April 7, 2010
Kemelut YBK: MB Marah Orang Melayu Tipu Melayu
Tanpa disedari umum, beliau berkata, nilai tanah yang dicagar kepada bank, nilainya menjangkau lebih RM100 juta.
Khalid berkata demikian pada majlis Penerangan Kerajaan Selangor di Sungai Tengi bagi menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan media arus perdana berikutan kemelut YBK dengan kerajaan negeri.
"Saya, orang tak jaga duit saya marah. Orang tak jaga harta, saya marah. Bukan harta dia, harta rakyat. YBK bagi tanah dapat RM15 seekar. Selepas itu tak jaga, bila saya periksa tanah yang kerajaan negeri dulu bagi, diurusniagakan.
"Tak tahu dapat untung atau tidak. Rupa-rupanya sudah dicagar kepada bank melebihi RM100 juta," katanya pada Majlis Penerangan Kerajaan Selangor di Kampung Desa Maju, Sungai Tengi, Ulu Bernam.
Beliau dengan tegas dan lantang membidas sikap sesetengah orang Melayu yang hanya pandai menindas kaum mereka yang miskin dan merampas hak yang sepatutnya dinikmati mereka.
Sebaliknya, katanya, kerajaan negeri pula dituduh menjadi punca pembangunan pendidikan tidak dapat dilaksanakan atas tanah berkenaan sedangkan cadangan itu tidak pernah muncul ketika tanah itu terbiar dan hampir tergadai.
"Esok, tak adalah tanah-tanah itu. Bank bukan orang miskin yang punya. Itu sebab saya pertahankan. Sudah ramai kata saya marah pada orang Melayu, tetapi saya marah orang Melayu tipu Melayu," katanya./TVSelangor
BILA BLOGGER BODOH MENIPU PEMBACA YANG BODOH
Foto 1
Di dalam blog Pro Umno yang tidak bermaruah itu di sini, mereka mengatakan Ketua AMK pernah terkencing di dalam seluar . Blog bodoh itu merujuk pula blog bodoh kawan mereka yang lain di sini. Jika sudah bodoh, merujuk pula kepada yang bodoh juga, maka bila Blogger Pro Umno ini hendak menjadi cerdik?
Cuba kita lihat Foto 1, gambar seorang wanita yang dikatakan terkencing di dalam seluar. Cerita tersebut anda boleh baca di sini. Cuba anda perhatikan seluar basah yang dipakai oleh wanita berkenaan. Kemudian anda perhati juga betul-betul seluar basah yang kununnya dipakai oleh Ketua AMK Sdr Shamsul Iskandar (Foto 2). Perhati betul-betul. Sama atau tidak kesan basahnya?
Foto 2 itulah yang diceritakan oleh Blogger Pro Umno untuk memfitnah Ketua AMK dan disambut pula oleh Blogger-Blogger seangkatan bodoh seperti mereka. Kehabisan modal, tiada isu dan tiada hujah, jauh sekali berani untuk berdebat dengan pimpinan PKR, mereka sanggup melakukan kerja bodoh khusus untuk mereka yang bodoh jua. Maka, tidak hairanlah puak-puak Umno ini tidak boleh menjadi cerdik kerana mereka dihadapkan dengan berita-berita kartun, fitnah dan sebodoh ini.
Kita mengharapkan agar Blogger kita tidak berjangkit dengan kebodohan mereka. Kita bertanggungjawab untuk mendidik pembaca kita untuk lebih cerdik bukan diperbodohkan./Mandor.blogspot
Konvensyen BN, wakil MCA bertindak keluar dewan
Ketua MCA Kapar, Datuk Song Kee Chai yang dihubungi melalui telefon berkata antara punca tidak puas hati mereka ialah kerana MCA dianak-tirikan pada konvensyen berkenaan.
Antaranya, hany
“Konvesyen itu dianjurkan oleh BN, jadi menyanyikan laguUmno tidak mencerminkan semangat BN dan juga 1Malaysia,” kata Song lagi.
