May 18, 2010

RM 5 Juta: Najib Dan Muhyiddin Bercanggah Keputusan

Seperti yang umum tahu bahawa taktik UMNO Barisan Nasional ketika pilihanraya kecil di mana- mana tempat, mereka akan menaburkan dan menjanjikan janji-janji manis untuk memancing undi rakyat tempatan.

Di Sibu baru-baru ini Najib telah berjanji akan memperuntukan RM 5 juta untuk perlaksanaan menangani banjir di Sibu.

Tetapi kini(hari ini) Najib apabila ditanya kembali adakah peruntukan tersebut akan diluluskan, beliau mebgeluarkan kenyataan supaya perkara tersebut dikaji semula sebagai satu langkah bijak untuk pelaksanaan projek tersebut...


Apakah orang-orang a.k.a pengikut-pengikut taksub UMNO buta bahawa janji-janji seperti ini adalah seperti laungan retorik UMNO terhadap melayu sahaja. Mengapa suami Rosmah perlu menjanjikan janji-janji manis jika berat hati untuk melaksanakannya.

Sebelum itu, di Hulu Selangor tempo hari, janji-janji yang ditaburkan tidak lagi ditunaikan si Najib sudah pandai untuk berjanji dengan janji manisnya itu.

Dalam pada itu orang kanan Najib(Muhyiddin) telah membuat kenyataan bertentangan dengan kenyataan Najib pada awal hari ini. Muhyiddin berkeras untuk menunaikan janji-janji manis di Sibu manakala si Najib tetap berkeras untuk mengkaji semula perkara tersebut.

Lihat apa sudah berlaku antara pemimpin-pemimpin UMNO?? Mana kesepakatan yang dicanangkan ??

Sebelum itu, Tahniah diucapkan kepada rakyat SIBU kerana berjaya mengubah satu corak baru dalam pemikiran dan tafsiran rakyat terhadap pemerintahan negara kita!!!

HIDUP PAKATAN RAKYAT!!

TUMBANG BN!!

'Melayu Perlu Bersatu' !!! Edisi Kedai Kopi

Tadi aku duduk di coffee house bersama beberapa kawan UMNO.Panjang lebar bercerita pasal BN kalah pilihanraya.Semua jadikan aku bahan sasaran untuk nyatakan "Habislah bila Melayu berpecah , seronok orang Cina , Melayu yang rugi ".Ini adalah satu sentimen tipikal seorang Melayu selepas zaman perang Jepun.

Masih dalam kotak pemikiran sempit.Aku dianggap pengkhianat kepada perjuangan Melayu.Aku tak banyak bercakap , lebih kepada mendengar apa yang Melayu-Melayu sejati ni nak bercakap.Aku dianggap separuh-Melayu , belum cukup Melayu seperti mereka.Selain dari Melayu UMNO Melayu lain adalah dianggap Melayu sesat , Melayu liberal , Melayu lupa diri , Melayu Ekstremis Islam , Melayu Barat , Melayu tak bersyukur, Melayu munafik , Melayu tak sedar diri , Melayu type Zaid Ibrahim dan pelbagai label lagi.

Hasil dari perbualan dengan mereka yang berkisar kepada nasib orang Melayu di Malaysia aku dapat rumuskan beberapa perkara apa yang di dalam kepala hotak diorang ni ;

1.Melayu yang tidak mengundi UMNO BN adalah Melayu yang lupa diri dan lain-lain label.

2.Melayu yang tidak mengundi UMNO BN akan menyebabkan Melayu berpecah.

3.Melayu yang tidak mengundi UMNO BN akan menyebabkan Cina makin suka kerana kuasa politik Melayu berkurangan.

4.Takrif 'Melayu berpecah' itu adalah apabila ada kalangan Melayu yang tidak menyokong UMNO BN maka demi memenuhi logik ini maka semua Melayu perlu menyokong UMNO BN agar 'Melayu tidak berpecah dan bersatu' dan Cina tidak akan suka.Ini logik mereka.

Baik , kalau nak diikut dari tafsiran akademik masih banyak lagi yang boleh dikupas.Seperti apa Nasib Melayu Selangor 100 tahun lepas di bawah catatan Frank Sweetenham atau susur galur kuasa politik Melayu.aku tidak mahu berbincang hingga ke situ.Aku mahu tulisan ini ringkas kepada fakta.

Baik , kalau ditolak semua unsur emosi , sentimental value dan semua retorik palsu.Apa kata kita permudahkan kepada 'fact and figure' aku rasa kita dapat menilai kebenaran retorik bahwa "Habislah bila Melayu berpecah , seronok orang Cina , Melayu yang rugi ".

