May 20, 2010

Selcat masih tunggu dokumen KSSB

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) akan menyelidik terlebih dahulu dokumen berkaitan sebelum memutuskan memanggil mana-mana individu untuk pendengaran awam pada 2 hingga 4 Jun depan.

Seorang anggota jawatankuasa itu memberitahu, pihaknya akan bermesyuarat sekali lagi bagi memutuskan perkara tersebut sebelum pendengaran awam dilangsungkan.

"Buat masa ini kami tidak boleh memutuskan siapa yang akan dipanggil. Dokumen-dokumen akan dikaji terlebih dahulu. Selepas itu, barulah kami boleh tahu siapa yang hendak dipanggil.

"Lagipun kami belum dapat dokumen-dokumen dari KSSB (Kumpulan Semesta Sdn Bhd) dan beberapa lagi dokumen yang berkaitan," kata Haniza Talha ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Pada 12 Mei lalu, ahli parlimen Kapar S Manikavasagam dilaporkan membuat laporan polis, mendakwa tiga pegawai kanan KSSB terbabit dalam operasi pelombongan pasir secara haram.

Dalam laporan polisnya, Manikavasagam antara lain mendakwa, tiga pegawai terbabit bertanggungjawab terhadap kerugian sebanyak RM10 juta akibat salah urus dan tindakan mengeluarkan permit kepada pengusaha lombong pasir haram.

Selcat - satu jawatankuasa bawah DUN Selangor - akan mengadakan sesi pendengaran awam terhadap tuduhan penyelewengan dalam KSSB, sebuah syarikat milik kerajaan negeri.

Pendengaran awam itu akan diadakan di Bilik Gerakan, Tingkat 2, Bangunan Annex, DUN Selangor dari jam 10 pagi hingga 1 tengahari.

Sementara itu, Haniza yang juga ADUN Kampung Medan menegaskan, fungsi Selcat bukan untuk menyiasat amalan rasuah yang dilakukan oleh individu tertentu.

"Sebenarnya, kami menyiasat sistem kerajaan yang membawa kepada ketidakcekapan yang berlaku supaya kami boleh kenalpasti mana-mana kelemahan yang ada di dalam sistem kerajaan negeri untuk diperbaiki," katanya yang juga timbalan speaker Selangor.

Timbalan presiden PKR saman Utusan RM10 juta

Timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali hari ini memfailkan saman RM10 juta terhadap Utusan Melayu di MahkamathTinggi Kuala Lumpur.

Syed Husin, yang baru-baru ini dilantik sebagai senator oleh kerajaan negeri Selangor juga menamakan, pengarang akhbar milik Umno itu, Mohd Hassan Mohd Noor dan bekas pemimpin PKR Zamil Ibrahim sebagai defendan.

Dalam kenyataannya, Syed Husin mendakwa artikel pada 6 Mac, Utusan Malaysia yang berjudul 'RM500,000: Syed Husin dicabar lapor polis' adalah berunsur fitnah.

Artikel berkenaan yang dipetik berdasarkan sebuah blog mendakwa Syed Hussein telah dibeli oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dibayar RM500,000 bagi membubarkan Parti Rakyat Malaysia, yang mana beliau adalah presiden dan kemudiannya menyertai PKR.

Syed Husin mendakwa Zamil pada atau sebelum 6 Mac berckap kepada seorang wartawan Utusan Malaysia, dan artikel berkenaan membayangkan timbalan presiden PKR itu bersalah dengan kegiatan rasuah.

Beliau juga mendakwa artikel berkenaan membawa maksud bahawa dia telah melakukan kesalahan jenayah yang membawa kepada hukuman penjara.

Artikel itu juga dikata mengambarkan seolah-olah Syed Husin seorang hiprokit dan tidak layak menjadi ahli politik, menikam rakan-rakan parti, tidak berprinsip dan tidak layat memegang jawatan timbalan presiden PKR.

