February 20, 2011
CUBAAN LEMAH DAN TUMPUL NOH OMAR SERANG TAN SRI KHALID.
Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor didakwa membiayai penginapan kira-kira 500 perwakilan pada Kongres PKR tahun lalu sebanyak RM80,500.
Sambil mendakwa mempunyai bukti invois dan resit, menteri pertanian dan insdustri asas tani itu berkata, ia dikeluarkan oleh MBI bagi membayar tempahan 100 bilik di sebuah hotel di Petaling Jaya ketika kongres tersebut diadakan.
INI MERUPAKAN SERANGAN TUMPUL NOH OMAR PADA TAN SRI KHALID.
TUMPUL SETUMPUL-TUMPULNYA.
PASAL RM 80,500 DUIT TIDO HOTEL YANG DIBAWAK MENTERI LEMBU NI.
APA PUNYA LEMBU LA.
PERWAKILAN PKR NIH , BUKANNYA ORANG SENANG MACAM PERWAKILAN PENYAMUN UMNO , SEMUA NYA DUIT CUKUP-CUKUP JEK NAK BERJUANG.
INI MERUPAKAN APRESIASI TAN SRI KHALID DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR KEPADA BERKAT GIGIH USAHA MEREKA SELAMA INI UNTUK MEMENANGKAN RAKYAT SELANGOR KHUSUSNYA.
PASAL 500 PERWAKILAN PKR NAK TEMPAT BEREHAT SEBENTAR DI SELANGOR YANG DIBAWAK TIMBALAN PENGERUSI UMNO SELANGOR NI.
MANA LA PAKAR STRATEGIS TIMBALAN PENGERUSI UMNO SELANGOR NI ?
KALAU PUN LA NAK BAWAK ISU RM 85,000 NIH , TAHU DAK KAMU BAHWA KERAJAAN NEGERI BAYAR PADA HOTEL HAK MILIK KERAJAAN NEGERI.
PENDAPATAN ITU DAPAT KEMBALI PADA KERAJAAN NEGERI !!!!!!!!!!!!!!!!!
KALAU NAK LANYAK !!!!
BAWAK LA ISU PERGI DISNEYLAND DENGAN ORANG GAJI LEPAS TU BERJUTA GUNA DUIT KERAJAAN NEGERI !!!!!
BAWAK LA ISU DUIT ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI HABIS RM 34 BILLION PROJEK PEMBANGUNAN TANAH MELIBAT BERIBU HEKTAR LESAP DEK KRONI PENYAMUN UMNO !!!!!!!!!!!!
RM 34 BILLION DUIT ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI LESAP !!!!
RM 34 BILLION DUIT RAKYAT KENA SAMUN !!!!!!!!!!!!!!!!!
LIHAT BAGAIMAN TIMBALAN PRESIDEN KEADILAN LANYAK PENYAMUN UMNO SELANGOR !!!!!!!!!!!!!!!
INI BARU BETUL PENGERUSI PKR SELANGOR PUNYA SILAT POLITIK !!!!!!
MELIBATKAN BERIBU JUTA DUIT RAKYAT SELANGOR YANG DISAMUN PENYAMUN UMNO !!!!!!!!!!!!!!!
" INI RM 85,000 UNTUK BAYAR DUIT HOTEL MILIK KERAJAAN NEGERI KEPADA 500 ORANG NIH PENYELEWENGAN .... INI KERAJAAN PAKATAN NI MENYELEWENG...."
APA PUNYA KELAS LA MENTERI LEMBU PUNYA ISU !!!!!!!
RM 85,000 TU NAK BAYAR GOLF MEMBERSHIP UNTUK 2 ORANG PENYAMUN UMNO PUN TAK LEPAIH DATO !!!!
ROSMAH SATU MALAM TIDO DEKAT DUBAI PUN BERKALI GANDA LAGI MAHAL HARGA HOTEL DIA DARI 500 ORANG PERWAKILAN NIH !!
ROSMAH PAKAI DUIT SAPA EK ???????
OOOOO..... DUIT FLOM JPM ..............
TAKPE KE ???????
BAWAK LA ISU POLISI !!!!!!!!!!
BAWAK LA ISU RAKYAT !!!!!!!!!!
ADOI YAIIIIIIIIIIIII !!!!!!!!!!!!!!