Kalau mengikut takrifan kawan-kawan 'Melayu sejati' aku tadi adalah Melayu secara seluruhnya patut menyokong UMNO BN agar kuasa politik Melayu itu kuat.

Maka demi memenuhi hasrat dan impian mereka supaya Melayu itu bersatu aku sangat setuju.

Aku pun mengeluarkan bukti bahwa pada pilihanraya 2004 , secara umumnya peratusan undi Melayu kepada UMNO BN sangat tinggi.Lebih tinggi dari apa yang pernah berlaku dalam tempoh dari 1980-an hinggalah ke PRU 2004 kalau mengikut statistik.

Maka boleh tak aku katakan pada ketika itu ' Melayu bersatu dan tidak berpecah (yakni pada 2004) ? '

Mereka semua mengangguk. ' Ya , itulah masa apabila Melayu dah kembali bersatu ' mereka tegaskan .

" Apa jadi masa tu ? " aku tanya .

Mereka masih terpinga-pinga tak paham apa maksud soalan aku.

" Ya lah , waktu Melayu semua bersatu menyokong UMNO BN apa yang jadi 2004 ?" aku ulang lagi.

"Waktu tu kerusi Parlimen semua disapu oleh banyak calon Melayu" aku menambah.

Mereka buat muka pada aku menunjuk seakan aku ni tanya soalan bodoh.

" Aku ringkaskan macam ni , aku duduk dekat Selangor , apa nasib aku , kau , kau dan kau " sambil menunjuk ke arah mereka.

"Aku gembira la Melayu bersatu masa tu " salah seorang menjawab.

"Selain dari kau gembira apa nasib kau , kan kita tengah cakap pasal samada nasib Melayu rugi atau untung kalau ' Melayu bersatu' tadi......." aku cuba mendapat jawapan dari mereka.

Aku pun jawab " Waktu 'Melayu bersatu' tu harga minyak naik tinggi , harga barang naik , harga gula naik , harga minyak masak naik , waktu tu harta negara habis disakau Pak Lah dengan anak beranak dia sampai Tun pun naik berang ,Khairy buat MOF macam bapak dia punya duit , Nor Mat Yakcop bukan main ek lagi , projek beribu juta habis ntah apa dibuat , Khir Toyo sapu habis tanah , tanah PKNS disakau Abg Zek, puak MCA menjarah tanah orang Melayu dekat PKFZ , Patrick Lim sakau duit royalti minyak , stadium runtuh ...." aku bercakap sampai disuruh berhenti oleh mereka.

"Apa 'point' kau sekarang ni ? " Mereka tanya.

"Sekarang ni waktu 'Melayu tengah berpecah' la kalau ikut logik kau tu , sekarang ni ada 2 juta Melayu Selangor dapat air free , 2 juta Melayu Selangor dapat khairat kematian RM 2500, 2 Juta Melayu Selangor anak masuk universiti dapat RM 1000 , 2 Juta Melayu Selangor dapat tabungan untuk anak yang baru lahir." aku berhenti seketika tengok muka diorang.

Aku sambung " zaman Khir Toyo ?? habihla dijarahnya woiii tanah kerajaan negeri.ini bukan pasal Khir Toyo tukar dengan kawan Senator kau tu aku tambah , atau pasal nak menjerit hak melayu hilang , selagi Sultan dipertahan hak Melayu terbela , Melayu jugak yang jadik menteri besarnya , bukannya Tsu Koon."

"Ini soal apa kebendenya polisi parti kau la , kalau nak cakap soal retorik kau ni , sampai esok tak habis , habih tu bukan ke Cina Sibu berpecah dua tu , satu puak SUPP satu lagi puak DAP ? Elok pulak kau boleh sokong SUPP nak bagi menang.Bukan ke Cina yang kau sokong tu ? Apsal kau tak desak suruh letak Melayu jek bertanding Sibu ? Kalau ikut macam tu orang Cina berpecah MCA, Gerakan , DAP ,SUPP,PKR parti komponen BN Sabah , Sarawak lagi , bukan main berpecah lagi Cina ni." aku seloroh.

"Kamalanathan menang kalahkan Zaid tak pulak kau cakap Hak melayu terhakis dekat Hulu Selangor.Elok pulak kau sokong Kamalanathan " aku tambah.

"Kau ni tak paham la , tu la kau banyak bercampur orang pembangkang , otak pun dah tak betul kau ni " mereka menyelar aku.

"Dah la kawan-kawan , kita semua main politik , semua cari makan , kau jual retorik tolong melayu kau , aku jual polisi tolong melayu terbanyak ,.." aku pun bangun.

