May 11, 2010

UMNO ISRAEL SELANGOR, PERKOSE, MAIGRAIN Dengki Keakraban PR & Raja Petra Dengan Sultan Selangor





Inilah yang UMNO, Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKOSE) dan Gabungan NGO Pembela Kerajaan (MAIGRAIN) jealous kat kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Mereka dengki dengan keakraban Khalid Ibrahim dengan Sultan Selangor. Mereka juga tak dapat terima bahawa blogger terkenal dan penyokong tegar PR, Raja Petra yang juga merupakan seorang ahli kerabat DiRaja Selangor. Beliau merupakan sepupu kepada Allahmarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, ayah kepada Sultan Selangor sekarang ini.



Jadi mereka gunakan segala media massa yang ada, manipulasikan sebanyak mana isu melibatkan istana..untuk mengeruhkan hubungan Sultan Selangor dengan kerajaan PR. Mereka yakin, dengan perkakaskan Sultan, mereka mampu menawan kembali Selangor..tapi Sultan bukannya macam JKKK UMNO kawasan Felda..Sultan ada mempunyai maruah..Sultan ada sanksi (darajat) yang tinggi..Sultan bukannya mudah nak dipermainkan demi laba politik UMNO Israel.

Kalau utusan, Mahathir hina Sultan, golongan ni bertindak meniskus..kerana tak dapat laba politik..bila PR, tak sempat nak buat perjelasan, dah buat demontrasi haram dan report polis..tak apa, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua..dah la Sultan taknak percaya kat puak ni..bahkan rakyat pun tak percaya kat mereka nih..alih-alih rakyat akan kata..takkanlah semua perkara PR sebut dikira hina Sultan

..dan paling syok, rupa-rupanya rakyat tahu bahawa demontrasi halal dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja..sebab puak perkakaskan Sultan ni selalu je buat demontrasi dari Pulau Pinang hingga ke Selangor..termasuk demontrasi kata Sultan Terengganu ‘natang’..itu semuanya kerja buat UMNO ISRAEL..maka-maka lama orang akan sedar juga..memang malang betul puak pro Israel yang derhaka Sultan ini..sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula..

Macam-Macam Ada Dalam Kes Sayfooool..Plastik, Pelincir, Najib, Tak Mandi Wajib..Hari Ini Apa Pula Ya...

Hari ni, siaplah ko Sayfoooooooool..semalam ko dah menggelabah dengan soalan Karpal Singh..sampaikan tak ikut skrip dan jawab soalan dengan lintang pukang..hari ini tentu ko tak sempat nak pergi tandas pun..ko pasti terduduk dengan soalan oleh karpal. Ini rangkuman jawapan soalan balas oleh Sayfooooool semalam, yang penuh dengan konspirasi dan humor, dan ia pasti akan diulangi lagi pada hari ini.

1. Sayfooooooool tidak mandi junub selepas diliwat Anwar (kononya) dan sanggup tidak solat kononnya berada dalam keadaan darurat.

Laporan Daripada BERITA HARIAN : Pada pemeriksaan balas itu juga, Karpal meminta penjelasan Mohd Saiful sama ada beliau adalah seorang Islam yang baik, dan Mohd Saiful berkata, beliau cuba untuk menjadi seorang Islam yang baik.

Mohd Saiful berkata, ketika bekerja dengan Anwar, beliau jarang bersembahyang tetapi mulai insaf selepas membuat laporan polis berhubung kejadian liwat itu. Katanya, beliau tidak sembahyang selepas kejadian liwat.

Karpal: Kenapa anda tidak sembahyang hari itu (26 Jun 2008)

Mohd Saiful: Mungkin kerana saya telah diliwat.

Karpal: Ada sembahyang pada 27 Jun

Mohd Saiful: Ada sembahyang Jumaat.

Karpal: Ada mandi sebelum sembahyang?

Mohd Saiful : Ada mandi sedikit saja tapi tidak cuci habis.

Karpal: Bila sembahyang, mesti cuci betul-betul? Betul mandi junub diwajibkan?

Mohd Saiful :Ya.

Karpal: Jadi sembahyang anda pada 27 Jun 2008, adalah tidak sah?

Mohd Saiful: Ya.

Karpal: Jadi anda bukan seorang Islam yang baik.

2. Sayfoooooooool mengaku telah bertemu dengan PM Najib Razak pada 24 Jun 2008 iaitu 2 hari sebelum beliau membuat pengakuan dirinya diliwat Anwar.

Karpal juga bertanya Mohd Saiful dengan siapa beliau berjumpa sebelum mendapatkan rawatan dan mengapa beliau mengambil selama dua hari sebelum membuat laporan polis berhubung dakwaannya diliwat.

