January 6, 2010

Ahli PKR Puchong Sertai Umno (Kenyataan Media AMK Puchong)

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Puchong (AMK)
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

AMK Puchong menyatakan pendirian tegas agar Jawatankuasa PKR Cabang Puchong di bawah kepimpinan Tuan Haji Yaakob Bin Sapari, haruslah lebih bertanggungjawab dengan serta-merta mencari jalan terbaik dan efektif untuk mengatasi penghijrahan ahli-ahli PKR ke dalam Umno sebagaimana yang berlaku di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara 6.

Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan mereka adalah ahli PKR yang turut sama membantu PKR dalam beberapa siri pilihanraya sebelum ini termasuklah pada Pilihanraya ke-12, Mac 2008.

Apa yang berlaku di Pangsapuri Enggang haruslah dijadikan ikhtibar buat PKR Puchong tanpa perlu membuat sebarang tuduhan-tuduhan yang kurang berasas dan tidak bijak kepada ahli-ahli yang meninggalkan parti. Pendirian mereka harus dihormati kerana mereka juga berhak untuk menentukan parti mana yang mereka ingin sertai kerana amalan demokrasi di Malaysia membenarkannya.

Bagaimanapun, apa yang berlaku tidak sepatutnya dibebankan dibahu Tuan Haji Yaakob Sapari sahaja kerana wakil daripada PKR Puchong telah dilantik untuk memantau dan menjaga hal kebajikan penduduk Pangsapuri Enggang. Ahli Majlis di zon berkenaan juga dilihat gagal dan tidak mampu untuk menyelesaikan masalah yang telah disuarakan oleh penduduk. Tidak hairanlah jika ada tuduhan mengatakan pemimpin PKR dan Ahli Majlis hanya pandai bercakap dan berjanji sahaja. Keadaan inilah yang telah menyebabkan beberapa penduduk yang terutamanya ahli PKR berasa amat kecewa dan telah bertindak menghubungi ADUN Sri Serdang (Satim Diman) untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Sepatutnya kekecewaan yang disuarakan oleh mereka seharusnya diteliti dan diperhalusi sejak dari awal lagi. Pemimpin dan wakil parti yang dilantik seharusnya dikalangan mereka yang betul-betul dapat mendalami dan menjiwai perasaan penduduk-penduduk di Pangsapuri Enggang dan bukannya pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan bersikap lepas tangan.

Berikutan itu, kenyataan ‘Sandiwara Umno’ yang dikeluarkan oleh Md Nizam Iskandar (Naib Ketua AMK Puchong) kepada Sinar Harian bertarikh 6hb Januari 2010 adalah kurang tepat kerana dibuat tanpa merujuk kepada sumber yang sahih. Kenyataan itu hanya bersifat peribadi dan saya sama sekali menyangkal ianya mewakili keseluruhan AMK Puchong. Sebenarnya beliau tidak relevan dan tidak layak untuk membuat kenyataan tersebut kerana beliau sendiri hanya menjadi ahli PKR selepas kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor pada Pilihanraya Umum Ke-12 Mac 2008. Malahan beliau sendiri langsung tidak mengenali setiap individu yang terbabit seperti yang telah dinyatakan kepada Sinar sebelum ini.

Seharusnya, beliau perlu merujuk kepada Jawatankuasa AMK Puchong sebelum sebarang kenyataan akhbar dikeluarkan.






Mohd Ali Bin Ismail
Ketua Angkatan Muda Keadilan
Cabang Puchong

December 29, 2009

Suruhanjaya Di Raja Menyiasat RM100 Bilion Dan Kehilangan Enjin Pesawat

Gesaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat kebenaran dakwaan Barry Wain; penulis buku Malaysian Maverick, bahawa Perdana Menteri Malaysia yang ke empat telah melesapkan sejumlah RM 100 billion khazanah negara dan juga isu yang memalukan apabila enjin pesawat milik tentera udara didapati hilang tidak sewajarnya dipandang remeh.

