April 7, 2010

Kemelut YBK: MB Marah Orang Melayu Tipu Melayu

Tindakan tegas Kerajaan Selangor terhadap Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dengan mengambil semula tanah itu menyelamatkan aset berkenaan dari tergadai di bank, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tanpa disedari umum, beliau berkata, nilai tanah yang dicagar kepada bank, nilainya menjangkau lebih RM100 juta.

Khalid berkata demikian pada majlis Penerangan Kerajaan Selangor di Sungai Tengi bagi menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan media arus perdana berikutan kemelut YBK dengan kerajaan negeri.

"Saya, orang tak jaga duit saya marah. Orang tak jaga harta, saya marah. Bukan harta dia, harta rakyat. YBK bagi tanah dapat RM15 seekar. Selepas itu tak jaga, bila saya periksa tanah yang kerajaan negeri dulu bagi, diurusniagakan.

"Tak tahu dapat untung atau tidak. Rupa-rupanya sudah dicagar kepada bank melebihi RM100 juta," katanya pada Majlis Penerangan Kerajaan Selangor di Kampung Desa Maju, Sungai Tengi, Ulu Bernam.

Beliau dengan tegas dan lantang membidas sikap sesetengah orang Melayu yang hanya pandai menindas kaum mereka yang miskin dan merampas hak yang sepatutnya dinikmati mereka.

Sebaliknya, katanya, kerajaan negeri pula dituduh menjadi punca pembangunan pendidikan tidak dapat dilaksanakan atas tanah berkenaan sedangkan cadangan itu tidak pernah muncul ketika tanah itu terbiar dan hampir tergadai.

"Esok, tak adalah tanah-tanah itu. Bank bukan orang miskin yang punya. Itu sebab saya pertahankan. Sudah ramai kata saya marah pada orang Melayu, tetapi saya marah orang Melayu tipu Melayu," katanya./TVSelangor

BILA BLOGGER BODOH MENIPU PEMBACA YANG BODOH

Foto 1

Foto 2

Nampaknya puak-puak pencacai dari Blogger Umno habis modal untuk memburukkan pimpinan PKR. Kelantangan Ketua AMK Shamsul Iskandar amat digeruni oleh mereka kerana Ketua AMK tidak seperti Ketua Pemuda Umno yang layu itu. Apatah lagi Blogger Pro Umno itu mendapat khabar angin kununnya Ketua AMK akan dicalonkan untuk bertanding di PRK Parlimen Hulu Selangor tidak lama lagi.

Di dalam blog Pro Umno yang tidak bermaruah itu di sini, mereka mengatakan Ketua AMK pernah terkencing di dalam seluar . Blog bodoh itu merujuk pula blog bodoh kawan mereka yang lain di sini. Jika sudah bodoh, merujuk pula kepada yang bodoh juga, maka bila Blogger Pro Umno ini hendak menjadi cerdik?

Cuba kita lihat Foto 1, gambar seorang wanita yang dikatakan terkencing di dalam seluar. Cerita tersebut anda boleh baca di sini. Cuba anda perhatikan seluar basah yang dipakai oleh wanita berkenaan. Kemudian anda perhati juga betul-betul seluar basah yang kununnya dipakai oleh Ketua AMK Sdr Shamsul Iskandar (Foto 2). Perhati betul-betul. Sama atau tidak kesan basahnya?

Foto 2 itulah yang diceritakan oleh Blogger Pro Umno untuk memfitnah Ketua AMK dan disambut pula oleh Blogger-Blogger seangkatan bodoh seperti mereka. Kehabisan modal, tiada isu dan tiada hujah, jauh sekali berani untuk berdebat dengan pimpinan PKR, mereka sanggup melakukan kerja bodoh khusus untuk mereka yang bodoh jua. Maka, tidak hairanlah puak-puak Umno ini tidak boleh menjadi cerdik kerana mereka dihadapkan dengan berita-berita kartun, fitnah dan sebodoh ini.

Kita mengharapkan agar Blogger kita tidak berjangkit dengan kebodohan mereka. Kita bertanggungjawab untuk mendidik pembaca kita untuk lebih cerdik bukan diperbodohkan./Mandor.blogspot

Konvensyen BN, wakil MCA bertindak keluar dewan

Usaha Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat dengan agenda konvensyennya di Shah Alam, hari ini menerima tamparan apabila 15 perwakilan MCA Kapar bertindak meninggalkan majlis itu.

Ketua MCA Kapar, Datuk Song Kee Chai yang dihubungi melalui telefon berkata antara punca tidak puas hati mereka ialah kerana MCA dianak-tirikan pada konvensyen berkenaan.

Antaranya, hany
a lagu BN dan Umno dinyanyikan sedangkan lagu parti komponen lain tidak diendahkan.

“Konvesyen itu dianjurkan oleh BN, jadi menyanyikan laguUmno tidak mencerminkan semangat BN dan juga 1Malaysia,” kata Song lagi.

Selain itu, katanya, hanya tetamu dan pemimpin utama dari Umno yang dijemput duduk di pentas utama. Mereka termasuk Datuk Mohd Zin, Datuk Seri Noh Omar, Shafei Abdullah dan seorang lagi.

