Sebagaimana yang kita ketahui umumnya bagi ahli PKR pada 2010 ini akan berlansungnya Mesyuarat Agung Tahunannya. Mesyuarat ini dijangka bermula pada bulan Februari akan datang. Maka akan bermulalah kempen-mengempen untuk menjadi Ketua Cabang, Timbalan, Naib Ketua, Ketua AMK, Ketua Wanita dan AJKnya kerana Mesyuarat Agung kali ini akan berlakulah pemilihan AJK Cabang yang baru setelah tamatnya tempoh AJK cabang yang lalu.
Dalam pemerhatian saya telah berlaku kerja-kerja kempen-mengempen ini yang mana pihak yang berminat telah mula menjalankan operasinya dan gerak saraf mula menembusi kesetiap ahli parti. Bagi yang memang layak kerja kempen-mengempen ini menjadi mudah tetapi bagi yang setengah layak kempen mungkin menjadi agak sukar walaupun gejolak dihati tetap mengidam jawatan tersebut.
Walau selama ini menjadi ahli yang tidak aktif tetapi menjadi agresif bila Pakatan Rakyat menang terutama di Selangor dan sekebetulan pula PKR menang di Parlimen dan Dun yang ditandinginya, kerana pandai membodek diri maka terlantiklah menjadi Ahli Majlis Daerah atau Perbandaran. Padahal semasa PRU dulu dok pakai kain pelikat duduk bersila atas kerusi di rumah.
Begitulah adat manusiawi yang pandai mengambil kesempatan. Menjadi Ahli Majlis maka terasalah dirinya layak untuk menjadi Ketua Cabang pula. Ada juga yang semakin menonjolkan diri pun mulalah memasang angan-angan untuk menjadi Ketua AMK dan berkempen kearah tersebut. Untuk menjadi popular bukannya sukar kerana pemberita Akhbar Sinar kan ada. Jadi masuklah gambar kononnya telah menyelesaikan masalah rakyat disana sini untuk tatapan pembaca. Walhal di Ranting sendiri pun ahli menyampah tengok dia.
Beginilah sikap oportunis sebahagian ahli PKR yang bermain politik. Tak termasuk ADUN yang dipilih rakyat tidak memainkan peranan yang sewajarnya dan juga ada cita-cita melompat parti dan ahli parlimennya menunjukkan kononnya zuhud dan pembela Islam gah disana sini tapi hakikatnya ekor bergelumang taik......busuk lagi membusukkan.
Apa yang dinukilkan diatas adalah sebahagian dari cerita benar yang berlaku di Cabang-Cabang PKR seluruh Malaysia. Parti baru yang semakin mendapat perhatian segenap rakyat Malaysia terutamanya golongan muda. Sewaktu zaman reformasi atau zaman Parti Keadilan Nasional maupun semasa zaman kalah lansung tak mendapat perhatian dan kalau ada pun dok sokong dalam diam atau dok pandang dari jauh aje.
Semenjak DSAI keluar dari penjara dan menjadi Ketua Umumnya dan kemenangan telah dapat dicapai dengan menafikan makioriti 2/3 di Parlimen maka berbondong bondonglah yang telah menyertai PKR. Kalau dulunya berkain pelikat tapi lanie asyik beruniform Parti. Dah takada rasa takut dan malu dah berbaju lambang Parti. Pantang ada program anjuran Parti, semuanya datang awai-awal lagi. Dulu niat nak jawatan AJK parti aje tapi sekarang dah nak lawan Ketua Cabang, Ketua AMK, Ketua Wanita..kahkahkah....Boleh lingkup PKR jika ada yang bersifat sebegini.
Pimpinan negeri tak tahu pasal dok kena bodek orang-orang yang berperagai hodoh ini juga mungkin telah mendapat kuasa jadi dah tak perlu mendengar suara dan rintihan rakyat bawahan. Juga ada Ahli parlimen yang menggunakan ahli2 bawahan untuk mengugut Pimpinan negeri terutamanya dalam pemilihan ahli2 majlis. Bila juak2nya tak terpilih maka keluarlah dalam media kononnya tak berpuas hati dengan cara Pimpinan negeri. Tak ada rasa kesabaran lansung puak-puak ni.
