May 6, 2010

Agak aneh dan menakjubkan, dakwan kes terhadap Anwar berdasarkan Seksyen 377B dibuat tanpa "bukti klinikal dan saintifik". Alasan pihak pendakwa terdapat bukti "4 calitan kapas air mani Anwar" yang dijumpai pada dubur Saiful. Soalnya sekarang, ketika mana calitan itu diambil dari dubur Saiful agaknya?. Apakah ketika beliau membuat laporan polis itu atau selepas itu. Dari manakah datangnya DNA air mani Anwar?.

Malah, bukti itu sebenarnya hanya boleh digunakan sekiranya "ada kes yang berlaku", iaitu mangsa dibuktikan telah diliwat oleh Anwar secara saintifik oleh pihak hospital. Jika tiba-tiba DNA digunakan untuk mensabitkan kesalahan seseorang dalam kes jenayah seperti ini, maka mudah benar undang-undang di Malaysia dilaksanakan. Sepatutnya, bukti klinikal dulu diperlukan dan kiranya Anwar masih tidak mengaku di mahkamah selepas bukti klinikal itu digunakan maka barulah DNA air mani beliau boleh digunakan bagi menyokong hujjah pendakwa. Bukankah ini mengelirukan rakyat bahkan pengamal undang-undang seantero dunia. Ini kerana bukti seperti itu boleh sahaja diada-adakan oleh pihak pendakwa melalui berbagai cara.

Amat malang bagi seseorang individu apabila DNA digunakan terlebih dahulu sebelum pertikaian berlakunya kes itu masih diragui. Jika tiada kes dan tidak berlaku tusukan, bagaimana DNA air mani boleh berada di dubur Saiful?. Inilah yang amat meragukan kita sebagai rakyat. Kenapa dalam kes yang melibatkan orang lain, DNA air mani tidak digunakan terlebih dahulu sebaliknya "laporan perubatan hospital" dirujuk sebagai bukti "adanya kes". Oleh itu, sudah tentu keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan juga kes Anwar diteruskan sebenarnya masih lagi "khilaf" dan membuktikan kepada kita wujudnya satu lagi "teori konspirasi terancang dalam kes liwat II" ini.

Oleh itu sebagai rakyat Malaysia yang cintakan Islam dan keadilan, marilah kita sama-sama berdoa agar individu terbabit terselamat dari segala dugaan yang akan dihadapinya. Tipu muslihat dan segala macam kebobrokan yang mereka lakukan ini pasti akan dibalas oleh Allah SWT jua akhirnya. Yakinlah, "manusia hanya merancang, tetapi perancangan Allah itu yang paling utama". Penghinaan terhadap manusia terutamanya orang Islam dalam kes seperti ini amatlah mengharukan sama sekali. Inilah tanda-tanda akhir zaman yang mengesahkan lagi kepada kita sebagai umat Islam, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi kerana kuasa. Sebagai hambanya, kita harus bertawakal dan menyerahkan kepada Allah. Biarpun kita sendiri nampak banyak kekeliruan dalam kes ini, malah kemungkinan besar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kembali merengkok di Penjara Sg.Buloh jika kes ini diteruskan. Namun, ingatlah pilihanraya ke-13 tidak lama selepas itu, jika Anwar terpenjara maka ia menunjukkan petanda awal UMNO BN akan kehilangan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang. Rakyat pasti bangkit memberontak dengan memastikan kemenangan mutlak Pakatan Rakyat. Jika ini berlaku, dan ditakdirkan maka ketika itulah baru puak-puak UMNO BN akan merasa bersalah akibat kezaliman mereka ini.

Sumber: Pahang Daily

No comments: