March 10, 2010

MAJLIS PENYERAHAN CD FATWA DR YUSOF AL-QARADHAWI KEPADA PERDANA MENTERI

Hebahan Media
Angkatan Muda Keadilan

9 Mac 2010

MAJLIS PENYERAHAN CD FATWA DR YUSOF AL-QARADHAWI KEPADA PERDANA MENTERI

Perkara diatas adalah dengan segala hormatnya dirujuk.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) diketuai Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin akan menyerahkan satu salinan CD Fatwa Dr Yusof Al-Qaradhawi kepada Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak.

Penyerahan tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 10 Mac 2010 (Rabu)
Masa : 3.00 petang
Lokasi: Pejabat PM, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya

Orang awam dan wakil media KECUALI Utusan Malaysia adalah dijemput untuk hadir ke majlis penyerahan tersebut.

Harap maklum

--
Hasmuzair Hassan
Setiausaha Kerja
Angkatan Muda Keadilan
014-8422155

March 9, 2010

Prestasi Kerajaan Negeri-Negeri Pakatan Rakyat Sepanjang 2 Tahun

Pakatan Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat. Pakatan Rakyat akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh. Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberansangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir Umno-Barisan Nasional.

Selangor:
Negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 6.76 billion pada tahun 2009 dan mencipta sebanyak 20 753 peluang pekerjaan. Dari jumlah pelaburan tersebut, RM 2.752 billion(40.8%) merupakan pelaburan tempatan. Manakala Projek Industri yang diluluskan di Selangor berjumlah 278, ianya merupakan yang tertingi dicatatkan di Negara ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga mensasarkan enam hingga tujuh peratus pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini daripada penguncupan sebanyak 3.87 peratus tahun lepas.
Selangor juga mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada tahun sebelumnya.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini bagi menjalankan aktiviti pendidikan dan pembelajaran berteraskan Islam sepanjang 2010.Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak pernah mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari Kerajaan Negeri mahupun sumbangan individu.

Pulau Pinang
Pulau Pinang meluluskan sebanyak 104 projek industri(ketiga tertingi). Dasar CAT(daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan)menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk merekodkan lebihan belanjawan(surplus) sebanyak RM 88 juta berbanding jangkaan defisit sebanyak RM 35 juta(belanjawan 2008)
Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul. Pengiktirafan serta bantuan kewangan (pemberian tunai) kepada pelajar terbaik SPM dan STPM serta para huffaz.
Bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM 97 ribu per sekolah, RM 60 ribu kepada setiap sekolah cina dan RM 63 ribu kepada setiap sekolah tamil. Jumlah keseluruhan ialah RM 11.3 juta

Kedah
Pelaburan adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kedah telah mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009, dengan nilai pelaburan tempatan sebanyak RM279.4 juta dan pelaburan asing sebanyak RM559.8 juta.

Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan. Sedangkan di bawah pentadbiran umno-bn, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah.

Kelantan
Semenjak 20 tahun lepas Kerajaan Kelantan secara berterusan dianaktirikan akan tetapi Kelantan tetap berjaya dengan program negeri berkebajikan. Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri. Begitu juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu. Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan. Selain itu PMBK menjadi agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN sebelum 1990. Kerajaan Negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan. Kehadiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh. Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan Pusat.

DATO SERI ANWAR IBRAHIM DI MAHKAMAH SYARIAH

Adalah dimaklumkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur esok berhubung kes permohonan qazaf. Berikut adalah butirannya:

Masa: 9.00am
Tarikh: Hari Rabu, 10 Mac 2010
Tempat: Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim

March 8, 2010

PR Bukan Lubuk Habuan Politik: Anwar

Pakatan Rakyat bukan tempat untuk mencari habuan peribadi dan mereka yang mengimpikan sedemikian harus beralih ke Umno-Barisan Nasional dengan segera.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata gagasan itu tidak akan teragak-agak untuk memecat sesiapa yang mencabar dan menggugat idealism perjuangan rakyat yang dibawa bersama oleh Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS.

Beliau berkata Pakatan akan sentiasa mengutamakan perjuangan untuk rakyat berbanding dengan kepentingan politik yang tidak berlandaskan kepada prinsip dan keadilan.

Anwar Ibrahim menyampaikan mesej tegas itu pada konvensyen pakatan rakyat Selangor di Shah Alam.

Pakatan Rakyat menamatkan majoriti dua pertiga Umno-Barisan Nasional di Parlimen di samping mengambil-alih Perak, Pulau Pinang, Kedah, Selangor serta mengekalkan Kelantan.
Bermula dari detik itu, Umno dengan di terajui oleh Najib Razak melancarkan pelbagai asakan terhadap Pakatan Rakyat.