Kedua-dua isu tersebut ternyata berkepentingan umum dan rakyat berhak untuk mengetahui kedudukan sebenar dan memperolehi penjelasan yang munasabah. Malahan kesudian mantan perdana menteri untuk disiasat oleh Suruhanjaya Di Raja perlu disambut pentadbiran sekarang. RM 100 billion bukanlah sedikit jumlahnya.

Sungguh pun sudah ada beberapa tindakan susulan, misalnya penyiasatan terhadap kehilangan enjin pesawat itu, rakyat sebenarnya meragui kredibilti serta kebebasan mereka yang mengendalikannya. Kita jemu apabila meletusnya isu besar, yang dipersalahkan ialah penjawat awam, sedangkan jerung besar dibiarkan terlepas. Ini bukanlah kali pertama, lihat sahaja tindakan susulan terhadap Laporan Audit Negara. Kerugian berbillion ringgit, namun kambing hitam jua menjadi mangsa.

Oleh itu saya memandang serius sebarang usaha untuk mengalih perhatian rakyat dari isu sebenar. Tidak semena-mena “whistle blower” pula yang menjadi sasaran. Sekonyong konyong sahabat saya Lim Guan Eng disiasat di bawah Akta Hasutan. Ini bukanlah kali pertama Guan Eng berhadapan dengan rencana sebegini. Sebelumnya kerana bermaksud melindungi maruah seorang anak gadis Melayu, beliau terpaksa merengkok dalam penjara.

Turut dukacita apabila gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada bulan Disember tahun lalu ,Dr Munawar Ahmad Anees hari ini sekali lagi gagal dalam usaha membersihkan namanya dengan memohon agar dipadamkan sebahagian daripada penghakiman Mahkamah Persekutuan berhubung fitnah liwat yang membabitkan beliau. Beliau mencabar keputusan Mahkamah Sesyen yang telah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadapnya pada tahun 1998 kerana beliau telah dipaksa supaya membuat pengakuan dalam kes tersebut.

Sepatutnya institusi keselamatan dan keadilan menumpukan usaha untuk membanteras jenayah demi menjamin keamanan rakyat keseluruhannya. Tidakkah kematian dan kehilangan anak anak kecil kita mengetuk keinsafan pimpinan tertinggi pihak polis terhadap kelalaian mereka. Sedarlah rakyat bukan musuh anda! Rakyat sebenarnya sudah mual dengan kebobrokan yang berlaku. Mereka tidak mahu institusi yang sepatutnya melindungi kepentingan mereka bersekongkol dengan pimpinan umno-bn menutupi pekung busuk.
ANWAR IBRAHIM

Lagi Sekutu BN Dilanda Krisis

Krisis berterusan yang melanda sekutu rejim BN di semenanjung Malaysia seperti MCA, MIC, PPP dan Gerakan, kini menyeberangi Laut Cina Selatan apabila satu lagi sekutunya di Sarawak turut menerima nasib yang sama.

Terbaru, Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) menyaksikan perpecahan dalaman apabila Perhimpunan Agung Tiga Tahun Sekali (TGA) parti itu pada 28 Disember ini menyaksikan pertembungan hampir di semua peringkat termasuk jawatan Timbalan Presiden dengan drama ugutan, ancam keselamatan calon bertanding dan ‘Senarai calon pilihan Presiden’ mewarnai pertandingan itu.

Timbalan Ketua Pemuda SPDP, Philip Ngo, mendakwa menerima sejumlah khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon yang mengancam keselamatan dirinya sejak beliau mengishtiharkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Malah Philip turut didesak oleh Sembilan bahagian parti itu agar menarik diri bagi memberi kemenangan percuma kepada penyandang sejak tahun 2003, Peter Nyarok Entrie.
“Sejak diketahui akan mencabar kedudukan Timbalan Presiden, saya banyak menerima panggilan dan SMS, ada yang memberi galakan dan ada yang berbaur ancaman.

“Bagaimanapun, saya tidak akan menarik diri semata-mata kerana ancaman yang diterima. Saya kekal dengan pendirian, komited dan fokus dalam tindakan yang dilakukan,” katanya yang tidak teraga-agak membuat laporan polis.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan ‘pihak’ yang dimaksudkannya, sama ada daripada ahli di peringkat bawahan atau atasan dalam parti.