Mohd Saiful berkata, beliau berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Jun 2008 bagi mengadu masalahnya kepada Najib.

Mohd Saiful berkata, beliau berjumpa dengan Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri di rumah Najib di Taman Duta di sini dan selepas itu beliau tidak berjumpa lagi dengan Najib.

Mohd Saiful berkata, beliau hanya berjumpa Najib, dan tidak pernah berjumpa dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

3. Apa yang lebih menarik dalam prosiding semalam ialah Dr.Osman dari Pusrawi ada mendedahkan bahawa Saiful tergamak memasukkan benda keras berupa objek seperti plastik ke dalam duburnya, bagi membuktikan kononnya beliau diliwat. Dalam hal ini Saiful yang tersentak dengan kenyataan itu, tiba-tiba menempelak hal ini dengan mengatakan Dr.Osman berbohong. Soalnya sekarang, jika Dr.Osman berbohong kenapa laporannya begitu lengkap dan terperinci semasa memeriksa Saiful selepas dua hari diliwat??. Apakah kita boleh menerima kenyataan mulut Saiful daripada laporan pakar yang lengkap seperti itu. Makanya, siapakah yang berbohong dalam hal ini.

Ketika ditanya Karpal mengenai pemeriksaannya di Hospital Pusrawi pada 28 Jun, iaitu selepas dua hari beliau didakwa diliwat oleh Anwar, Mohd Saiful berkata, bahawa beliau memberitahu Dr Mohd Osman Abdul Hamid yang beliau sakit di bahagian dubur dan juga mengalami sakit perut.

Mohd Saiful berkata, sebelum pemeriksaan dibuat oleh Dr Mohd Osman, beliau memberitahu yang beliau sakit perut tetapi semasa pemeriksaan dijalankan beliau berterus terang dengan doktor itu bahawa beliau diliwat.

Ketika diminta penjelasan mengenai laporan perubatan oleh Dr Mohd Osman yang antaranya menyebut bahawa pesakit mendakwa dicederakan dengan plastik di bahagian dubur Mohd Saiful berkata, beliau tidak faham tulisan doktor itu.

Karpal: Adakah apa yang ditulis ini benar?

Mohd Saiful: Saya tidak pernah buat aduan seperti ini kepada doktor itu.

Karpal: Adakah anda tahu doktor itu akan beri keterangan di mahkamah?

Mohd Saiful: Ya tahu.

Karpal: Mengapa doktor itu tulis macam itu.

Mohd Saiful: Saya tidak pasti.

Karpal: Adakah doktor itu bohong?

Mohd Saiful : Ya bohong. Tidak benar.

4. Saiful juga mengesahkan telah bertemu dengan pegawai polis yang bernama Rodwan Yusoff sebelum membuat laporan polis dia diliwat. Rodwan kini baru sahaja dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Melaka yang baru. Anehnya, mana dia dapat nombor telefon Sayfoooool. (manalah sayfooooooool tahu sebab itu konpirasi..najib yang aturkannya).

Karpal: Untuk tujuan apa ACP Rodwan berjumpa kamu?

Mohd Saiful: Pada masa itu ACP Rodwan ada telefon saya. Beliau kata nak jumpa. Pada masa itu saya tidak tahu tujuan apa. Masa jumpa dia tanya saya apa masalah yang saya hadapi.

Karpal: Jumpa ACP Rodwan lepas jumpa (Datuk Seri) Najib (Tun Razak)

Mohd Saiful: Ya.

Karpal: Ada sesiapa arahkan ACP Rodwan jumpa anda?

Mohd Saiful: Tidak tahu.

Karpal: Macam mana dia tahu nombor telefon anda?

Mohd Saiful: Tidak pasti

Karpal: Apa berlaku lepas berjumpa?

Mohd Saiful: Saya ceritakan kepada dia yang saya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa kali.

5. Paling kelakar, Sayfoooooool engaku yang dia tak dapat melihat duburnya sendiri??? Kelakar betul, takkan tak rasa ada sesuatu benda tusuk beliau yang menyebabkan dubur beliau tercedera..nak tipu pun agak-agaklah Sayfoooooooooool..guna pelincir, tak semestinya anda tak tercedera..sebab plastik kan tajam dan keras, yang anda cuba masukkan untuk menipu mahkamah..

Karpal juga meminta Mohd Saiful menjelaskan mengenai kandungan laporan perubatan itu antaranya tiada tanda cedera di dubur karpal: Apa pendirian kamu dengan laporan perubatan ketiga-tiga doktor iaitu iaitu tidak ada apa-apa yang tidak kena dengan dubur awak.

Mohd Saiful: Saya tidak tahu. Saya tidak dapat nampak dubur saya.