NAJIB SILA ROMBAK KEPIMPINAN UMNO SELANGOR !!!!!!
MAKIN LAMA MAKIN TERUK !!!!!!!!!!!!
June 16, 2010
BENARKAH WAKIL RAKYAT PR MELOMPAT BUKTI SOKONGAN RAKYAT MEROSOT?
NAMPAKNYA proses pembersihan bukan sahaja berlaku di dalam PKR sahaja. Sekutunya dari DAP juga kini di dalam proses yang sama. Alhamdulillah, PAS masih bertahan kerana proses seumpama itu telah lama berlaku di dalam PAS dan kini PAS boleh dikatakan 100 % mempunyai Adun atau MP yang bersih. Semua ini terpaksa kita terima dengan penuh kesabaran dan keinsafan.
Bukan mudah untuk mengekalkan pemimpin yang benar-benar berjuang demi rakyat. Pemimpin yang lemah jiwanya tetapi tinggi nafsunya tidak akan mampu bertahan lama di dalam parti yang masih belum berkuasa secara mutlak di negara ini. Pada pendapat anda, sekiranya PR menerajui negara dan menjadi pemerintah, adakah beberapa ekor katak ini akan melompat? Jawapannya sudah pasti tidak. Oleh kerana PR belum menjadi pemerintah dan tidak mempunyai kuasa mutlak di dalam negara ini, maka beribu alasan diberikan oleh pengkhianat ini untuk melompat.
Begitulah juga yang berlaku kepada Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh yang telah keluar dari DAP dan menjadi Wakil Rakyat Bebas (tetapi sokong BN?). Berbagai cerita yang kita dengar mengapa Adun berkenaan keluar dari DAP. Di antaranya adalah seperti yang dituliskan di sini. Percaya atau tidak, terpulang kepada kita sama-sama untuk memikirkannya kerana aktiviti melompat katak ini sudah sebati buat kita dan tidak lagi menjadi satu isu yang boleh buat kita terperanjat besar. Dan, alasan mereka menjadi katak itu pun satu alasan yang sudah jemu kita mendengarnya.
Apakah Umno gembira dengan berita seperti ini? Pada pendapat saya Umno tidak lah begitu gembira dengan beberapa ekor katak yang ada sekarang. Pertamanya, katak-katak tersebut tiada nilai apa-apa buat Umno kerana kesemua mereka itu adalah terdiri dari yang tiada kualiti kepimpinan atau pengaruh besar yang boleh menarik penyokong mereka sendiri menyertai mereka. Ini fakta kerana kita sendiri boleh lihat berapa ratus orang yang katak-katak ini berjaya tarik untuk melompat bersama mereka? Umno cuma boleh gembira sedikit kerana kurangnya kerusi wakil dari PR, itu sahaja. Dari segi sokongan, Umno tidak mendapat apa-apa pun.
Cuba sebutkan seorang sahaja Wakil Rakyat katak ini yang mampu membawa sekurang-kurangnya seribu orang ahli parti bersamanya? Oleh yang demikian, dalil Umno menyatakan dengan melompatnya beberapa ekor katak ini menandakan sokongan terhadap PR merosot adalah satu dalil yang tidak menggunakan akal. Kerusi yang diwakili PR merosot memang benar, tetapi sokongan terhadap PR bukan sahaja padu malahan bertambah akibat rasa marah rakyat terhadap katak-katak yang sentiasa lapar itu. Jika benar mereka yakin sokongan terhadap PR merosot akibat perbuatan melompat beberapa ekor katak ini, nah, cuba kosongkan kerusi dan kita lihat hasilnya. Mampus katak-katak ini tidak akan berani berbuat demikian dan Umno juga pasti tidak setuju jika kerusi tersebut dikosongkan.
Bayangkan jika raja katak dari Pasir Mas yang tidak tahu malu menenggek di atas kerusi yang diberi pinjam oleh PAS itu pun tidak berani untuk mengosongkan kerusinya, ini kan pula spesis katak-katak berhingus seperti yang lain. Mereka melompat bukan kerana prinsip kerana mereka sendiri pun tidak punyai prinsip. Mereka hanya fikir bagaimana untuk menjadi Wakil Rakyat yang sentiasa buncit perut dan tiada masalah kewangan. Tentang rakyat, persetankan asalkan satu penggal ini cukup untuk mereka dan anak beranak mereka makan.
Satu lagi pengajaran buat pimpinan PR agar lebih serius di dalam memilih calon Wakil Rakyat di masa-masa akan datang. PAS telah alami proses pembersihan seperti yang berlaku terhadap PKR dan DAP dewasa ini. Malahan PAS pernah menyaksikan Presiden dan Naib Presiden mereka sendiri melompat, tetapi PAS mengambilnya sebagai hikmah dan terus berjuang dengan mempertingkatkan proses tarbiyah di kalangan jemaahnya. Kini, PAS muncul sebagai parti yang kuat dan penuh disiplin./wfauzdin.blogspot.com

May 20, 2010
Judi, PERKASA: Najib membisu
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini enggan mengulas berhubung keputusan kerajaan memberikan lesen judi sukan supaya pertaruhan dapat dibuat menjelang kejohanan bolasepak Piala Dunia yang bermula Jun ini.
"We are not going to talk about that (Kita tidak akan membincangkannya)," kata Najib kepada wartawan selepas upcara pecah tanah bangunan baru Utusan Malaysia hari ini.
Perdana Menteri juga sekali lagi mengelak menjawap soalan berhubung dakwaan MCA bahawa Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) punca Barisan Nasional tumbang di kerusi pilihan raya kecil parlimen Sibu, Ahad lalu.
"It's a whole (bunch) of reasons, cannot just ... ok, never mind lah (Banyak sebabnya, tak boleh hanya ...tak apalah)," katanya dengan ringkas.
Isnin lalu, MCA mempersalahkan PERKASA atas kekalahan SUPP di Sibu dengan berkata 'hubungan kabur' BN, khususnya Umno dengan kumpulan pelampau itu punca masyarakat Cina kurang selesa.
PERKASA juga pernah berkata Umno harus meninggalkan masyarakat Cina yang 'tidak berterima kasih' dan menghentikan peruntukkan kepada golongan minoriti berkenaan yang mengundi pembangkang.

Umno tuntut kerusi Merotai
Umno bahagian Kalabakan mendesak pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) supaya mengembalikan kerusi dewan undangan negeri Sabah kawasan Merotai kepada Umno.
Ketuanya, Datuk Abdul Ghapur Salleh, berkata ini kerana Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah yang mewakili kawasan berkenaan sejak dua penggal lalu gagal membawa sebarang perubahan ke kawasan berkenaan.
"Kita tidak boleh lagi bertolak ansur dalam hal ini. Mana-mana kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu dan Islam, ia harus diberi kepada Umno," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Umno Bahagian Kalabakan hari ini.
Abdul Ghapur yang juga Ahli Parlimen Kalabakan, berkata keputusan membuat desakan itu dicapai pada mesyuarat hari ini.
Kerusi Merotai kini diwakili Pang Yuk Ming dari LDP, satu daripada parti komponen BN di Sabah.
Abdul Ghapur berkata, kawasan Merotai mempunyai 80 peratus pengundi Melayu/Islam berdaftar dan tidak ada sebab mengapa kawasan berkenaan tidak boleh diberikan semula kepada Umno.
"Sekiranya pucuk pimpinan BN tidak mempedulikan desakan kami, tidak ada jaminan calon BN akan menang pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya.

Demontrasi seluruh negara bantah judi esok
PAS menganjurkan sekurang-kurangnya lima demonstrasi di pelbagai tempat di seluruh negara esok bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan.
Perhimpunan yang digerakkan Dewan Pemudanya itu akan diadakan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Daripada kelima-lima negeri itu, demonstrasi di Terangganu dijangka terbesar, melibatkan sekurang-kuranngnya 3,000 orang.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dijadual akan turut serta di perkarangan Masjid Pengedang Baru, Kuala Terengganu.
Bercakap kepada Malaysiakini, Ketua Pemuda PAS Terengganu Azman Shapawi Abdul Rani berkata pihaknya tidak memohon permit untuk perhimpunan itu kerana ia akan dibuat "secara aman di dalam perkarangan masjid".
Menurutnya, demontrasi itu dijangka turut dihadiri kepimpinan Pemuda daripada parti lain dalam Pakatan Rakyat.