Umno dilaporkan mendalangi usaha membeli adun-adun di Perak sehingga kerajaan negeri pimpinan Nizar Jamaludin jatuh dan kini ahli ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat menjadi sasaran.

Anwar berkata dalil di sebalik asakan-asakan Umno, adalah jelas. Beliau merujuk kepada Selangor sebagai contoh.

Anwar berkata sepanjang dua tahun lalu, pakatan rakyat terpaksa berdepan dengan Umno yang semakin mengganas dan sanggup menggunakan sentimen perkauman dan agama untuk meraih sokongan politik.

Berdepan dengan cabaran sebegitu, PKR, Pas dan DAP tidak mempunyai pilihan kecuali memastikan ahli di semua peringkat mendokong perjuangan pakatan rakyat agar terus menjadi benteng untuk menolak rasuah dan penyelewengan.

Dalam memberi keutamaan kepada perjuangan itu, parti komponen pakatan rakyat sanggup membuat keputusan-keputusan berani yang tidak berlandaskan kepada kepentingan politik sempit .

Datuk Seri Anwar mengakhiri ucapannya dengan mengingatkan ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat bahawa yang membezakan gagasan itu dengan Umno-Barisan Nasional ialah keikhlasan dan amanah.

March 5, 2010

Kenyataan Palsu Noh Omar "Isu kotak ikan selesai"

Laman web rasmi Noh Omar(Noh KotIk) melaporkan yang Isu kotak ikan selesai. Umum tahu bahawa dia melancarkan satu budaya baru kepada peniaga2 dan pengimport ikan di Malaysia supaya menggunakan kotak ikan yang bari iaitu Kotak Ikan Berinsulasi Food Grade(KIBFG).

Kenyataan tersebut merupakan satu pembohongan yang nyata kerana pembekal-pembekal ikan di Malaysia telah menjalankan satu kempen memboikot KIBFG. Mereka juga sudah tidak membekalkan ikan sebanyak 1000tan metrik. Ini merupakan satu insiden yagn parah bagi Malaysia.

Selama lebih 20 tahun para peniaga dan pembekal ikan menggunakan kotak ikan yang lama tanpa sebarang masalah. Rakyat Malaysia tidak dilaporkan menghidap penyakit akibat daripada kotak ikan yang lama. Mengapa perlu menukar kotak ikan yang baru sedangkan ianya merupakan satu pembaziran. Harga ikan sudah tentu akan naik maka rakyat Malaysia tidak akan bertahan dengan kenaikan harga tersebut.

Noh KotIk cuba menyembunyikan kebenaran dengan berselindung dibawah kenyataan tersebut. Dia tidak dapat menyelesaikan isu ini walaupun sudah mengadakan rundingan meja bujur. Dalam rundingan tersebut, Noh dikecem hebat kerana rahsianya dibongkarkan. Dia dimalukan dengan hakikat bahawa kontrak kotak ikan itu diberikan kepada kroni-kroninya yang membawa keuntungan pada Noh RM10 sekotak. Jadi dengan berlakunya perkara ini Noh secara tidak langsung akan membolot ketungan sebanyak RM1,000,000 bagi 100,000 kotak ikan.

Ini adalah budaya kroni UMNO yang sudah lama menjadi satu penyakit. Noh KotIk tidak lagi berani menyangkal dakwaan terhadapnya kerana semua dakwaan terhadapnya adalah benar. Dia meluluskan projek ini tanpa memikirkan kesannya ke atas rakyat Malaysia. Perbuatan ini adalah perbuatan orang yang mementingkan diri sendiri. Noh bukan sahaja membazirkan duit peniaga malahan duit rakyat kerana projek KIBFG ini mendapat subsidi dari kerajaan. Perkara ini adalah tidak wajar. Sebanyak RM2.4juta peruntukan telah diluluskan oleh kerajaan.

Teruskan memboikot tindakan ini sekiranya anda tidak mahu harga barang naik dan mengkayakan Noh Omar yagn makan duit rakyat!!Dipetik dari laman web rasmi Noh Omar

March 4, 2010

Tan Sri Khalid dan Lim Guan Eng Sebab Ahli-Ahli Parlimen Lari

Bukan kah itu sebab utama puak-puak ni lari. Tan Tee Beng terus terang berkata beliau marah sebab tak dapat peruntukan untuk Parlimen beliau. Salehuddin Hashim marah sebab permohonan jawatan CEO Perangsang ditolak mentah-mentah. Zaharain bengang sebab permohonan projek RM40 juta tidak diluluskan oleh Lim Guan Eng.

Kita mesti sedar, selepas Pakatan Rakyat menang, ada di kalangan ahli-ahli dan penyokong-penyokong bercadang untuk membina kekayaan kembali setelah lama berjuang. Dan mereka sedar Selangor adalah negeri terkaya di Perseketuan Malaysia. Maka, mereka menjadi tukang lobby projek kepada ramai ahli perniagaan yang mahukan Kerajaan Selangor berbelanja wang rakyat mengkayakan mereka.