Ketika ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan mencelah, dan berkata, Karpal sepatutnya menunjukkan soalan itu kepada doktor berkenaan.

Hakim Mohamad Zabidin bersetuju dengan Mohamed Yusof, dengan berkata, bahawa sudah tentunya Mohd Saiful tidak dapat melihat dubur sendiri, dan ini menyebabkan mereka yang hadir di mahkamah ketawa.

Mohd Saiful juga menyampuk sambil menjawab Semasa diliwat saya guna pelincir

Lawak betullah al Sayfooool ni..Apapun, sama-sama kita nantikan prosiding seterusnya kes liwat II hari ini. Kenyataan Sayfooooooool yang berbelit-belit dan gagal mengawal keadaan dengan baik jelas membuktikan bahawa beliau sememangnya telah dipaksa untuk melakukan demikian. Bahkan sudah pasti lebih banyak nama pemimpin akan dikaitkan dengan kes itu nanti. Walaupun dia nafikan pernah berjumpa dengan Roswah. Itulah padahnya bersumpah laknat, akhirnya memakan dirinya sendiri. Semoga keadilan dapat ditegakkan dalam kes konspirasi ini.

http://tunhisyamuddin.blogspot.com

Judi untuk perjudian politik

http://cetusan-hati.blogspot.com

Dr. Awang Adek umumkan MoF besar kemungkinan lesenkan judi bola Piala Dunia.

Judi One Malaysia.

Objektif utama pelesenan, Kerajaan turut dapat wang. Sesuai namanya pun ada bunyi wang, Dr. Awang nampaknya berbangga menjadi orang pertama umumkan langkah tak bermoral Kerajaan BN itu. Dr. Awang berani.

Mungkin dah dapat fatwa mana-mana Mufti. Operator berminat yang ada belakang pengumuman ini boleh urut dada lega dan tepuk belakang Dr. Awang lepas ini.

Selain Kerajaan, sudah tentu operator akan mengaut kekayaan besar. Sebahagian keuntungan mudah ini untuk dana pembelian politik. Pemberian lesen, segala-galanya menjadi wang sekelip mata.

Saya diberitahu beberapa rakan, matlamat utama pelesenan judi ini ialah mengutip tabung untuk operasi politik BN.

Target utama mereka ialah menawan semula Kedah. Samada pembelian ADUN sedia ada atau belanja pilihanraya akan datang. Negeri Pakatan yang lain juga tidak terkecuali.

Taukeh sama yang akan mendapat lesen nanti dikatakan telah berjasa dalam kes Perak.

Wang kotor untuk kerja kotor oleh parti yang kotor.

Di Hulu Selangor, UMNO amat prihatin dengan segala pantang larang Islam. Hatta bela kuda lumba sudah dikira syubhat dengan perjudian lumba kuda. UMNO belasah habis.

Selang tak sampai seminggu, UMNO balik pada wajah asal mereka. Judi untuk perjudian politik.

Kalau nanti digelar orang, Awang Judi, malulah kami orang Kelantan.

Datuk Paduka Husam Musa,
Exco Kerajaan Kelantan.

Halal judi bakal undang murka, azab Allah

Harakahdaily

KUALA TERENGGANU, 11 Mei: Yang Dipertua JIM Terengganu, Zameran Jusoh berkata, menghalalkan aktiviti perjudian bakal mengundang kemurkaan dan azab Allah SWT dan hilangnya keberkatan atau barokah kepada negara yang tercinta ini.

Sehubungan itu, tegasnya JIM negeri amat kesal dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein pada 6 Mei 2010 lalu bahawa kerajaan sedang menimbang secara serius cadangan meluluskan lesen judi pertaruhan sukan (sports betting licenses) bagi mengelak perjudian haram yang dikatakan berleluasa di negara kita.

Katanya, sebagai sebuah negara yang meletakkan kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang diperuntukkan di dalam perlembagaan negara, kewajaran untuk meluluskan lesen perjudian adalah bercanggah sama sekali dengan tuntutan Islam yang mana telah mengharamkan segala bentuk aktiviti dan unsur perjudian.

“Persoalan untuk menimbang keputusan menghalalkan aktiviti ini sepatutnya tidak berlaku sama sekali dan wajar ditentang.

“Menghalalkan aktiviti perjudian ini akan menggalakkan lagi amalan budaya yang tidak sihat di kalangan rakyat di negara kita,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, ia bukan sahaja merugikan pengamalnya malah memberi kesan serta impak masalah sosial kepada masyarakat serta melahirkan generasi muda yang tidak produktif untuk bekerja kuat demi bangsa dan negara.

