian van jenazah Masjid Al-Sajdin, Kampung Sentosa.

Pertamanya, ini jelas bercanggah dengan Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Pindaan 2006) yang menyebut seseorang didapati bersalah atas kesalahan melakukan sogokan apabila:

"tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberikan, meminjamkan, atau bersetuju untuk memberikan atau meminjamkan, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan, apa-apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk manamana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak mana-mana pemilih atau pengundi atau kepada atau untuk mana-mana orang lain, bagi mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi, atau yang secara rasuah melakukan apa-apa perbuatan yang disebut terdahulu oleh sebab pemilih atau pengundi itu telah mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya.."

Kedua, AMK melihat tindakan ini adalah satu tindakan terdesak yang sangat drastik, dalam keadaan penamaan calon baru sahaja diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini, dan itupun tarikhnya melangkau dua minggu dari tarikh semasa.

Tindakan menawarkan pembangunan mi segera seumpama ini bukanlah sesuatu yang menghairankan dalam strategi Umno-BN untuk memancing undi, apatah lagi saban waktu pilihanraya kecil, rakyat setempat akan sentiasa ditawarkan ganjaran pembangunan yang mendadak meskipun pembangunan tersebut tidak dapat rakyat kecapi selepas 50 tahun pemerintahan Umno-BN.

DUN Batang Kali misalnya, merupakan kawasan DUN yang menjadi kubu kuat Umno-BN turun temurun, malah pernah melahirkan seorang Menteri Besar iaitu Tan Sri Muhammad Muhd Taib, tetapi jika dilihat keadaan semasa, ianya jauh lebih mendukacitakan jika hendak dibanding dengan kawasan-kawasan di Pantai Timur seperti Kelantan yang diperintah oleh Pas-Pakatan Rakyat.

Apakah Umno-BN merasakan bahawa 'fasa pembodohan rakyat' yang mereka jalankan tahun demi tahun melalui taburan pembangunan mi segera seumpama ini mampu menawan hati rakyat di sebalik pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor selama 2 tahun?

Rentetan daripada ini, AMK akan mengemukakan bantahan kepada SPR mengenai taburan pembangunan mi segera ini yang jelas merupakan satu bentuk rasuah politik yang sewajarnya dibendung oleh SPR dan SPRM. Ini merupakan satu cabaran terbuka buat Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Dato' Abu Kassim Mohamed yang mahu mengembalikan keyakinan masyarakat ke atas integriti SPRM.

AMK mencabar Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak untuk menjadi jantan dengan berhadapan Pakatan Rakyat secara 'gentleman' tanpa menggunakan sebarang instrumen kerajaan seperti Kementerian Kewangan dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) untuk membanjirkan Hulu Selangor dengan projek pembangunan mi segera.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Hebahan Media Angkatan Muda Keadilan

4 April 2010

LAPORAN POLIS TERHADAP PM NAJIB BERKAITAN PENGLIBATAN APCO DI DALAM KERAJAAN MALAYSIA

Perkara diatas adalah dengan segala hormatnya dirujuk.

Pemuda Pakatan Rakyat diwakili Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin akan membuat laporan polis terhadap PM Najib Tun Razak berkenaan penglibatan APCO yang diterajui pimpinan Zionis di dalam Kerajaan Malaysia.

Laporan tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 6 April 2010 (Selasa)
Masa : 11 pagi
Lokasi: IPD Dang Wangi (bersebelahan Stadium Merdeka)

Orang awam dan wakil media KECUALI Utusan Malaysia adalah dijemput untuk hadir ke majlis tersebut.

Harap maklum

--
Hasmuzair Hassan
Setiausaha Kerja
Angkatan Muda Keadilan