Tiada tetamu ataupun pemimpin parti komponen lain yang dijemput ke pentas utama.

Menurut Song apa yang menghangatkan lagi suasana ialah ketika ucapannya, Noh Omar yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor berkata orang Melayu telah banyak berkorban demi rakan-rakan bukan Melayu.

Menurut Noh, rakyat bukan Melayu sepatutnya berterima-kasih kerana diberikan kerakyatan.

Noh Omar jug

a memetik ucapan daripada presiden keempat MCA, Tun Tan Siew Sin dan presiden kelima MIC, Tun VT Sambathan pada zaman era tahun 1960an yang memuji Umno kerana memberikan kerakyatan kepada bukan Melayu.

Song berkata bahagiannya menganggap ucapan Noh itu satu penghinaan kepada masyarakat Cina dan India di negara ini.

Di sebalik memulaukan sebahagian besar aktiviti konvensyen itu, Song dan ahli-ahlinya akan kembali petang ini untuk menghadiri pelancaran kempen 'BN Mampu Berubah, Sayangi Selangor Yakini BN dan Selangor Take Over Plan (STOP) PRU 13.

Sementara itu, setiausaha agung MIC, S Murugesan juga melahirkan rasa kurang senang kerana tiada pemimpinnya diletakkan di pentas utama.

"Nampaknya mereka seperti tidak menghormati kami,” katanya.

Bagaimanapun katanya, aduan sudah disampaikan kepada pengerusi penganjur, Mohd Zin yang berjanji memperbetulkan keadaan.

"Mereka telah meletakkan kerusi tambahan di pentas dan berjanji kepada saya bahawa lagu Umno tidak akan dinyanyikan pada sessi petang apabila Perdana Menteri, Najib Razak tiba.

"Jadi buat masa ini, saya tiada masalah,” katanya.

Sumber Berita : Malaysiakini

PERKASA atau PERKASAM??

"Perjuangan PERKASA adalah demi kelangsungan Umat Melayu dan Agama Islam di Tanah Air sendiri dan bukan saperti Melayu Liberal yang hilang identiti atau sesat di tengah hari."

Datuk Paduka Ibrahim Ali Presiden Perkasa...Gambar bawah tu..Ketua Wira PERKASA, Arman bersama isterinya...Nak panggil Melayu apa tu???



Ketua Wira PERKASA, Arman bersama isterinya


Ketua Wira PERKASA, Arman Azha Hj Abu Hanifah


Arman ketika menghadiri Mesyuarat Perwakilan Umno PJU


Pengguguran MAFREL Bererti UMNO Akan Main Kotor Lebih Dari Biasa

Penguguran ini bererti MAFREL tidak lagi boleh memerhatikan proses pengundian di dalam Pusat-Pusat mengundi. Ini bererti UMNO/BN dgn parti komponen mereka yang paling utama, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan lebih bebas memanipulasi proses serta keputusan pilihanraya kecil yang bakal diadakan di Hulu Selangor.

Berkaitan dengan alasan memberi laporan, EC seharusnya memberi amaran terakhir kepada MAFREL sebelum memecat mereka, bukan memecat mereka hanya kerana Noh Omar mahukan MAFREL dipecat. Dan Noh Omar melakukan demikian setelah dikritik MAFREL
kerana menabur janji-janji pembangunan sebagai kempen pilihanraya mereka.
Saya melihat SPR menjadi kuda tunggangan UMNO kerana mudah sangat menerima arahan dari Noh Omar, seorang pimpinan picisan UMNO yang tiada maruah. Seharusnya kenyataan MAFREL itu dialu-alukan oleh Noh Omar memandangkan janji-janji UMNO di Bagan Pinang dahulu pun masih belum tertunai.

Saya tidak tahu samada benar atau tidak MAFREL tidak menghantar laporan kepada EC, tapi pembuangan secara drastik ini adalah sangat merisaukan saya. Mengapa buang MAFREL setelah Noh Omar mengamuk? Bagi saya, jelas SPR menjadi kuda tunggangan UMNO.

Kita sedar betapa SPR sanggup melacurkan diri mereka di dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan Negeri Perak dahulu. Kita sedar bagaimana SPR tidak menghormati Speaker Negeri Kedah kerana tidak mahu mengadakan pilihanraya di DUN Kota Seputih. Kita sedar SPR adalah PELACUR kepada UMNO. Kita juga sedar SPR adalah salah satu biro UMNO.

Pemecatan MAFREL adalah rentetan dari berbagai tindakan SPR yang melacurkan diri mereka untuk UMNO dan Barisan Nasional.

Bersiap-sedialah Pakatan Rakyat untuk melihat penipuan pilihanraya yang berskala maksima dalam pilihanraya Hulu Selangor. Ini kerana kedua-dua UMNO dan SPR akan berganding bahu memastikan kemenangan Barisan Nasional.

Kita tidak tahu, mungkin SPR ni pun dah di Yahudi kan oleh UMNO?

