March 24, 2010

Kempen "Selamatkan Malaysia"

Program Pelancaran Kempen “Selamatkan Malaysia”

26 Mac 2010 (Jumaat)

7.00 – 8.30 mlm

Solat Maghrib dan Hajat di Masjid Kuala Kubu Baru

9.00 – 12.00 Malam

Ceramah dan Pelancaran “Kempen Selamatkan Malaysia”

Lokasi: Stadium Mini Kuala Kubu Baru, Selangor

Penceramah
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim
3. YB Saifuddin Nasution
4. YB Sivarasa Rasiah
5. YB Tien Chua
6. Sdri Lathefah Koya

MP BN Bidas Zahrain : Gemuk Dan Kenyanglah Kamu Selepas Melompat!

Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghafur Salleh mendakwa Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim semakin 'gemuk' dan 'kenyang' setelah beliau bertindak keluar KEADILAN dan menjadi anggota Bebas.

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan setelah beliau membidas Zahrain di dalam Dewan kerana menamakan nya sebagai salah seorang antara lapan Ahli Parlimen yang mahu melompat menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September 2008, Ghafur berkata zahrain telah berbohong.

"Saya tidak pernah lompat parti dan ini bererti Zahrain tidak menggunakan fakta yang betul.

"Media seperti Berita Harian, Utusan dan TV3 kata Anwar umpan saya, saya nak tanya siapa yang umpan siapa?,Saya minta Zahrain dedahkan semua 32 nama pemimpin wakil rakyat daripada Barisan Nasional yang ingin melompat.

"Apa yang boleh dikatakan di sini, Zahrain nampaknya sudah gemuk apabila sudah menjadi Ahli Bebas.Saya nak beritahu Zahrain, jangan dengar cerita orang buat masyarakat di tempat saya keliru dan saya mahu tanya kenapa sudah dua kali 16 September, baru kali ini buat keputusan. Tarikh tersebut sudah menjadi sejarah kenapa sekarang baru dipersoalkan," kata Ghafur kepada media.

Ghafur berkata Zahrain perlu menamakan semua nama Ahli Parlimen yang mahu melompat jika dakwaan beliau itu benar dan mempunyai asas.

Sebelum ini Zahrain mendedahkan nama lapan orang wakil rakyat Barisan Nasional semasa perbahasan titah menjunjung kasih Yang DiPertuan Agong. -SK

March 18, 2010

Lebih 2000 Orang Asli Serah Memo Pada PM


KUALA LUMPUR, 17 Mac: Sebagai rakyat yang turut mempunyai hak dalam negara ini, lebih dua ribu masyarakat Orang Asli, pagi tadi berhimpun di Putrajaya untuk menyerahkan bantahan terhadap Dasar Pemberimilikan Tanah yang dilihat menyentuh terus dengan persoalan kehidupan seharian mereka.

Mereka berjaya menyerahkan memorandum bantahan itu melalui Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM), Majid Suhud kepada perdana menteri melalui Pegawai Tugas-tugasnya, Datuk Ghazali Ibrahim meskipun pada awalnya separuh daripada mereka berjaya dilencongkan ke destinasi yang tidak dirancang bagi menggambarkan himpunan itu gagal.

Sehubungan itu, seorang Aktivis Orang Asli Semenanjung Malaysia, Cik Jenita Engi menafikan kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal yang menyifatkan lebih 2,000 orang asli berhimpun di Putrajaya pagi tadi bukan untuk protes sebaliknya hanya datang 'melawat dan makan-makan sahaja'.

Cik Jenita menegaskan, keseluruhan orang asli yang datang ke Putrajaya adalah untuk memberikan sokongan padu kepada tindakan menyerahkan memorandum bantahan oleh POASM kepada perdana menteri berhubung DPT.

"Mereka merancang protes ini lebih empat bulan sebelum ini, malah pertemuan dengan menteri itu langsung tidak diketahui oleh mereka yang hadir kerana himpunan ribuan mereka untuk memberikan sokongan padu kepada proses menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri.

"Ada di kalangan mereka yang datang seawal 9.30 pagi sudah berada di Putrajaya tetapi dilencongkan oleh pihak polis dan meminta mereka berada di dalam auditorium di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersama menteri itu," jelasnya lagi.