Philip, 45, seorang ahli perniagaan dan juga ahli jawatankuasa eksekutif Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Pusat akan mencabar Nyarok, 67, dalam TGA pada 28 Disember ini.
Walaupun Presiden parti itu, William Mawan Ikom sejak Julai lalu merayu agar calon-calon tertentu menarik diri bagi mengelakan perpecahan dalam parti yang baru berusia tujuh tahun itu, namun ia gagal mengekang nafsu ahli SPDP daripada merebut jawatan.

Turut menyaksikan pertembungan ialah bagi jawatan Naib Presiden yang menyaksikan empat calon bagi merebut tiga kekosongan manakala jawatan Majlis Tertinggi yang hanya memerlukan 14 orang direbut oleh 35 calon.

Tertekan dengan masalah itu, Mawan menerusi satu mesyuarat parti baru-baru ini mencadangkan senarai nama untuk mengisi jawatan-jawatan utama dalam badan induk parti itu.

Ia dikenali sebagai ‘Senarai Presiden’

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda SPDP, Tiong King Sing turut disebut-sebut untuk bertanding jawatan itu.

Tiong ialah antara nama yang terlibat dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).
SPDP ditubuhkan pada tahun 2002 selepas krisis kepimpinan dalam Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Beberapa pemimpin SNAP yang menubuhkan SPDP selepas itu menyertai BN manakala SNAP menjadi pembangkang walaupun sebelum itu SNAP merupakan salah satu sekutu rejim BN di Sarawak.

Sandiwara Umno Tidak Menjadi Di Selangor

Media arus perdana yang pro-kerajaan hari ini semacam secara terancang mula menyiarkan dan membesar-besarkan berita mengenai sekumpulan yang saya anggap sebagai pelakon upahan baru bagi menjayakan rancangan licik bagi melemahkah Pakatan Rakyat.

Tindakan sekumpulan sekitar 20 orang yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor yang mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat negeri ekoran kononnya dari rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.

Sekali dengar dan menyaksikan pemberitaan mengenai kumpulan ini seolah mengambarkan betapa Pakatan Rakyat sudah dalam keadaan benar-benar tersepit dan dalam keadaan bahaya akibat dari himpunan haram yang dihalalkan oleh Umno itu.

Namun suka saya ingatkan bahawa inilah sebenarnya tembelang dan satu tindakan bodoh yang semakin meneggelamkan Umno di negeri Selangor khususnya.

Tindakan Umno menaja sekelompok yang sangat kecil jumlahnya itu untuk kononnya menunjukkan ada pihak tertentu yang tidak bersetuju dan mendesak dengan turut membawa kain rentang dan sepanduk tertera ‘Kami Tidak Rela PAS Jadi Boneka DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kami Desak PAS Keluar Pakatan Rakyat, Jangan Musnahkan Amanah Yang Diberikan Rakyat dan Jangan Jadi Kuda Tunggangan Anwar’ sebenarnya memberi isyarat yang jelas itu adalah permainan dan slogan yang dimainkan Umno untuk menyerang Pakatan Rakyat.

Sebenarnya kumpulan yang sekecil itu adalah kumpulan yang sama sekali tidak boleh mengambarkan itulah hasrat dan perangai ahli PAS yang kononnya bencikan sangat kepada pakatan Rakyat. Sebaliknya itulah kebimbangan Umno yang dibawa oleh kumpulan itu.

Umno dan BN lah yang sangat takut dan bencikan Pakatan Rakyat, apalagi periuk mereka nanti akan diisi dengan pasir bila mereka kalah dan tersungkur nanti.

Kejayaan Pakatan Rakyat melangsungkan satu Konvensyen kali pertama yang bersejarah dan ianya berlaku di Selangor menambahkan lagi kebimbangan Umno dan BN.