"Kau jangan nak seronok sangat , Kerdau ni kau tungguuu !!!!!......" mereka akhiri perbualan.

May 17, 2010

Najib Luluskan Judi Bola Untuk Vincent Tan - Sumber Tabung Pilihanraya UMNO?


Raja Petra pernah mendedahkan betapa Vincent Tan telah berbelanja Rm25 juta untuk membeli Timbalan Speaker Perak, YB Yee. Dengan melompatnya mereka, maka jatuhlah Kerajaan Perak.

Saya syak dan rasa, Najib terpaksa meluluskan Lesen Judi Bola kerana:

1.0 Bayar hutang pada Vincent Tan di atas jasa beliau di Perak

2.0 Sebagai sumber tabung pilihanraya UMNO.

Kita semua tahu, UMNO tiada duit. Nak beli YB Yee pun terpaksa mintak tolong si Vincent Tan (kawan baik Berahim PERKASA). RM25juta yang dibelanjakan Vincent Tan itu satu jumlah yang tersangat banyak.

Artikel saya sebelum ini memetik laporan Mayban Securities pada tahun 2006 yang menyatakan nilai urusniaga Judi sehari adalah RM850 juta. Yang sah pun RM850 juta sehari, yang haram pun RM850 juta sehari. Jumlah keseluruhannya adalah RM1.7billion SEHARI.

Report itu juga menyebut, sekiranya berlaku judi sukan, nilai transaksi judi akan naik dua kali ganda, yakni dalam RM1.7 billion sehari juga.

Ini bererti sepanjang perjalanan Piala Dunia selama 30 hari, jumlah yang terkumpul dari transaksi Judi adalah sekitar RM60 billion.

Kalau UMNO dapat 1/4 dari jumlah itu pun sudah mencukupi untuk mereka menghadapi Pilihanraya ke 12 yang dikatakan adakan diadakan para April 2011.

UMNO SUDAH JADI ALAT TOKEH-TOKEH JUDI. Apa nak buat???

Tulang Besi

Kemenangan mengejutkan semua pihak?

http://msomelayu.blogspot.com

SYABAS diucapakkan kepada DAP, dan syabas juga kepada Pakatan Rakyat dan syabas juga kepada pengundi Sibu di atas kemenangan calon DAP, Wong Ho Leng dalam pilihan raya kecil Sibu. Kemenangan itu seperti mana dikatakan ia adalah satu kejutan. Kejutan itu bukan saja kepada DAP tetapi kepada BN.

DAP harus terkejut kerana mungkin mulanya mereka merasakan sukar untuk menang apabila BN telah sedia menurunkan Perdana Menteri, Najib Razak untuk memenuhi apa saja kehendak rakyat. Najib tanpa merasa malu dan segan menawarkan RM18 juta untuk sekolah Cina. Masyarakat Cina bijak dan arif segala pemberian instant itu, mereka menerimanya sebagai tanggungjawab tetapi bukan untuk mengikut heretan Najib dan BN. Dalam erti kata lain orang Cina tidak sedia menjadi lembu.

Ternyata janji untuk menatahkan bumi Sibu dengan intan berlian ditolak oleh pengundi di Sibu khasnya orang Cina. Dalam pada itu kemenangan itu memberi gambaran bahawa politik baru yang mengemukakan harapan baru oleh Pakatan Rakyat mula 'menjelira' ke dalam hati masyarakat di sana.

BN harus berwaspada dengan apa yang berlaku. Kekalahan mengejutkan dan di luar dugaan itu perlu diberi tumpuan yang mendalam. BN tidak boleh cuba mencari helah-helah lain untuk tidak menerima kekalahan itu. Segala janji yang telah ditaburkan dan termasuk replika cek yang diberikan harus ditunaikan.

Kekalahn itu memberi peringatan kepada BN bahawa politik wang yang diagungkan selama ini bukan menjadi modal dan penentu kepadanya. Rakyat tidak dapat menirima projek dan wang untuk melindungi keburukan pentadbiran kerajaan BN yang lain.

Kepada Taib Mahmud pula kekalahan calon SUPP-BN itu mungkin memberi ilham kepadanya untuk membuat penilaian semula bagi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak. Sudah pasti kemenangan DAP dengan meraih 398 undi itu memberi isyarat yang parti itu akan menjadi parti alternatif bagi masyarakat Cina terbaik di Sarawak untuk masa akan datang.