Menurutnya, ramai di antara mereka yang kelihatan sangat terkejut dengan majlis 'tiba-tiba' yang diambilalih oleh menteri berkenaan kerana mereka berkata, 'kami datang bukan untuk makan, kami datang untuk memberikan sokongan kepada bantahan terhadap dasar tanah itu'.

Orang ramai sangat kesal dengan sikap menteri itu mengulas mengenai perhimpunan hari ini, sambil tersenyum berkata, mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan 'kita juga bagi mereka makan-makan.'

Shafie bercakap dalam perkataan serupa dengan janji-janji kerajaan yang selalu didengar menyebabkan orang asli yang berada dalam dewan sudah naik muak kerana apa yang dipersoalkan, jawapannya adalah sama sahaja, jelas Jenita yang sangat mesra dengan semua pihak media.

Ada di antara mereka, jelas Jenita lagi, keletihan kerana Shafie telah 'mengambil masa' mereka sejak jam 10 pagi hingga 1 petang kerana itu ada dalam kalangan mereka tidak mahu makan kerana kecewa dan sangat kecewa, kerana mereka datang untuk sokong protes.

"Saya sangat terkilan kerana sebaik selesai majlis itu, staf mereka menjemput kami 'makan free' di dewan makan. Apa maksud mereka dengan makan free? Kami semua masyarakat orang asli bukan datang kerana jemputan kamu tetapi kamu yang menebal muka menjemput kami singgah untuk merasa aircond pejabat kamu.

"Apatah lagi bila sahaja masyarakat bertanya soalan, tiada satu jawapan pun yang memenuhi apa yang diharapkan oleh masyarakat, semuanya adalah sama dari dulu. Saya dapat merasakan yang masyarakat seperti dipermainkan oleh pihak-pihak yang langsung tidak mendengar suara yang sebenarnya dari komuniti.

"Pemberitahuan di saat-saat akhir boleh membunuh kepercayaan orang ramai jika ini terus berlaku. Bukan sahaja masyarakat orang asli sangat keliru dengan perjalanan protes hari ini tetapi wakil-wakil media juga sangat keliru dengan perubahan pada saat saat akhir tersebut," tegas Jenita lagi yang sangat kesal dengan tipu licik pihak berkenaan.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Jenita berkata, selepas ini mereka akan adakan perundingan bersama pimpinan Orang Asli untuk melakukan tindakan lanjut ekoran berlaku peristiwa pelencongan oleh menteri berkenaan.

Dalam himpunan pagi tadi, sekitar seribu orang dilencongkan ke auditorium dan lebih seribu lagi sudah berada di satu persiaran berhadapan Pejabat Perdana Menteri dengan membawa sepanduk dan kain rentang yang antaranya berbunyi Kami Tidak Bersetuju Dasar Pemberimilikan Tanah Orang Asli, Iktirafkan Wilayah Adat Kami, Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu dihormati dan Jangan Hapuskan Akta Kami.

Perhimpunan anjuran bersama POASM dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak bertujuan menyuarakan bantahan kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung kandungan dasar berkenaan memandangkan gagal dalam rundingan dengan JHEOA, baru-baru ini.

Untuk rekod, dasar tanah itu dikatakan akan dibentangkan di Parlimen pada Jun ini sebagai cadangan pindaan Akta 134 Kanun Tanah Negara dan untuk tujuan sama, pada 24 Februari lalu, mereka mengadakan satu demonstrasi bantahan di hadapan pejabat JHEOA di Gombak.

Sekitar jam 2.30 petang tadi, memorandum itu berjaya diserahkan oleh Majid kepada Ghazali yang diiringi tepukan gemuruh mereka yang hadir selepas dimaklumkan memorandum telah berada di tangan pihak berkenaan.

Memorandum serupa juga diserahkan kepada Shafie oleh penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Perak, Tijah Yak Chopil yang kandungannya secara umum menuntut supaya dasar pemberimilikan tanah Orang Asli dimansuhkan.