Kekuataan Pakatan Rakyat yang menjadi pilihan utama rakyat sehingga sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar ucapan bahawa pada PR ke 13 Pakatan Rakyat akan menduduki Putra Jaya, itulah sebenarnya pokok persoalan dan kebimbangan Umno dan BN sehingga mereka nampaknya sudah semacam sudah hilang pedoman dan melakukan apa saja langkah untuk menyerang Pakatan Rakyat walaupun dalam banyak hal rakyat sebenarnya menilai dan mentertawakan Umno dan BN yang sudah “tua” dan “nyayok” itu.

December 28, 2009

Anwar 'Agen' Dunia Islam..Anwar 'Talibarut' Ulamak Dunia!

"Mungkin itu yg terlintas di fikiran puak gerombolan tatkala melihat situasi dan keadaan ketika ini memihak kepada Anwar Ibrahim..

Jika dahulu, mereka sering melaung2kan Anwar adalah agen barat, Anwar adalah agen Amerika, Anwar talibarut dunia barat, Anwar pengkhianat kerana berhubung dgn tokoh barat (kafir) dan bermacam2 lagi..

Pelbagai pengiktirafan dan penganugerahan tokoh dan dunia barat terhadap Anwar sebelum dan baru2 ini semakin membenarkan telahan mereka..mereka semakin galak mengarang artikel dan berita berkaitan Anwar sebagai agen dan talibarut dunia barat..Perihal Tokoh Maal Hijrah...Tiba2, kehadiran tokoh ulamak dunia ke Malaysia baru2 ini telah mengubah segala2nya..

Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang diundang sebagai penerima anugerah tokoh Maal Hijrah bagi tahun 1431 H telah mengeluarkan kenyataan membela Anwar Ibrahim..malah beliau berjanji akan mempertahankan Anwar dengan membawa isu ini ke peringkat antarabangsa (dunia Islam). beliu sendiri akan menggunakan pengaruhnya untuk membela Anwar supaya beliau diadili mengikut hukum syarie...

Dan yang terbaru, seorang lagi tokoh ulamak dan cendekiawan Islam terkenal dunia, Dr. Wahbah as- Zuhaily juga mengeluarkan kenyataan mempertahankan Anwar Ibrahim..beliau menasihati Anwar supaya bersabar dan mencontohi nabi Yusuf yang difitnah oleh sang penguasa..malah beliau turut melahirkan perasaan kurang senang terhadap apa yang terjadi kepada Anwar Ibrahim..

Menariknya, Dr Wahbah as- Zuhaily adalah penerima anugerah tokoh Maal Hijrah pada tahun lepas, 1430 H...ini bermakna, dua orang tokoh Maal Hijrah bagi dua tahun berturut2 telah memberi kepercayaan dan pernghormatan kepada Anwar Ibrahim..

Tokoh berpengaruh duniaSebelum itu, Anwar turut tersenarai antara 500 tokoh Islam berpengaruh dunia dalam bidang siyasah kenegaraan..bersama beliau adalah Tok Guru Nik Aziz yang ternarai dlm 50 tokoh Islam yang sangat berpengaruh....ini semestinya suatu diluar jangkaan pengikut gerombolan..apatah lagi, menurut Yusuf Qardawi, beliau akan menyampaikan berita ini kepada para ulamak2 lain..ini bermakna berita mengenai Anwar akan mendapat perhatian tokoh2 Islam dunia yang lain..

Isu ini menjadi 'panas' kerana tokoh ulamak tersebut bukan calang2 orang, mereka adalah tokoh utama dunia yang sangat berpengaruh dan disegani oleh masyarakat muslim..mungkin jika ianya 'ulamak biasa', atau hanya bertaraf 'ulamak negeri', puak gerombolan pasti tidak akan hiraukan..tetapi mereka adalah ulamak besar dunia, yang mereka sendiri memberi pengiktirafan (sebagai tokoh maal hijrah)..ini bermakna tokoh tersebut sangat berpengaruh, berpengetahuan luas, kaya dengan ilmu dan berjasa kepada Islam..