Tulang Besi

SPR tak lagi iktiraf Mafrel, gugur pantau Hulu Selangor
Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 7 April — Selepas bertindak sebagai badan pemantau bebas dalam sembilan pilihan raya kecil sejak 2008, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk tidak lagi mengiktiraf Badan Pemantau Pilihan Raya Bebas Malaysia (Mafrel) bagi memantau pilihan raya kecil Hulu Selangor.

SPR memutuskan untuk tidak lagi melantik Mafrel atas alasan ia telah melanggar syarat pelantikan — gagal mengemukakan laporan kerja pemantauan yang dilakukan semasa kesemua sembilan pilihan raya kecil sejak Ogos 2008.

Mafrel merupakan satu-satunya badan pemantau tempatan yang telah diiktiraf SPR untuk memantau perjalanan pilihan raya khususnya sejak enam tahun lalu.
“Kami tidak lagi melantik Mafrel sebagai badan pemantau bebas bagi SPR ketika pilihan raya kecil di Hulu Selangor,” kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Difahamkan Mafrel kemungkinan hilang pengiktirafan SPR selepas ini, tetapi boleh terus bertindak sebagai antara salah satu badan bukan kerajaan pilihan raya.
Penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor diadakan 17 April ini manakala hari pengundian pula dijadual 25 April.

Lazimnya pelantikan SPR membolehkan Mafrel diberi ‘lesen’ untuk memantau perjalanan pilihan raya bermula dari hari penamaan calon sehingga hari pengundian.
Sehubungan jelas Wan Ahmad, apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan Mafrel adalah atas kapasitinya sebagai pertubuhan bukan kerajaan dan tiada kaitan dengan SPR.
“Itu kenyataan-kenyataan Mafrel (mengecam pengumuman kerajaan BN di Hulu Selangor), itu tiada kaitan dengan SPR,” katanya.

Menurut Wan Ahmad, keputusan untuk tidak melantik lagi Mafrel tiada kaitan dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kelmarin, yang mendakwa Mafrel tidak layak memantau pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Noh mendakwa Mafrel bukan satu badan berwibawa kerana mengeluarkan kenyataan sebelah pihak semata-mata.

“Ini kerana kami telah membuat keputusan itu lebih awal lagi,” katanya.
Wan Ahmad berkata, SPR telah berulang kali meminta Mafrel supaya mengemukakan laporan kepada SPR selepas berakhirnya setiap pilihan raya kecil tetapi tidak diambil berat.

“Kita telah memberi peringatan demi peringatan kepada Mafrel supaya menghantar laporan tetapi sejak sembilan pilihan raya kecil, bermula dari Permatang Pauh tiada laporan yang diterima SPR,” katanya.

“Itu syarat pelantikan Mafrel oleh SPR, menghantar laporan pemantauan... sejak pilihan raya kecil Permatang Pauh (pada Ogos 2008) sehingga pilihan raya kecil Bagan Pinang tahun lalu, Mafrel tidak menghantar laporan walaupun diminta berbuat demikian,” tambah Wan Ahmad dengan menyifatkan Mafrel telah “mereka melanggar syarat pelantikan.”
Terdahulu dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider, Pengerusi Mafrel Syed Ibrahim Syed Noh menegaskan tiada mana-mana pihak sama ada SPR ataupun ahli politilk termasuk Noh berhak untuk menghalang daripada membuat pemantauan perjalanan pilihan raya.

Bagaimanapun Syed Ibrahim berkeyakinan kerjasama baik sedia terjalin antara pihaknya dengan SPR akan berterusan untuk melihat perjalanan pilihan raya bebas dan adil bagi semua.

“Apa yang dikatakan oleh Datuk Noh adalah hak beliau dan kami pun ada hak untuk memberikan pandangan,” kata beliau.

Semalam Noh menggesa SPR supaya mengkaji semula peranan Mafrel sebagai pemantau bebas pilihan raya atas alasan ia menjadi alat kepada parti pembangkang kerana didakwa tidak bersikap bebas dalam menyatakan pandangannya dan tidak layak dilihat sebagai sebuah badan yang benar-benar menyalankan peranannya.
Noh berkata Mafrel sepatutnya menegur kedua-dua sekali, bukan hanya BN kerana Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dari Pakatan Rakyat juga mengagihkan geran tanah kepada penduduk tetapi tidak ditegur.

Beliau mempertikaikan kredibiliti Mafrel yang menyelar tindakan kerajaan pusat meluluskan projek perumahan dan sekolah kepada penduduk di Hulu Selangor yang didakwanya menyalahi peraturan pilihan raya.

Jelas Syed Ibrahim, Mafrel telah menjalankan peranannya sejak 2001 termasuk pilihan raya negeri Sarawak pada 2006 dan siri pilihan raya kecil.

“Kami memantau dari luar dan dari dalam lingkungan hari pilihan raya. SPR mengiktiraf kami dan meminta kami memantau pada hari pengundian.

“Jadi kami membuat kerja sepanjang masa dan dari dalam ketika hari pengundian. Apa yang tidak betul kami tegur dan laporkan dan apa yang baik kami kata baik,” katanya.

Oleh itu tegas beliau, Mafrel tidak terikat dengan mana-mana pihak.