Di Perak pula, Naib Ketua Pemuda PAS negeri Salman Salleh berkata kira-kira 2,000 orang dijangka menghadiri demontrasi di Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh bagi membantah keputusan kerajaan itu.
Umno juga sertai
"Semua pertubuhan termasuk Umno, Pemuda Pakatan Rakyat dan NGO bersama kita untuk menzahirkan bantahan pemberian lesen judi," katanya.
Menurut Salman, demonstrasi itu akan diketuai oleh ketua Pemuda PAS negeri, Zawawi Hassan.
Di Negeri Sembilan, dijangka 1,500 orang akan menyertai demontrasi di Masjid Negeri Sembilan dekat Seremban selepas solat Jumaat.
Ketua Pemudanya Khairil Anwar Mohd Wafa berkata pihaknya turut menjemput pemimpin Pemuda Pakatan yang bukan Islam, termasuk Ketua Pemuda DAP Anthony Loke.
"Kita tidak pohon permit, kalau hendak tangkap, tangkaplah. Kita buat perhimpunan aman. Dulu masa (demonstrasi) membantah (firma perundin) Apco Worldwide tiada tangkapan pun," kata Khairil Anwar.
Di Pulau Pinang pula ketua Pemuda PAS Mohd Yusni Mat Piah berkata pihaknya menganjurkan demontrasi esok di hadapan Masjid Permatang Gajus, Permatang Pauh selepas solat Jumaat.
Perhimpunan aman tersebut dijangka seramai 1,000 penyokong Pemuda Pakatan, tambahnya.
Demonstrasi di 22 kawasan PAS
Di Selangor pula keadaan agak berbeza apabila tiada demonstrasi di peringkat negeri dianjurkan PAS.
Ketua Pemudanya Hasbullah Mohd Ridzwan berkata Pemuda PAS negeri telah mengarahkan 22 Pemuda kawasan mengadakan demontrasi itu sama ada esok atau Jumaat depan.
"Setakat ini Pemuda PAS kawasan Hulu Langat akan mengadakan demontrasi membantah keputusan kerajaan itu esok," katanya.
Hasbullah berkata, dijangka kira-kira 200 orang bagi setiap kawasan akan hadir dalam demontrasi itu.
Menurut pemimpin negeri yang dihubungi, kesemua perhimpunan esok dijalankan tanpa memohon permit polis kerana "ia adalah satu perhimpunan aman".
Difahamkan, pembangkang di negeri-negeri lain, Perlis, Kedah, Pahang dan beberapa kawasan di Selangor akan mengadakan demontrasi itu Jumaat hadapan.
Kemuncak kepada siri demonstrasi tersebut akan dilaporkan diadakan pada 3 Julai ini di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.

PAS tuntut menteri, mufti bantah judi
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan bantahannya terhadap pengeluaran lesen judi sukan kepada Berjaya Group Sdn Bhd.
"Semalam beliau (Jamil Khir) dengan lantangnya mengeluarkan kenyataan bahawa peguam syarie di mahkamah syariah di negara ini mestilah seorang yang beragama Islam.
"Namun dalam hal judi ini beliau mengambil pendekatan pasif. Di manakah suara lantangnya itu?" soal pembantu ketua pemudanya Herman Samsudeen.
Dalam kenyataan hari ini, Herman juga mendesak semua mufti di negara tampil membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen bola sepak itu dan jangan "menutup mata dan menyembunyikan ilmu mereka".
"Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berharap para mufti dan golongan yang faham agama bangkit menentang kezaliman akhlak ini. Judi adalah haram dan ianya bukan hanya haram untuk mereka yang beragama Islam (semata-mata), tetapi kepada semua manusia," katanya.
"Walau
pun mereka bekerja dengan kerajaan Malaysia yang mana perdana menteri dan menteri kewangannya serta kabinetnya bersatu menghalalkan judi, tetapi para mufti dan mereka yang faham agama harus bangkit menentang dan tidak mentaati keputusan mungkar itu."
Herman menambah, ekonomi negara ini pasti akan bertambah berkali ganda "jika sumber yang berkat digunakan" bagi membangunkannya.
"Menghapuskan judi juga sekali gus akan memisahkan pendapatan dan gaji para menteri dan mufti yang dibayar kerajaan daripada sumber-sumber yang haram," katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)