Puak gerombolan mati akal?Jika diperhati, di hari dan waktu berita mengenainya (Yusuf Qardawi membela Anwar) tersebar, blog2 mereka seolah2 tidak berfungsi, tiada posting terbaru, tiada artikel yang dikeluarkan..berita mengenai tokoh berpengruh dunia itu membuatkan mereka seolah2 tidak ternafas..mereka terkedu, mereka terkasima seketika..
Bagaimana Anwar yang dilabel mereka selama ini sebagai agen dunia barat, talibarut Amerika dan sebagainya akhirnya disegani ulamak dunia Islam..bagaimana Anwar yang dituduh bersetongkol dgn dan bersubahat tokoh barat akhirnya dihormati oleh ulamak terkemuka dunia sendiri..bagaimana istilah 'agen/talibarut barat' yang sifatnya merosak dan menghancukan Islam boleh sebegitu mudah dipercayai dan dihormati tokoh besar dunia Islam..ianya suatu yang diluar jangkaan pengikut gerombolan..ianya tidak masuk akal bagi mereka..

Pandangan negatif terhadap ulamakAkhirnya selang berapa lama, mereka bersuara..pelbagai pandangan, pelbagai tafsiran..

Ada dikalangan mereka masih tidak percaya kenyataan itu dikeluarkan oleh tokoh besar dunia..mana boleh ini terjadi..dikatanya Anwar mereka2 cerita, didakwanya PR dan PAS memutarbelit kenyataan tokoh Islam itu..mereka tidak boleh menerima hakikat ini sampai lah mereka sendiri melihat dan mendengar dari mulut ulamak itu sendiri..

Ada juga dari kalangan mereka memberi alasan orang luar tidak boleh mencampuri urusan negara malaysia..ulamak luar tidak boleh sewenang-wenangnya membuat kenyataan yg bercanggah dgn perjuangan dan hasrat kerajaan Malaysia..ulamak ini tidak menghormati udang2 negara Malaysia dan pelbagai lagi...maka, hujah dan kata2 ulamak tadi dianggapnya pandangan peribadi yang tidak releven dan tidak perlu dilayan sama sekali..

Dikalangan mereka juga ada yang cuba menuduh Anwar telah 'mempergunakan' ulamak ini..ada yang mendakwa Anwar telah 'menunggang' ulamak ini..ada yang menfitnah ulamak tersebut telah diupah untuk menyokong Anwar, dan pelbagai fitnah dan tohmah terhadap Anwar termasuk ulamak tersebut..tidak kurang yg mengeluarkan kenyataan tidak sopan terhadap ulamak tersebut sebagai 'balasan' tindak tanduk mereka menyokong Anwar...

Boleh lihat contoh di bawah ini..- Qardawi (upahan) membela anwar- Saat menjelang 25 Jan - Giliran ulama pula ditunggangi Anwar!

Dan pelbagai lagi artikel dan posting yang menjurus kepada mempersoalkan kewajaran tindakan Yusuf al-Qardawi dan ulamak lain mempertahankan Anwar....

Anwar juga 'agen' kepada dunia Islam?Persoalannya kini, apakah puak gerombolan akan menggelar Anwar selepas ini sebagai 'agen' dunia islam, 'talibarut' tokoh Islam atau yg sama waktu dengannya kerana Anwar dilihat begitu akrab dgn tokoh dan dunia Islam? ataupun mereka 'menduakan' Anwar Ibrahim sebagai seorang 'talibarut' barat dalam masa yang sama juga 'talibarut' dunia Islam? atau bagaimana..sama-sama kita nantikan karangan jawapan dan alasan dari mereka...

Akhir kalam, penulisan ini bukanlah bertujuan untuk menonjolkan Anwar sebagai seorang tokoh hebat atau lain2, apatah lagi mahu mendewakan Anwar...yang benar tetap benar, yang salah tetap salah...tetapi tujuan sebenar penulis mengeluarkan artikel ini adalah untuk 'menguji' puak gerombolan, apakah jika dahulu Anwar digelar sebagai 'agen' barat disebabkan faktor2 tertantu, apakah perkembangan terbaru ini membolehkan Anwar juga dicop sebagai 'agen' dunia Islam?