Dia juga mendakwa penerbitan artikel itu telah memburukkan nama baik, kredit dan reputasinya.

Selain menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta serta ganti rugi teladan, beliau turut memohon injunksi untuk menghalang defendan daripada menerbitkan lebih lanjut kata-kata fitnah lisan dan libel yang serupa terhadapnya, kos dan relif lain dan/atau selanjutnya yang dianggap wajar dan saksama oleh mahkamah.

May 19, 2010

'Melayu Perlu Bersatu' !!! Part 2

Dalam banyak pihak yang masih belum kebah lagi dengan kekalahan BN di pilihanraya Sibu , cakap-cakap bahwa retorik menipu UMNO yang nasib Melayu terancam dan sebagainya sudah tidak diendah dan dipercayai lagi oleh orang Melayu , baik di semenanjung hinggalah Melayu Melanau di Sarawak !!

Dan disebabkan 'terancamnya' nasib Melayu , maka muncullah segerombolan pejuang Melayu yang ketuanya pernah ditaja oleh seorang tokey judi dalam syarikat air-cond yang baru sahaja mendapat RM 536 Juta hasil penjualan syer dalam Ascot Sport yang baru diberi lesen judi oleh Najib Pemimpin Melayu terulung!!

Yang dapat RM 536 Juta ni bukan gerombolan pejuang Melayu ni , yang dapat kekayaan tu Vincent Tan !!!

Melayu yang selalu menjerit-jerit, membakar atau memijak gambar dan mem'butoh'kan makcik Melayu kerani depan Tropicana ni mungkin mendapat upah beberapa keping not RM 50 !!!

Oh !!!! Alangkah dangkalnya mainan politik Melayu !!!

Anak-anak Muda ini menjadi bebal , dicatur oleh satu dua kerat Pemimpin mereka yang mendapat imbuhan dari Cukong Cina !!!

Tetapi nasib Anak-anak Melayu-melayu gerombolan ini juga pun turut dihimpit dengan Dasar BN yang menekan Melayu dengan pelbagai pembaziran wang rakyat!!!

Gerombolan ini menggelar diri mereka PERKASA!!!

Mungkin Melayu PERKASA ini pun turut mengeluh kerana BN naikkan harga minyak , BN mahukan cukai GST dan pelbagai cukai yang mana wang cukai ini tidak dikembalikan kepada Melayu , tetapi kepada duit shopping bini Razak Baginda !!! kah kah kah

Melayu tidak mahu lagi dijaja dengan retorik palsu UMNO lagi.

Melayu mahu minyak petrol tak naik.

Melayu mahu harga barang tak naik.

Melayu tidak mahu ditpu dengan tak pasal-pasal gula takde di pasar.

Ini taktik Cukong dan Pemain Politik UMNO nak kayakan diri dengan menaikkan harga gula untuk rakyat.

Melayu mahu air percuma.

Melayu tak mahu cukai mengarut macam GST.

Melayu tidak mahu bebanan dengan bayaran-bayaran yang pihak Sekolah mintak untuk anak ke sekolah.

Duit habis beribu-ribu juta buat projek mengarut boleh , Sekolah-sekolah nak mintak Kementerian subsidi bayar bil air dan letrik tak boleh.

Habih tu duit kerajaan , BN buat apa ? Buat beli handbag bini Razak Baginda ? kah kah kah kah

Tak ke mengarut tu ?

Anak Melayu nak ada peluang pekerjaan.

Anak Melayu nak mutu pendidikan bukan level pendidikan putu mayam.

Supaya anak Melayu tak jadi bebal dan bengap menjerit 'Ketuanan Melayu' dan membakar gambar dan membutohkan makcik kerani Melayu !!

Tetapi gerombolan anak Melayu PERKASA ini sebenarnya bengap sehingga tidak tahu yang Ketua mereka ditaja Cukong Cina !!!! kah kah kah

Inilah komedi politik Melayu yang dimainkan pemain politik UMNO BN dan PERKASA !!!!



Maksud Kuasa Politik Melayu itu bukan lagi sebagaimana yang dicanang oleh Pemain Politik Tua UMNO lagi.

Jangan bodohkan Melayu dengan cerita hantu dan tahyul tentang Perjuangan untuk Melayu kau itu lagi !!!

Itu hanya dadah yang kau suntik pada orang Melayu supaya ;

KAU YANG KUNUNNYA PEJUANG MELAYU BOLEH BERSEKONGKOL DENGAN CUKONG DAN TOKEH JUDI UNTUK MEMPERKAYA KAN DIRI KAU !!!!

KAU JUAL HARGA PERJUANGAN UNTUK MELAYU KAU SUPAYA KAU BOLEH MENIPU MELAYU !!!!

ANAK MUDA HARUS BANGKIT TUMBANGKAN UMNO DAN BN !!!!

DUNIA INI MILIK ORANG MUDA !!!!

Zul Nordin dah aku janji depan Dollah dan Najib

YB Zulkifli Nordin keluar lagi dalam Buliten Utama 16 Mei 2010 konon berlagak seperti Nujum Pak Belalang dengan menujumkan bahawa KEADILAN hanya akan bertahan dalam 10 bulan lagi.

Yang pasti kalau Zul Nordin beriman dengan tilikan dia itu, pasti dia akan kecewa.

KEADILAN akan jadi lebih matang dan kuat apabila kelompok yang membawa agenda peribadi keluar dari parti ini. Kelompok yang kecewa tak jadi menteri kerana tak terjayanya cita - cita 16 September.

Zul Nordin contohnya pernah sendiri mengakui bahawa beliau telah berjumpa dengan Abdullah (ketika menjadi PM) dan Najib (ketika itu TPM) dengan memberi aku janji. Ganjaranya Bn menarik semula kes saman terhadap SPR dan beliau. Kes tersebut benar kukuh, sememang beliau tidak memenuhi krateria menghantar laporan kewangan PRU 2004.

Kerana itu parti membuat keputusan mencadangkan DSAI bertanding di kerusi Kulim Bandar Baru kerana suka atau tidak lambat laun kerusi itu akan terpaksa dikosongkan kerana mahkamah akan membuat keputusan.

Namun Zul Nordin terus hilang dan melakukan 'deal' sendiri bagi menyelamatkan kedudukannya. Dia secara diam berjumpa Abdullah dan Najib, membuat aku janji di depan Presiden dan Timbalan Presiden Umno. Aziz Sheikh Fadzir tahu mengenai perkara ini. Aziz akur dan menarik semula saman beliau berdasar arahan atasan Umno.

Zul Nordin, ketahuilah parti ini akan jadi lebih kukuh dengan keluar lebih ramai lagi kelompok hipokrit seperti kamu.

Cuma bagi parti ini seharusnya segera mempersiapkan kelompok muda dengan idealisma perjuangan dan strategi perjuangan yang makin mencabar.

TRIBUTE UNTUK MUFTI PERAK Judi: Untuk kalian para agamawan


"Kami mahu para mufti menyatakan pendirian terhadap isu judi bola sepak," teriak seorang pemimpin demonstran. Lantang suaranya dicorong mikrofon sebelum alat itu dirampas polis.

Di Mana Pendirian Majlis Fatwa? Tajuk artikel terpampang di dada akhbar elektronik.

Para pimpinan NGO pula tampil mendesak para pemimpin institusi agama tampil memberi pandangan dan menyatakan pendirian.

Pimpinan politik pula bermain dengan ayat-ayat mantiq mengajak manusia dan umat berfikir. "Kalau arak di Hulu Selangor HARAM, kenapa Judi di BACHOK halal? Sedangkan kalimah judi [maisir] mengekori kalimah arak [khamr] dalam ayat yang sama?

Saya seperti selalu, menulis untuk merungkai masalah dan puzzle rumit sebuah penipuan besar ini.

