March 24, 2009

SUMBANGAN BANTUAN KEWANGAN PERUBATAN

Pada 20 Mac 2009 yang lalu, AMK Puchong telah menyampaikan sumbangan bantuan kewangan kepada En. Ganesh A/L Mahalingam bertempat di Taman Puchong Utama. En. Ganesh telah mengalami kemalangan (terjatuh) ketika menjalankan tugasnya di mana tangannya patah dan kepalanya mengalami keretakan yg serius.

Sehingga ke hari ini En. Ganesh masih perlu mendapatkan rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur dan diharap bantuan yang dihulurkan dapat meringan beban beliau.


Rombongan AMK Puchong telah diwakili oleh Mohd Ali Ismail (Ketua AMK), Remash Kumar (Naib Ketua AMK), Murali (Ketua AMK JDM Puchong Indah) dan Ellan Kumaran (AJK AMK).

March 21, 2009

PAK LANG SAHAK DALAM KENANGAN

Pak Lang Sahak yg ceritanya pernah dilaporkan sebelum ini telah meninggal dunia jam 4.50 petang 20 Mac 2009. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan selepas Isyak.

Antara yang hadir melawat jenazah ialah Tuan Haji Yaakob Sapari, Ketua AMK Sdr Mohd Ali Ismail, Ketua Wanita Pn. Hesni, Sdr Hamdan, Sdr Jauhari, Sdr Kadir dan beberapa kepimpinan bahagian.

March 17, 2009

SAMBUTAN SATU TAHUN PENTADBIRAN KERAJAAN BAHARU SELANGOR

http://www.selangor.gov.my/main.php?Content=articles&ArticleID=110&IID=





MAJLIS PELANCARAN PROGRAM LATIHAN BOLASEPAK PKR PUCHONG

Majlis pelancaran Prigram Latihan Bolasepak PKR Bahagian Puchong dan Majlis Makan Malam Pemain Bersama Ibubapa telah diadakan pada 15 Mac 2009 (Ahad) yang lalu bertempat di Restoran Rathaa Curry House, Bandar Puteri 5, Puchong Selangor.
Majlis telah dianjurkan oleh Pusat Perkhidmatan Dan Pembangunan Masyarakat PKR Puchong bersama Persatuan Bolasepak Puchong Rovers dan AK Group of Companies dengan motonya "KE ARAH PERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA SEJAGAT, BERIMAN, BERILMU DAN SIHAT".

Tetamu khas pada malam itu ialah YB Tuan Haji Yaakob Sapari selaku Ketua PKR Puchong dan Exco Kerajaan Negeri.

Majlis bermula pada jam 8.00 malam itu sepatutnya dirasmikan oleh YB Tuan Haji Yaakob Sapari tetapi beliau tidak dapat hadir. Majlis perasmian disempurnakan oleh Profesor Dr. Ananthan Krishnan selaku Penasihat Pusat Perkhidmatan Dan Pembangunan Masyarakat PKR Puchong.

Antara yang turut menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut ialah En. Shanmugam Kuppusamy (Pengerusi Persatuan Bola Sepak Puchong Rovers), En. Saravenan Palni (Pengerusi Persatuan Bola Sepak Sri Serdang), En. S. Amaratathalingam (Penyelaras Jawatankuasa Pertandingan Bola Sepak AK Cup), En. Mohd Ali Ismail (Ketua AMK Puchong) dan En. Michael Tamil (Naib Ketua Bahagian PKR Puchong).

Majlis turut diserikan dengan pertunjukan 'slide' aktiviti Persatuan Bolasepak Puchong Rovers.

CERAMAH PERDANA SEMPENA SATU TAHUN PENTADBIRAN KERAJAAN BAHARU SELANGOR

Sempena satu tahun pentadbiran Kerajaan Baharu Selangor, satu ceramah umum berkenaan isu-isu terkini telah diadakan di Balai Masyarakat Taman Puchong Perdana pada 14 Mac 2009 yang lalu.

Antara penceramah yang hadir ialah YB A. Sivanesan (Sungkai): Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Sumber Manusia (Kerajaan Sah Perak) dan YB Tuan Haji Yaakob Bin Sapari ADUN Kota Anggerik, Exco Kerajaan Negeri dan selaku Ketua Bahagian PKR Puchong.


YB A. Sivanesan sedang menyampaikan ucapan dan berkisar kemelut politik di Perak


Orangramai tetap tidak berganjak untuk mendengar ceramah yang disampaikan walaupun hujan turun dengan lebatnya.


Antara petugas yang berada di pondok pendaftaran dan maklumat

March 11, 2009

MAJLIS PELANCARAN PUSAT KHIDMAT DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT PANGSAPURI ENGGANG

Majlis pelancaran Pusat Khidmat & Pembangunan Masyarakat PKR Puchong Cawangan Pangsapuri Enggang telah dijalankan pada 7 Mac yang lalu bertempat di 5-18 Blok D. Upacara perasmian memotong ribon disempurnakan oleh YB Tn Haji Yaakob Sapari, Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Ketua Bahagian PKR Puchong.

Majlis turut dihadiri oleh Penasihat Pusat Khidmat Professor Dr. Ananthan Krishnan, En. Michael Tamil (Naib Ketua Bahagian PKR Puchong), En. Hamdan Ismail (Naib Ketua Bahagian PKR Puchong) , Mohd Ali Ismail (Ketua AMK Puchong), Pn Hesni Ismail (Ketua Wanita Puchong) dan En Cheah Sang Soon (Ahli Majlis MPSJ).

Majlis turut dimeriahkan dengan tarian tradisional melayu, penyampaian lagu oleh kanak-kanak dan tarian kolattam (Tamil).

Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan kepada murid sekolah dan warga emas.