Zahrain Tukang Baca Skrip Umno

Tugas Resmi Sebagai Barua Baru Bermula... ....

17 Mac – Zahrain Hashim didakwa telah bercakap bohong di Parlimen semasa berucap buat pertama kali sebagai Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru berhubung isu 16 September 2008. Zahrain dalam ucapan perbahasan titah Yang DiPertuan Agong berkata kononya beliau kesal dengan tindakan yang diambil oleh Pakatan Rakyat pada 16 September dua tahun lalu untuk menubuhkan kerajaan persekutuan melalui tindakan lompat parti oleh anggota Parlimen Barisan Nasional.

Beliau juga mendakwa Pakatan Rakyat menghantar wakilnya ke Taiwan untuk bagi merayu Ahli Parlimen Barisan Nasional supaya menyokong usaha merampas Putrajaya. Zahrain berkata Pakatan Rakyat ketika itu yakin ahli-ahli BN yang mahu melompat parti sudah mencukupi untuk membentuk kerajaan pusat selain memberitahu bahawa Yang DiPertuan Agong sudah menunggu di Istana Negara bagi memberi perkenan bagi membentuk kerajaan selain merestui Anwar sebagai Perdana Menteri Keenam.

Ketua Pembangkang dalam respons beliau terhadap “cerita” Zahrain sebelum meninggalkan Dewan berkata apa yang dicakapkan oleh Zahrain adalah pembohongan semata-mata. “Dia keluar parti kerana tidak puas hati beliau terhadap kes pemecatan beliau sebagai Pengerusi Island Golf Properties Bhd (IGP). “Saya tegaskan di sini apa yang dia cakap semuanya tidak betul, kita tidak pernah mengeluar kenyataan seperti apa yang dia katakan itu. Tidak ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berhimpun di Parlimen pada 16 September tersebut.

“Ini adalah draf ucapan yang dibuat oleh Umno, Umno tak berani dan mereka mengambil kesempatan menggunakan orang lain dalam kepentingan mereka,” tegas Anwar. Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu disokong Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang menyifatkan teks ucapan Zahrain disediakan oleh Umno-BN. “Bagi saya kenyataan yang diperkatakan oleh Zahrain adalah mengikut teks yang diberikan Barisan Nasional kepadanya, ini dapat dibuktikan jika disebabkan 16 September beliau hilang keyakinan kepada PKR kenapa baru sekarang beliau mengambil tindakan keluar parti.

”Saya tidak nampak apa yang diperkatakan itu betul dan boleh terima, kita beranggapan beliau menurut perintah pihak sebelah sana (BN). “Kita tahu sebab apa beliau tidak puashati sebelum ini. Kenyataan yang diperkatakan hari ini tidak pernah diluahkan oleh beliau selain kenyataan media selepas beliau keluar parti,” komen beliau.

Tindakan Zahrain tersebut telah membangkitkan kemarahan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menuduh Zahrain berbohong sedangkan masalah sebenar semasa beliau bersama KEADILAN cuba ditutup

Zahrain Buktikan Dia MP Bebas Paling Bengap

Perbahasan ulung YB Zahrain MP yang menjadi katak selepas keluar dari PKR di Parlimen siang tadi telah membuktikan betapa sememangnya beliau patut mengosongkan kerusinya selaku MP. Kita menjangkakan MP bebas tersebut boleh menunjukkan kehebatannya berbahas walaupun tidak berparti, namun apa yang kita lihat beliau seperti orang gila meroyan apabila dapat peluang berucap. Malu sungguh masyarakat yang diwakili oleh Zahrain kerana beliau gagal menunjukkan kecerdikannya berhujah. Niatnya hanya satu, iaitu menyerang DS Anwar semahu-mahunya dan tidak akan memberikan peluang untuk DS Anwar mencelah untuk menjawab segala tuduhannya.

Isu 16 September sebenarnya isu yang sudah lapok dan telah menjadi bahan perbahasan di Parlimen sebelum ini dan ketika itu Zahrain berada di dalam PKR. Ketika itu beliau sedar apa yang terjadi dengan plan 16 Sept itu. Tetapi apabila Zahrain keluar dari PKR angkara tidak mendapat projek, beliau mengambil kesempatan di Parlimen untuk melepaskan geram terhadap Ketua Umum PKR tersebut. Baru kita tahu bahawa selama ini Zahrain amat berharap plan 16 Sept menjadi kenyataan semata-mata beliau inginkan kuasa dan kedudukan bagi kepentingan dirinya. Siang tadi baru lah beliau menzahirkan kekecewaannya apabila plan 16 Sept gagal kerana mungkin beliau telah berangan untuk dilantik menjadi Menteri jika plan itu mencapai kejayaan. Lebih menyakitkannya, beliau juga gagal mempengaruhi KM P.Pinang untuk mendapatkan projek besar. Ini lah Zahrain yang dikatakan ingin menjadi pejuang rakyat.

Siang tadi, sejarah buat Zahrain yang secara sah telah di`lacurkan' . Tiada apa yang keluar dari mulut Zahrain siang tadi untuk kebaikan rakyat, tetapi sekadar bangun bercakap untuk melepaskan geramnya pada DS Anwar yang tidak mahu menyokongnya untuk mendapatkan projek dari Lim Guan Eng. Lebih menunjukkan kebaculannya ialah ketika beliau menuduh DS Anwar dengan berbagai tuduhan, beliau tidak memberi ruang kepada DS Anwar bangun mencelah untuk menjawab tuduhannya. Itu lah sikap bacul dan penakut yang baru Zahrain belajar dari pemimpin Umno.

Tindakan DS Anwar keluar dewan adalah satu tindakan bijak kerana sudah tentu Zahrain tidak akan memberikannya ruang untuk membalas hujahnya. Zahrain dibiarkan bercakap seorang diri dan beliau boleh berkata apa jua tetapi lagi banyak beliau bercakap lagi bertambah darjat kedunguannya.

Khalid Dedah Penyelewangan Umno/BN Lagi

SHAH ALAM 17 MAC: Kerajaan Selangor hari ini mendedahkan minit mesyuarat majlis kerajaan negeri pada 1987 mengenai status pengasingan tanah di Subang Jaya iaitu Taman Rekreasi Subang Ria.

Maklumat yang diklasifikasi mengikut Akta Rahsia Rasmi itu menunjukkan bagaimana kerajaan Selangor ketika masih dicengkam pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) menjual tanah terbabit kepada Sime Darby UEP.

Mendedahkan hal itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bayaran tanah yang dijual kepada Sime Darby pula jauh lebih tinggi dari nilai sebenar.

Mengikut minit mesyuarat itu, katanya, United Estate Berhad memohon tanah seluas 76.5 ekar di Petaling yakni ekarang Subang Jaya pada 1987 untuk kegunaan rekreasi.

Beliau berkata, bayaran premium yang dikenakan untuk tanah tersebut ketika itu berjumlah 4.95 juta sedangkan nilai pasaran hanyalah 1.57 juta.

"Bagaimanapun, urusan itu tidak melibatkan wang, sebaliknya Sime Darby membeli 10 rumah untuk digazetkan sebagai kuaters kakitangan pejabat daerah petaling ketika itu.

Khalid berkata, rumah itu diserah kepada kerajaan Selangor dan digazet sebagai rumah untuk Penolong Pegawai Daerah Petaling dan Setiausaha Majlis Daerah Petaling.

"Kesemua unit runah ini terletak di SS 19 Subang Jaya. Cadangan ini telah diluluskan Mesyuarat MMKN ketika itu," katanya.

Katanya, ia mencetuskan kontroversi berikutan Taman Rekreasi Subang Ria hendak dimajukan sebagai kawasan perumahan oleh Sime Darby mendapat tentangan hebat penduduk.

"Sebagai pemilik tanah yang berhak, Sime Darby UEP tidak boleh dihalang dari membuat pelan pembangunan. Bagaimanapun, kerajaan negeri akan memastikan penduduk di Subang Jaya mendapat kawasan hijau secukupnya.

"Kerajaan Selangor komited memastikan pembangunan tidak akan menjejaskan hak rakyat dan semua keputusan dibuat secara telus dan tanggungjawab dan selari dengan agenda merakyatkan ekonomi Selangor.