Di mana Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu besar syariat Islam ini? Mana pula Mufti Kerajaan Negeri Perak yang selalu lantang? Apakah ini yang menjadi masalah utama? Muftikah yang bermasalah? Atau ada otak lain yang lebih besar dan buruk masalahnya dari masalah para mufti dan segelintir ahli agama dewasa ini.

Berfikir. Terus menulis dan membelek sejarah.

Hujung 1990-an

Pada waktu itu, ada seorang mufti ikhlas kerana Allah tampil menegur maksiat dan membaik kerosakan dalam masyarakat dengan menegur kerajaan yang mengHALALkan pertandingan RATU CANTIK di Malaysia. Bayarannya, beliau dibuang dari menjawat jawatan mufti. Al-Fatihah untuk Al-Marhum.

MATANYA BUTA SEBELAH

Dajjal itu, matanya buta sebelah. Para pengikutnya juga dibutakan sebelah matanya. Buta mungkin pada zahir. Namun buta juga lebih dekat pada buta batin. Buta mata hati.

Manusia yang dibutakan mata hatinya akan gagal dari melihat kebenaran meski kebenaran itu berada di atas batang hidung mereka.

Membutakan sebelah mata [daya penglihatan dan pengamatan] manusia adalah kepakaran Dajjal. Melihat segala bentuk nikmat dalam kerangka materialisme. Semua benda dinilai pada satu sudut semata-mata. KEBENDAAN.

KECILKAH JUDI?

JUDI. Tanyakan siapa sahaja yang waras fikirannya, apakah hukum judi? Pastinya kalimah haram akan keluar dari mulut yang ditanya. Kalaupun tidak haram, pastinya mereka tidak bersetuju untuk mengatak bahawa judi itu adalah satu amalan terpuji.

COMMON SENSE. Itu kata orang putih. Ma'lum min ad-deen bid-dharurah istilah dalam agama Islam. Semudah makan kacang untuk mahu mengetahui baik dan buruk judi. Justeru, kenapakah ianya dihalalkan?

Matanya sudah BUTA. Buta dari melihat judi pada sudut buruknya. Kenapa ARAK di Hulu Selangor buruk? Kerana ada nilai material yang terselindung disebalik kemenangan isu yang membawa kepada kemenangan KERUSI.

Malaysia akan datang?

SURAH AL-KAHFI: UBAT JARUM BISA DAJJAL

Maksud sabda Rasulullah sallallahualayhiwasallam:

Sesiapa yang membaca surah Al-kahfi sebagaimana ianya diturunkan, maka orang itu akan terpelihara dari tipu daya Dajjal. [Hadith]

Kenapa Surah Al-Kahfi?

Syeikh An-Nadwi dan Sayyid Qutb berpandangan bahawa, Surah Al-Kahfi membawa mesej yang cukup besar dalam memperbetulkan sistem pemanduan pemikiran manusia. LIHAT, FIKIR dan PERCAYA. Itulah intipati Surah Al-Kahfi.

Andai cara melihat salah, hancurlah cara berfikir, jahanamlah sistem kepercayaan. Iman tidak akan mendiami hati mereka yang salah cara melihatnya.

Apa beza arak dan judi. Cara melihat.

Melihat dengan material akan menemukan perbezaannya. Arak HARAM di Hulu Selangor demi mendapat keuntungan. Judi HALAL juga untuk mendapat keuntungan.

PARA AGAMAWAN DAN ULAMA

Saya tidak berminat untuk mendesak kalian menyatakan pendirian terhadap isu judi kerana pendirian kalian tidak akan memberi apa-apa makna. Keputusan yang diambil oleh mereka yang sukakan judi itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa kalian tidak ada makna dan harga di mata mereka.

Andai kalian bertempik menyatakan judi haram sekalipun, hanya bagaikan anjing menyalak bukit. Tidak memberi apa-apa kesan. Mereka tidak akan melihat meski dengan sebelah mata!