Seorang Lagi Ulamak Besar Dunia Pertahankan Anwar Ibrahim


Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah, Dr. Wahbah as- Zuhaily, Dekan Fakulti Fiqh dan Mazhab Universiti Damsyik, Syria!....beliau merupakan seorang cendekiawan Islam dunia, pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma Fiqh l-Islami) serta antara ulamak muktabar dunia dalam bidang pengkhususan fiqah..

Malah lebih dari itu, beliau juga adalah seorang penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkt Kebangsaan pada tahun 2008!! (boleh baca di sini)...Ini bermakna, dua orang Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dari luar negara iaitu Dr Wahbah (2008), dan Syiekh AL-Qaradawi (2009) telah mempertahankan Anwar Ibrahim!...

Anwar dinasihat ambil iktibar dari kisah Nabi Yusof a.s!

CENDEKIAWAN Islam Dr. Wahbah az-Zuhaily malam tadi menasihatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil iktibar dari pemenjaraan Nabi Yusof a.s. disebabkan perancangan pihak yang berkuasa.Nasihat tersebut disampaikan dalam suatu majlis dialog yang diadakan di kediaman peribadi Anwar, di Bukit Segambut, di sini.

Dr. Wahbah yang juga Dekan Fakulti Fiqh dan Mazhab Islam dari Universiti Damsyik, Syria berkata, Nabi Yusoff a.s dipenjarakan walaupun dibuktikan bahawa Nabi Yusof tidak melakukan kesalahan.“Tidak semua yang diperjara itu bersalah…seperti Nabi Yusof a.s (yang) walaupun telah ada keterangan yang jelas (iaitu) kesan koyakan baju di bahagian belakang menunjukkan Yusuf cuba melarikan diri daripada fitnah, tetapi dia tetap dipenjarakan disebabkan muslihat musuh,” jelasnya.

Beliau turut melahirkan rasa kurang senang dengan ujian yang menimpa Anwar dan berdoa supaya Allah membantu Anwar sebagaimana yang dilalui Nabi Yusof a.s kemudiannya.“Saya amat serius bahawa cabaran yang dihadapi Anwar ini menyusahkan hati saya…semoga Allah akan menaikkan darjatnya seperti Nabi Yusof a.s,” jelasnya.“Beliau (Anwar) akan dapat kedudukan yang lebih baik dari apa yang telah pun didapati sebelum ini.”Menyampaikan ucapan sekitar 30 minit, Dr. Wahbah turut menyeru seluruh rakyat bersama-sama memperjuangkan kebenaran yang cuba ditegakkan oleh Anwar di Malaysia.

“Bagi kita semua, menjadi tanggungjawab kita untuk membantu perjuangannya yang benar dan melawan kuasa yang batil,” jelasnya.“Ini adalah tanggungjawab bersama (dan) ini adalah ujian bagi beliau dan dunia Islam yang sedang disaksikan dunia Barat.”Selepas dialog tersebut, Dr. Wahbah turut mengimamkan solat hajat demi mendoakan Anwar serta perjuangan menegakkan keadilan di Malaysia dipelihara Allah s.w.t kelak.

Sebelum pada itu Anwar merakamkan penghargaan kepada Dr. Wahbah kerana sudi mengunjungi kediamannya.Dalam ucapan aluan, Anwar memuji karya Dr. Wahbah az-Zuhaily yang berjudul Fiqh al-Islami wa Adillatuhu.Turut menyertai dialog tertutup Dr. Wahbah az-Zuhaily itu, AJK PAS Pusat Abdul Ghani Shamsuddin, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad, Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presidennya Senator Dr. Syed Husin Ali, Naib Presidennya Mustafa Kamil Ayub, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, para pemimpin mahasiswa dan wartawan.

Semalam, dilaporkan Dr. Wahbah turut menyampaikan syarahan ‘Fiqh Masyarakat Bukan Islam dalam Negara Islam’ dalau suatu simposium yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).Dalam syarahan tersebut, beliau menggesa cendekiawan Islam memperkenalkan prinsip-prinsip Islam secara fitrah kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia.