Sambutan Maulud Nabi di Stadium Malawati Jumaat lepas telah dicemari dengan tindakan segelintir orang dipercayai penyokong Umno mengedar risalah yang memfitnah dan menghina istana Selangor dan kerajaan negeri.
Akhbar Selangor Kita ini didalangi oleh musuh politik kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
Ia diedarkan kepada umat Islam yang ke Stadium untuk menghadiri sambutan maulud Nabi.
Tujuannya jelas – untuk membangkitkan sentimen agama orang Melayu dan rasa marah terhadap kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tindakan melabelkan Selangor sebagai Darul Urut dan bukan Darul Ehsan dilihat sebagai menghina mohor Istana Selangor.
Ini merupakan satu dakyah dan propaganda mereka untuk mengambil kesempatan kepada orang ramai semasa mereka datang untuk program lain. Seumpamanya hari Jumaat lepas, program sambutan Maulidur Rasul, pihak musuh kita telah mengeluarkan Selangor Kita membawa mesej fitnah yang menuduh kerajaan Selangor yang pertamanya contoh membawa kes liwat yang sedang dibicara mengatakan membawa pengakuan di depan tok guru ulamak, Taib Azamuddin dan juga Menteri Besar kita ini bercakap tidak serupa bikin dan bahawa undi PAS bukan boleh masuk syurga dan sebagainya.
“Jadi benda-benda macam ini telah pun di bawa jadi kita berharap kerjasama dari tuan-puan memberi liputan yang sebenarnya dan adil,” katanya.
Dr Che Rosli berkata beliau terkejut kerana penguatkuasa persekutuan seperti polis dan Rela membenarkan risalah ini diedarkan secara bebas, walaupun ia tidak mempunyai permit dan menyalahi pelbagai undang-undang lain.
”Saya berasa ini satu ketidakadilan juga berlaku, kita mempunyai anggota keselamatan yang banyak dengan polis, RELA dan sebagainya, kita tidak tahu ini ada KDN tidak, tetapi mengapa dibenarkan mengedar risalah. Kalau orang-orang kita mengedar risalah Maulidur Rasul contohnya itu pun disoal dan dibangkitkan tetapi mereka tidak nampak adil,” katanya.
Siapa Dalangnya?
Sikap jahat UMNO yang suka menyebar fitnah dan membuat onar dalam masyarakat tidak mengira masa dan tempat hingga sanggup mencemari sambutan maulidul junjungan besar Nabi Muhammad saw, lapor Suara Keadilan.
Sekali lagi golongan yang tidak mengerti erti kesopanan ini mencemar majlis tersebut dengan mengedar akhbar Selangor Kita pro-Umno di perkarangan letak kereta Stadium Melawati Shah Alam di mana Majlis Sambutan Maulidur Peringkat Negeri Selangor diadakan pagi Jumaat.
Beberapa penduduk yang hadir pada majlis berasa tidak puashati dengan tindakan UMNO kerana ia telah mencemarkan Sambutan Maulidur Rasul.Ahli Parlimen Hulu Langat Che Rosli Che Mat berasa kesal dengan tindakan tersebut dan menyifatkan sebagai tindakan jahat selain cuba mengelirukan rakyat.
"UMNO telah mengambil kesempatan diatas program kita dengan mengedar risalah yang memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat"Kita dalam program Sambutan Maulidur Rasul bukannya majlis politik tetapi UNMO tidak fikir semua itu malah mereka menghina majlis tersebut yang dia tahu hendak menghasut rakyat," jelasnya.
Beliau juga menyifatkan UMNO sekarang sudah kehabisan ide untuk menyakinkan rakyat sehingga mengambil tindakan sedemikian."Jelas sekali UMNO sekarang tengah sakit tenat sehingga tidak hormat pada majlis tersebut. Saya berpendapat risalah ini telah diedar melebihi seribu naskah."Selain itu kita kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang tidak mengambil tindakan semasa risalah tersebut diedar dan ini menunjukkan sikap berat sebelah dan ketidakadilan yang berlaku," sambungnya lagi.
Akhbar Selangor Kita telah memuatkan pelbagai isu yang boleh mengelirukan rakyat selain kes Konspirasi II Datuk Seri Anwar yang masih dalam perbicaraan juga dimuatkan. Sementara itu, Umno Selangor hari ini menafikan mempunyai maklumat mengenai akhbar Selangor Kita tersebut. Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukur Idrus, sewaktu ditanya mengenai kewujudan akhbar tersebut yang diagihkan secara percuma dan berleluasa semasa sambutan Maulidur Rasul Jumaat lepas.
Tindakan tidak beradab: YB Tn Hj Yaakob Sapari
SHAH ALAM – Tindakan penyebaran akhbar tabliod ‘SelangorKita’ yang berbaur fitnah terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) di Selangor sangat tidak beradab, demikian kenyataan Pengerusi Biro Pemantapan dan Penghayatan Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Yaakob Sapari.
Menurutnya, lebih mengecewakan apabila perbuatan itu dilakukan ketika majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri yang dihadiri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Orang-orang Besar Istana, pegawai kerajaan serta pentadbir agama seluruh negeri.
Beliau yakin perbuatan ini dilakukan oleh UMNO atau orang-orang upahan mereka untuk memburukkan kerajaan PR di Selangor. “Saya yakin ini dilakukan oleh UMNO dengan menaburkannya di luar majlis yang begitu murni sekali.
Sepatutnya mereka bersama-sama dalam majlis sambutan itu dan Pemuda UMNO pernah komplen bila tidak ada sambutan tetapi apabila kita buat sambutan di negeri Selangor mereka cemari majlis itu dengan mengedarkannya. “Saya jemput mereka datang dewan dengar ceramah, lebih baik dari tabur fitnah, tetapi digunakan majlis itu untuk edar fitnah, bagi saya ia adalah sangat tidak beradab menabur fitnah dalam majlis sambutan Maulidur Rasul,” katanya.
Beliau berkata, fitnah yang diedarkan adalah tidak benar kerana sejak pelaksanaan Self-Regulation di Shah Alam seperti Kota Anggerik, pihak 7 Eleven secara sendiri telah mengeluarkan arak dari kedai serbaneka itu. “Dulu penduduk di Seksyen 8 pernah protes penjualan arak di 7 Eleven, mereka tidak buat apa-apa pun tetapi hari ini kita telah laksanakannya. “Ia sengaja dilakukan sedangkan pemimpin UMNO tahu, zaman mereka memerintah ada arak tetapi hari ini tidak ada,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir menyifatkan ini adalah perbuatan sebahagian mereka yang tidak puas hati dengan pencapaian Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. Menurutnya, perkembangan dan pembangunan Islam di Selangor hari ini jauh lebih baik dari pentadbiran lepas. “Saya rasa walaupun mereka buat macam itu, masyarakat tidak akan terpengaruh dan masyarakat lebih tahu dan lebih faham malah mereka mengerti apa yang dilakukan,” katanya.
March 1, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)