Ianya juga, kata beliau tidak bersandarkan kehendak masyarakat Islam arus perdana dan memburukkan lagi imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Menurutnya lagi, sehingga kinipun negara ini telah mempunyai sebuah kasino perjudian terbesar di Asia Tenggara dan aktiviti perjudian menerusi operator ramalan nombor (number forecast operators) seperti 4D dan Toto yang semakin bercambah.

“Menghalalkan aktiviti perjudian ini bakal menambahkan lagi kantung pendapatan negara menerusi hasil percukaian tetapi hasil pendapatan negara yang haram seperti ini bakal mengundang kemurkaan dan azab Allah SWT dan hilangnya keberkatan atau barokah kepada negara yang tercinta ini,” ujarnya.

Tegasnya, JIM Terengganu sekali lagi menentang sebarang keputusan kerajaan untuk membenarkan dan menghalalkan aktiviti perjudian di negara ini dan menggesa agar kerajaan membersihkan kantung pendapatan negara daripada hasil aktiviti perjudian.

'M'sia bukan masyarakat judi'

Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa kerajaan pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus.

Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut:

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa 'tindakan pemerintah terikat dengan maslahah'. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri.

Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi'i r.h: “Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?

Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu.

Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima.

Al-Quran menyebut: (maksud) “Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia.

Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima.

Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada 'dilesenkan' atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan.

Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain.

Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi.

Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa 'judi adalah budaya kami', atau 'kebanggaan hidup kami'.

Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi.

Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama.

Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang.

Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah 'tauke' sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen.

Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat 'hisap candu berlesen' untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen?

Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!

Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!

Dr Mohd Asri Zainul Abidin


'Umno jadikan Malaysia serambi Las Vegas'

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan pemimpin Umno melalui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein yang mahu menimbangkan sekali lagi cadangan meluluskan lesen judi bolapsepak piala dunia 2010.

Hal ini sudah jelas mendapat tentangan rakyat sejak cadangan pertamanya tahun lepas. Namun kali ini ia berbangkit lagi dengan alasan bahawa kerajaan gagal membanteras aktiviti sindiket perjudian haram.

Alasan ini dengan sendirinya membuktikan kelemahan sistem pentadbiran dan penguatkuasaan kerajaan. Bila sudah gagal mereka keluarkan lesen untuk menghalalkan pula.

Kempen memerangi dadah masih diteruskan walaupun belum berjaya menghapuskan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah. Dadah diistihar sebagai musuh negara. Kenapa selepas bertahun-tahun gagal membasmi dadah hingga ke akar umbi Kerajaan tidak mengeluarkan lesen pengedaran dadah pula.

Kerajaan kata dadah itu merosakan rakyat dan menjadi ancaman kepada negara kerana menyebabkan ketagihan serta dorongan melakukan jenayah.

Apakah judi tidak memainkan peranan yang sama. Berapa ramai rakyat Malaysia yang jadi kaki judi mengabaikan keluarga mereka, malah ada yang sanggup jadi penjenayah untuk mendapatkan modal berjudi. Sepatutnya judi diistihar sebagai musuh utama negara juga.

Rakyat Kelantan khususnya pasti bersyukur dengan kekalahan Umno dan Awang Adek dalam pilihanraya lalu di negeri itu.

Jika beliau menang dan Umno rampas kerajaan Kelantan, pastilah beliau yang kononnya mahu diangkat menjadi menteri besar akan menjadikan Kelantan sebagai negeri serambi Las Vegas bukan lagi serambi Mekah.

Disebabkan gagal di Kelantan beliau yang mendapat peluang jadi menteri melalui ehsan Najib mahu jadikan Malaysia pula sebagai serambi Las Vegas. Tak dapat Kelantan, satu negara diperjudikannya.

Krisis kewangan global menjadikan pemimpin Umno buta mata, dan sanggup mengambil apa sahaja peluang untuk mengaut keuntungan bagi membiayai projek-projek politik yang mereka janjikan kepada rakyat sejak PRU-12.

Tahun ini usia Umno 64 tahun, bermakna sudah lebih 64 tahun mereka bergelumang dengan perjudian.

Di awal penubuhannya berbondong-bondong ulama dan ustaz-ustazah keluar dari Umno menubuhkan PAS kerana kedegilan pemimpin Umno yang tekad menjadikan loteri kebajikan dan pelbagai jenis judi sebagai aktiviti ekonomi mereka hingga ke hari ini.

Hari ini Umno masih bersandarkan hasil judi untuk terus berdiri megah di PWTC. Lihat sahaja senarai pemegang saham dan ahli lembaga pengarah beberapa syarikat judi dalam negara.

PAS berharap agar rakyat membuka mata dan bangkit menolak dasar-dasar perjudian yang cuba dihalalkan Umno. PAS yakin, tanpa duit hasil judi, ekonomi negara ini mampu melangkah jauh ke hadapan.

Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan PAS Pusat)