Selain itu, katanya, hanya tetamu dan pemimpin utama dari Umno yang dijemput duduk di pentas utama. Mereka termasuk Datuk Mohd Zin, Datuk Seri Noh Omar, Shafei Abdullah dan seorang lagi.
Tiada tetamu ataupun pemimpin parti komponen lain yang dijemput ke pentas utama.
Menurut Song apa yang menghangatkan lagi suasana ialah ketika ucapannya, Noh Omar yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor berkata orang Melayu telah banyak berkorban demi rakan-rakan bukan Melayu.
Menurut Noh, rakyat bukan Melayu sepatutnya berterima-kasih kerana diberikan kerakyatan.
Noh Omar jug
Song berkata bahagiannya menganggap ucapan Noh itu satu penghinaan kepada masyarakat Cina dan India di negara ini.
Di sebalik memulaukan sebahagian besar aktiviti konvensyen itu, Song dan ahli-ahlinya akan kembali petang ini untuk menghadiri pelancaran kempen 'BN Mampu Berubah, Sayangi Selangor Yakini BN dan Selangor Take Over Plan (STOP) PRU 13.
Sementara itu, setiausaha agung MIC, S Murugesan juga melahirkan rasa kurang senang kerana tiada pemimpinnya diletakkan di pentas utama.
Bagaimanapun katanya, aduan sudah disampaikan kepada pengerusi penganjur, Mohd Zin yang berjanji memperbetulkan keadaan.
"Mereka telah meletakkan kerusi tambahan di pentas dan berjanji kepada saya bahawa lagu Umno tidak akan dinyanyikan pada sessi petang apabila Perdana Menteri, Najib Razak tiba.
"Jadi buat masa ini, saya tiada masalah,” katanya.
Sumber Berita : Malaysiakini
PERKASA atau PERKASAM??
Datuk Paduka Ibrahim Ali Presiden Perkasa...Gambar bawah tu..Ketua Wira PERKASA, Arman bersama isterinya...Nak panggil Melayu apa tu???
Ketua Wira PERKASA, Arman bersama isterinya
Pengguguran MAFREL Bererti UMNO Akan Main Kotor Lebih Dari Biasa
Berkaitan dengan alasan memberi laporan, EC seharusnya memberi amaran terakhir kepada MAFREL sebelum memecat mereka, bukan memecat mereka hanya kerana Noh Omar mahukan MAFREL dipecat. Dan Noh Omar melakukan demikian setelah dikritik MAFREL
kerana menabur janji-janji pembangunan sebagai kempen pilihanraya mereka.
Saya melihat SPR menjadi kuda tunggangan UMNO kerana mudah sangat menerima arahan dari Noh Omar, seorang pimpinan picisan UMNO yang tiada maruah. Seharusnya kenyataan MAFREL itu dialu-alukan oleh Noh Omar memandangkan janji-janji UMNO di Bagan Pinang dahulu pun masih belum tertunai.
Saya tidak tahu samada benar atau tidak MAFREL tidak menghantar laporan kepada EC, tapi pembuangan secara drastik ini adalah sangat merisaukan saya. Mengapa buang MAFREL setelah Noh Omar mengamuk? Bagi saya, jelas SPR menjadi kuda tunggangan UMNO.
Kita sedar betapa SPR sanggup melacurkan diri mereka di dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan Negeri Perak dahulu. Kita sedar bagaimana SPR tidak menghormati Speaker Negeri Kedah kerana tidak mahu mengadakan pilihanraya di DUN Kota Seputih. Kita sedar SPR adalah PELACUR kepada UMNO. Kita juga sedar SPR adalah salah satu biro UMNO.
Pemecatan MAFREL adalah rentetan dari berbagai tindakan SPR yang melacurkan diri mereka untuk UMNO dan Barisan Nasional.
Bersiap-sedialah Pakatan Rakyat untuk melihat penipuan pilihanraya yang berskala maksima dalam pilihanraya Hulu Selangor. Ini kerana kedua-dua UMNO dan SPR akan berganding bahu memastikan kemenangan Barisan Nasional.
Kita tidak tahu, mungkin SPR ni pun dah di Yahudi kan oleh UMNO?