Sudah pasti persepakatan DAP bersama PKR dan Pas ia juga akan turut memberi keuntungan bersama kepada Pas dan DAP di negeri Bumi Kenyalang itu. Pas yang bertungkus lumus untuk mempengaruhi undi Melayu Melanau khasnya di Dun Nangka itu tentu tumpang bergembira dengan kemenangan itu

Kalah di Sibu, mimpi ngeri BN!

Perakite

Kemenangan DAP menumpaskan calon BN di PRK Parlimen Sibu merupakan satu mimpi ngeri bagi PM DS Najib Tun Razak dan TPM TS Muhyiddin Yassin.

Ia satu tamparan memalukan kerana seluruh jentera BN turun padang untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi BN pada pru 12 2008 lepas. Hanya lebih sedikit daripada dua tahun kerusi itu berpindah tangan kepada Pakatan Rakyat (DAP).

Gelak sorai kemenangan PRK Hulu Selangor nampaknya tidak berpanjangan.

DAP tidak menaruh harapan besar untuk memenangi kerusi Sibu memandangkan bertanding di kawasan yang dikuasai BN. Taburan janji dan projek umpama mee segera oleh Najib dan Muhyiddin ternyata disantap dengan baik oleh pengundi SIBU, dan keadaan ini menakutkan pemimpin veteran DAP LKS yang mengatakan harapan tipis.

Namun jelas umpan dimakan, ikan tak lekat. Apakah mungkin dendam BN membara pada penduduk SIBU ?

Apapun yang jelasnya hanya 60 peratus yang keluar mengundi. Satu angka peratusan yang amat rendah bagi satu pilihan raya kecil. Secara am, ia menunjukkan bahawa mereka memprotes dengan tidak keluar mengundi.

Kemenangan DAP adalah satu mimpi ngeri kepada BN, akan menakutkan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti. Ia membuktikan bahawa rakyat sebenarnya belum mengubah pendiriannya terhadap Pakatan Rakyat sejak pru 12. Mereka sekadar menyimpan kuku.

Persepsi rakyat berketurunan Cina terhadap sikap Umno tersangat kritikal. Mereka telah dapat membandingkannya dengan peranan dan pendirian PAS. Mereka telah dapat menerima PAS meskipun dilemparkan oleh UBN dengan pelbagai kecaman.

Senjata telah mula memakan diri. Pendekatan Umno melalui Perkasa juga mulai menikam diri. Padah kerana sikap Umno sendiri yang menyakini bahawa Umno itu adalah dominan.

Ringkasnya pada pru mendatang nanti... di mana jua Umno bertanding ... Umno akan berhadapan dengan masalah besar apabila sesuatu kawasan itu mempunyai 30-40 peratus pengundi bukan Melayu.

Apatah lagi jika jumlahnya melebihi anggaran itu. Yang kuat dan nampak kuat dalam BN kini hanyalah Umno, manakala komponen-komponennya sekadar menumpang kekuatan Umno itu sendiri.

Seandainya Umno rebah, maka akan rebahlah seluruh BN. Sesungguhnya BN telah rebah di Sibu. Rebah yang tidak akan kebah.

Judi Bola: Awang Adek calar imej Serambi Mekah


Mohd Nor Yahya


TUMPAT, 15 Mei: Tindakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin yang berasal dari Kelantan dilihat mencemar imej Serambi Mekah negeri ini apabila terlibat meluluskan lesen perjudian bola sepak piala dunia Jun depan.

Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Ahmad Yakub berkata, lebih memalukan apabila Awang Adek juga seorang Melayu yang beragama Islam.

"Kita di negeri ini amat malu kerana ada orang Kelantan terlibat sama dalam urusan kelulusan lesen ini dan ia tidak menghormati langsung maruah negeri Kelantan yang terkenal dengan gelaran Serambi Mekah dan begitu kuat menentang unsur judi dalam pelbagai bentuk," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis penyerahan rumah kepada warga miskin di kampung Bukit Wakaf Bharu hari ini.

Tindakan tersebut juga jelasnya seolah-olah telah menghina agama Islam dan negara ini juga menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

Beliau juga berkata Dewan Ulamak PAS Pusat akan menghantar satu memorandum bantahan kepada pihak berkenaan terhadap sikap kerajaan dalam hal ini.

" Kalaulah dengan memberi lesen judi dapat membendung perjudian itu adalah satu tanggapan yang salah dan sanggupkan kita pula member lesen kepada mereka yang ingin melakukan pencurian agar dapat mengurangkan berlakunya kecurian di negara ini" katanya lagi.

Sementara itu ketika ditanya perkembangan Tabung Serambi Mekah setakat ini, beliau yang juga Pengerusi Tabung tersebut berkata sehingga kini hampir RM5 juta dapat dikumpul.