Namun, MB seperti Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mahu berbuat perkara sedemikian. Saya diberitahu MB Tan Sri Khalid dengan tegas mengatakan Pakatan Rakyat mesti memerintah dengan cara yang lain dari UMNO dahulu.

KETEGASAN DUA MB MEMBAWA PADAH KEPADA PAKATAN RAKYAT?

Saya dapat maklumat ada sekelompok dalam Pakatan Rakyat sekarang ini yang sedang marah dengan Tan Sri Khalid dan Lim Guan Eng. Mereka ini dahulunya penyokong dan pendokong kita. Namun, selepas Penang dan Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, mereka telah menjadi “dealers” kepada beberapa tokoh korporat.

Dan menjadi “dealer” projek akan menjanjikan wang yang cukup banyak sebagai upah. Ertinya, mereka hendak membawa kembali budaya UMNO dalam Pakatan Rakyat dan PKR.

Namun, Guan Eng dan Tan Sri Khalid sudah menyatakan bahawa pemerintahan mereka adalah pemerintahan “Tender Terbuka”. Mereka tiada kompromi dalam prinsip ini dan tender terbuka dikenakan kepada semua kontrak hatta kontrak Kelas F yang terhad pada Bumiputra sahaja.

Hasil dari ketegasan Tan Sri Khalid dan Lim Guan Eng, puak2 dalam PKR ini sedang mengubah arah dan tujuan mereka. Mereka sudah mula menghentam PKR dan mereka secara tegas mahukan PAS menubuhkan kerajaan bersama UMNO.

Sehingga di Penang mereka sanggup mengadakan demonstrasi menentang Lim Guan Eng. Bukan sebab mereka hendak membela orang Melayu tapi sebab Lim Guan Eng tidak mahu beri mereka projek “Direct Award”.

Begitu juga permusuhan puak2 ini dengan Khalid Ibrahim. Semuanya kerana Khalid Ibrahim tidak mahu memberi projek “Direct Award” lagi dan mewajibkan semua projek melalui proses tender terbuka.

Malahan, Tan Sri Khalid lebih tegas dan menghalang Salehuddin menjadi CEO Kumpulan Perangsang. Saudara/ri cuba fikir, adakah RM50k sebulan itu yang dipandang oleh Salehuddin? Sudah tentu tidak. Kumpulan Perangsang boleh jadi lubuk duit untuk beliau. Percayalah.

Yang jelasnya, segala persengketaan dalam PKR sekarang berpunca pada satu sebab: WANG. Tan Sri Khalid dan Lim Guan Eng tegas, maka raaamaaaiiii lah yang mengamuk. Ketegasan mereka menentang korupsi menyebabkan mereka mengambil jalan lain, yakni kembali semula pada UMNO.

Saya sendiri tahu terdapat beberapa “penyokong” PKR dan DSAI yang sedang menghimpit DSAI dengan harapan DSAI akan memujuk Tan Sri Khalid memberikan mereka projek. Tapi nak buat macamana kalau Tan Sri Khalid ni tegas dalam bab ni. Dan DSAI menyokong polisi Khalid dan Guan Eng.

Kawasan Khalid sendiri dia lawan angkara tidak mahu beri projek. Bagi saya, protes-protes sebegini akan berterusan sehinggalah PRU yang akan datang. Apabila duit jadi bahan sembahan, maka problem dalam Keadilan tidak akan berhenti.

BAIAAH TAKLIK JUGA TIDAK MENJAMIN…..

Dalam PAS, telah diinstitusikan “Baiaah Taklik” yang setakat ini berjaya menghalang wakil-wakil rakyat PAS dari melompat. Tapi, kita belajar dari British dan bagaimana mereka menundukkan kebangkitan suku kaum Mau Mau di Kenya, tidak mustahil UMNO akan menggunakan ulama-ulama ayam daging mereka (seperti Haramsani) untuk mengeluar fatwa kononnya Baiaah Taklik PAS itu TIDAK SAH dari segi syara’.

Saya tidak terkejut kalau sudah ada kertas yang telah ditulis supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa yang menyatakan “Baiaah Taklik” tidak sah dari sudut syarak. Di kala itu, kita lihat pula wakil-wakil rakyat PAS akan melompat.

Nauzubillah.

Apa pun, PKR wajib menganjurkan “SOLAT HAJAT” dan “QUNUT NAZILAH” untuk menentang usaha-usaha jahat UMNO dan Salehuddin Hashim.Silap Anwar pergi percaya orang yang kaki minum, tak puasa, tak solat macam mamat tu. Sekarang siapa yang susah?

TULANG BESI