Tulang Besi
SPR tak lagi iktiraf Mafrel, gugur pantau Hulu Selangor
Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 7 April — Selepas bertindak sebagai badan pemantau bebas dalam sembilan pilihan raya kecil sejak 2008, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk tidak lagi mengiktiraf Badan Pemantau Pilihan Raya Bebas Malaysia (Mafrel) bagi memantau pilihan raya kecil Hulu Selangor.
SPR memutuskan untuk tidak lagi melantik Mafrel atas alasan ia telah melanggar syarat pelantikan — gagal mengemukakan laporan kerja pemantauan yang dilakukan semasa kesemua sembilan pilihan raya kecil sejak Ogos 2008.
Mafrel merupakan satu-satunya badan pemantau tempatan yang telah diiktiraf SPR untuk memantau perjalanan pilihan raya khususnya sejak enam tahun lalu.
“Kami tidak lagi melantik Mafrel sebagai badan pemantau bebas bagi SPR ketika pilihan raya kecil di Hulu Selangor,” kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Difahamkan Mafrel kemungkinan hilang pengiktirafan SPR selepas ini, tetapi boleh terus bertindak sebagai antara salah satu badan bukan kerajaan pilihan raya.
Penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor diadakan 17 April ini manakala hari pengundian pula dijadual 25 April.
Lazimnya pelantikan SPR membolehkan Mafrel diberi ‘lesen’ untuk memantau perjalanan pilihan raya bermula dari hari penamaan calon sehingga hari pengundian.
Sehubungan jelas Wan Ahmad, apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan Mafrel adalah atas kapasitinya sebagai pertubuhan bukan kerajaan dan tiada kaitan dengan SPR.
“Itu kenyataan-kenyataan Mafrel (mengecam pengumuman kerajaan BN di Hulu Selangor), itu tiada kaitan dengan SPR,” katanya.
Menurut Wan Ahmad, keputusan untuk tidak melantik lagi Mafrel tiada kaitan dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kelmarin, yang mendakwa Mafrel tidak layak memantau pilihan raya kecil Hulu Selangor.
Noh mendakwa Mafrel bukan satu badan berwibawa kerana mengeluarkan kenyataan sebelah pihak semata-mata.
“Ini kerana kami telah membuat keputusan itu lebih awal lagi,” katanya.
Wan Ahmad berkata, SPR telah berulang kali meminta Mafrel supaya mengemukakan laporan kepada SPR selepas berakhirnya setiap pilihan raya kecil tetapi tidak diambil berat.
“Kita telah memberi peringatan demi peringatan kepada Mafrel supaya menghantar laporan tetapi sejak sembilan pilihan raya kecil, bermula dari Permatang Pauh tiada laporan yang diterima SPR,” katanya.
“Itu syarat pelantikan Mafrel oleh SPR, menghantar laporan pemantauan... sejak pilihan raya kecil Permatang Pauh (pada Ogos 2008) sehingga pilihan raya kecil Bagan Pinang tahun lalu, Mafrel tidak menghantar laporan walaupun diminta berbuat demikian,” tambah Wan Ahmad dengan menyifatkan Mafrel telah “mereka melanggar syarat pelantikan.”
Terdahulu dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider, Pengerusi Mafrel Syed Ibrahim Syed Noh menegaskan tiada mana-mana pihak sama ada SPR ataupun ahli politilk termasuk Noh berhak untuk menghalang daripada membuat pemantauan perjalanan pilihan raya.
Bagaimanapun Syed Ibrahim berkeyakinan kerjasama baik sedia terjalin antara pihaknya dengan SPR akan berterusan untuk melihat perjalanan pilihan raya bebas dan adil bagi semua.
“Apa yang dikatakan oleh Datuk Noh adalah hak beliau dan kami pun ada hak untuk memberikan pandangan,” kata beliau.
Semalam Noh menggesa SPR supaya mengkaji semula peranan Mafrel sebagai pemantau bebas pilihan raya atas alasan ia menjadi alat kepada parti pembangkang kerana didakwa tidak bersikap bebas dalam menyatakan pandangannya dan tidak layak dilihat sebagai sebuah badan yang benar-benar menyalankan peranannya.