Macam nak perintah sepenggal aje. Tak ada salahnya menunggu giliran yang akan tiba kelak kerana yang penting memperkasakan Parti dan Pakatan Rakyat. Jangan diberi peluru dan ruang kepada BN untuk menembak dan memperlekehkan Kerajaan Pakatan Rakyat. Jangan biarkan rakyat menyampah dan jelak melihat tingkah laku segelintir pimpinan yang berasa di peringkat bawahan juga atasan. Sepatutnya fikirkanlah permasaalahan rakyat marhaen yang perlu dibela.
AWASLAH PIMPINAN ATASAN PKR. Kisah diatas adalah intro sahaja. Pada pemilihan di Mesyuarat Agung Cabang2 PKR pada tahun ini adalah cukup mustahak dan penting untuk kesinambungan Parti pada Rakyat Malaysia. Kerna jika tersalah membuat pilihan akan memudaratkan PKR dan mungkin PKR hanya tinggal nama atau ditolak oleh rakyat Malaysia.
Pada ahli-ahli PKR yang akan bersidang pilihlah pemimpin yang sejati dan tulus tanpa berkepentingan. Yang pasti jangan di pilih dari gulungan berkepentingan.
January 25, 2010
AMK Puchong Ziarah Mangsa Kebakaran
Pada Ahad 24 Januari 2010, Sdr Mohd Ali Ismail, Sdr Abdul Jalil Abdul Aziz dan Pn. Rozita Bt. Ashak mewakili AMK Puchong telah mengunjungi 3 keluarga mangsa kebakaran di Serdang Raya.
Mengikut laporan bomba, punca kebakaran adalah akibat litar pintas yang berlaku di salah satu rumah yang terbabit.
Akibat daripada kebakaran tersebut ketiga-tiga rumah yang terbabit mengalami kerosakan yang teruk sehingga memerlukan kos yang tinggi untuk membaikinya.
Sesiapa yang ingin menderma kepada keluarga yang terbabit boleh terus menghubungi mereka seperti yang tersenarai di bawah atau melalui AMK Puchong (Mohd Ali Ismail - 0123603805) :
En. Vijayan A/L Ganesan (016-2404143)
No.1 Jalanraya 5
Serdang Jaya
En. Subramaniam A/L Muniandy (012-6640516)
No.3 Jalanraya 5
Serdang Raya
En. S. Ramalingam A/L Sinapan (016-3766017)
No.5 Jalanraya 5
Serdang Raya
Ceramah Perdana Anwar Ibrahim di Dewan Serbaguna MPSJ Puchong Indah
”Saya berjanji takkan ambil sesen pun duit rakyat Selangor selepas dilantik menjadi Penasihat Ekonomi negeri ini,” kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan 2,000 penduduk di sini pada ceramah Perdana Isu Semasa.
Anwar berkata, meskipun ditawarkan elaun oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk jawatan itu namun beliau menolaknya demi untuk meningkatkan kepentingan rakyat.
“Dalam negeri ini, saya tidak akan mengambil wang rakyat. Tetapi di luar sana (luar negara ) selepas memberi ceramah dan sebagainya, saya akan ambil dan bawa masuk ke sini.
“Mereka (negara luar) berminat dengan apa yang diperkatakan dan dibincangkan terutama dari segi ekonomi,” katanya.
Turut hadir Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, ahli Exco Kerajaan Negeri, Yaakob Sapari dan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng.
Dalam ucapannya Anwar mendakwa beliau cukup kesal apabila Kerajaan Pusat didakwa tidak pandai mengurus ekonomi dalam negara ini.
“Pada tahun 1990-an di Asia negara ini adalah nombor satu dalam mencapai pertumbuhan dan pelaburan ekonomi tetapi kini banyak negara sudah kalahkan. “Ia nyata menunjukkan pemimpin UMNO yang rasuah tidak tahu mengurus ekonomi negara,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)