Justeru, saya mengajak para agamawan sekalian untuk menyatakan pendirian terhadap mereka yang sanggup menukar dan mengubah-ubah hukum Allah. Apakah masih patut untuk menyangka mereka sebagai pemimpin kepada negara berbudi, semurni Tanah Melayu, Malaysia?

Itu lebih membuka mata mereka. Ayuh para agamawan, rakyat ramai menanti kalian.

HASANHUSAINI,

Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan

Gabungan Pemimpin Tak Bermoral

Posted May 17, 2010 by myzaidibrahim

Perdana Menteri kita ini macam cowboy di zaman Wild Wild West. Siri TV tahun 1960-an ini selalunya menunjukkan watak orang yang tak pedulikan undang-undang. Hukum yang dipakainya ialah pistolnya. Dia sanggup melakukan apa saja kerana orang takut kepadanya; sebab dia digelar “a fast draw”. Bila semua orang dalam ketakutan maka dia lah hero ditempat itu.

PM kita pun sama macam hero kaki tembak orang tanpa peduli undang-undang. Dia rasa dia sudah berjaya setelah “menang” di Hulu Selangor dengan membeli undi, menggunakan media massa termasuk Utusan dan stesen TV untuk memburukkan dan memfitnah lawan dan menyalahgunakan semua agensi penguatkuasa kerajaan tanpa segan silu. Maka dia ingat dia boleh kitar semula taktik itu di Sibu. Dengan itu PM kita pun bertandang ke Sibu dengan gaya dan taktik yang sama. Dia tawarkan RM18 juta kepada sekolah-sekolah cina, RM1.7 juta untuk geeja-gereja Kristian dan RM5 juta untuk mitigasi banjir. Wang tunai yang tidak kehabisan pula bercurah-curah di rumah panjang di Sibu.

PM Najib dan orang nombor duanya Muhyiddin sebenarnya jenis pemimpin yang tak ada moral kepimpinan. Tidak layak menjadi pemimpin; tidak boleh dijadikan teladan. Mereka pandai memburukkan peribadi saya tetapi merekalah sebenarnya “promoter” kepimpinan yang rasuah dan ganas. Bangga dengan penyalahgunaan kuasa yang dipamerkan. Bangga bila membelakangkan undang-undang dengan sawenang-wenangnya. Mereka tak sedikit pun rasa malu dan segan. Tak segan kepada rakyat sendiri dan tak malu kepada kacamata dunia tentang tindakan mereka. Merekalah sebenarnya orang yang takut dengan rakyat. Mereka tahu kalau rakyat dibenarkan memilih dengan bebas dan pilihanraya diadakan dengan cara yang lazim diadakan di negara lain secara demokrasi tulen, mereka akan kehilangan kuasa. Itu pun, rakyat tetap berani bersuara. Suara rakyat masih hidup di Sibu. Saya yakin suara ini akan bertambah kuat di dengar di merata pelusuk negara kita.

Memang tak mudah undang-undang yang adil nak dilaksanakan di Malaysia. Ini adalah kerana di negara kita, Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara dan Pengerusi Suruhanjaya dan Pencegahan Rasuah Malaysia adalah orang-orang PM. Mereka sudah lupa bahawa semasa mereka mengangkat sumpah menerima jawatan masing-masing, sumpah keramat mereka adalah untuk menjaga kepentingan rakyat, mendaulatkan undang-undang negara dan menjalankan tugas dengan berani dan penuh integriti. Tapi sekarang ini mereka hanya menjaga kepentingan PM semata-mata.

Walaupun sukar, InsyaAllah, suatu hari nanti kita rakyat Malaysia akan berjaya mengembalikan maruah dan harga diri rakyat dan negara yang kita cintai. Bila tiba hari keramat itu, kita sudah tentu tidak memerlukan elit Melayu seperti ini lagi kerana sudah terbukti mereka hanyalah pagar yang makan padi. Golongan ini hanyalah gabungan pemimpin yang tak bermoral.