Warga sekolah serta para ibu bapa dengan bangganya hadir dan berkumpul dalam majlis kemuncak untuk melihat anak masing-masing menerima anugerah.
Kami para ibubapa yang turut hadir pada program tersebut pada mulanya tidak merasakan apa-apa yang tidak kena sehingga munculnya perasmi program iaitu Mej (B) Abdul Rahim Mohd Amin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Serdang. Turut sama Hj Hasan Nodin, Ketua UMNO Cawangan Taman Universiti serta Ungku Md Saleh, Ketua Pemuda UMNO Serdang.
Mej (B) Abdul Rahim, Hj Hasan Nodin dan Ungku Md Saleh telah diberikan ruang seluas-luaskan untuk berucap dan menyampaikan anugerah kepada para murid. Dalam kata lain, UMNO Serdang telah mempergunakan warga sekolah terutamanya Pn Hajah Azimah (Guru Besar) dan Hj Razaob (YDP PIBG) serta murid-murid untuk kepentingan politik murahan mereka.
Persoalan utama, atas kapasiti apa UMNO Serdang layak dijemput untuk hadir ke program sekolah ini. Adakah hanya kerana UMNO Serdang menjadi penyumbang utama kepada sekolah maka mereka paling layak dijemput? Apakah mereka lebih layak daripada wakil Pejabat Pelajaran Daerah ataupun wakil dari Kementerian Pelajaran?
Kami para ibubapa yang hadir berasa amat kecewa atas apa yang berlaku dalam program tersebut. Sekolah sepatutnya bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik dan sepatutnya Guru Besar harus berani dan tegas menolak permintaan UMNO Serdang . Sikap UMNO Serdang dalam mengambil kesempatan atas kehadiran para ibubapa untuk menyampaikan agenda politik meraka turut kami kesali.
Kami tidak mahu anak-anak kami terperangkap dalam mainan politik murahan UMNO dalam melaksanakan agenda tersembunyi mereka.
Bagi kami para ibubapa, kehadiran UMNO Serdang dalam program sekolah ini hanya menambahkan kebencian kami serta rakyat Serdang khususnya kepada UMNO yang nampaknya kian terdesak untuk mempergunakan apa sahaja demi ‘survival’ politik murahan mereka.
Pihak Kementerian Pelajaran sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam memantau perkara ini.
Sekian.
Mohd Ali B. Ismail
Bandar Putra Permai