Noh berkata Mafrel sepatutnya menegur kedua-dua sekali, bukan hanya BN kerana Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dari Pakatan Rakyat juga mengagihkan geran tanah kepada penduduk tetapi tidak ditegur.
Beliau mempertikaikan kredibiliti Mafrel yang menyelar tindakan kerajaan pusat meluluskan projek perumahan dan sekolah kepada penduduk di Hulu Selangor yang didakwanya menyalahi peraturan pilihan raya.
Jelas Syed Ibrahim, Mafrel telah menjalankan peranannya sejak 2001 termasuk pilihan raya negeri Sarawak pada 2006 dan siri pilihan raya kecil.
“Kami memantau dari luar dan dari dalam lingkungan hari pilihan raya. SPR mengiktiraf kami dan meminta kami memantau pada hari pengundian.
“Jadi kami membuat kerja sepanjang masa dan dari dalam ketika hari pengundian. Apa yang tidak betul kami tegur dan laporkan dan apa yang baik kami kata baik,” katanya.
Oleh itu tegas beliau, Mafrel tidak terikat dengan mana-mana pihak.
April 6, 2010
Anwar curiga 2 agen perisikan Israel di Bukit Aman
Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPUR, 6 April: Kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipertikai apabila Asiasoft (M) Sdn Bhd dilantik sebagai sub-kontraktor bagi pembangunan Sistem Laporan Polis (RPS) Fasa ketiga, dari sistem analog kepada sistem digital. "Sistem Laporan Polis (PRS) fasa ketiga diserahkan pada Perunding Master Plan Sendirian Berhad (kontraktor utama) yang kemudiannya diserahkan pada sub kontraktor Asiasoft tanpa mengikut prosedur," jelas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) tengah hari tadi dalam suatu kenyataan media di lobi Parlimen. Menurutnya, perlantikan firma komunikasi strategik tersebut mencurigakan kerana turut membabitkan dua programmer dari Agensi Perisikan Israel (ISA), iaitu Izhak David Naskar dan Ido Sccheschter. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mendedahkan, Izhak merupakan pakar sistem komputer yang pernah memenangi anugerah dari Kementerian Pertahanan Israel. Izhak kemudiannya, menurut Anwar, bertanggungjawab membangunkan sistem perisikan berteknologi tinggi negara haram Israel beberapa dekad lalu. Manakala, Ido pula, menurut Anwar dipercayai masih berkhidmat sebagai tentera kor risik Israel. Kedua-dua peribadi misteri tersebut, menurut dakwaan Anwar, sedang melakukan tugas masing-masing di tingkat dua dan tiga, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Tidak cukup dengan itu, menurut Anwar, keterlibatan perisik Zionis-Israel dalam PDRM dan sistem keselamatan dalam negeri turut disahkan sendiri oleh (Unit Polis) Cawangan Khas dan Jabatan Logistik Polis Bukit Aman. Pun begitu, menurut Anwar, pegawai tertinggi dalam Polis dan KDN sendiri seolah-olah merestui keterlibatan dua perisik Israel dalam sistem keselamatan negara. Dari segi yang lain, Anwar berkata, walaupun AsiaSoft tersebut didaftarkan di Malaysia, namun syarikat itu dimiliki secara penuh oleh Asiasoft Pte. Ltd yang berpangkalan di Singapura. Bercakap pada sidang media yang sama, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS merayu kepada Majlis Raja-Raja Melayu supaya campur tangan dalam isu terbaru tersebut. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Majlis Raja-Raja Melayu wajar berbuat demikian memandangkan PDRM di bawah legasi mereka. Antara yang menyertai Anwar dan Mahfuz adalah Tian Chua (Ahli Parlimen Batu), Mohd Nasir Zakaria (Ahli Parlimen Padang Terap), Yusmadi Yusof (Ahli Parlimen Balik Pulau). Sebelum pada itu, Anwar ketika membahaskan bajet tambahan KDN di Dewan Rakyat, mendedahkan beberapa surat rasmi PDRM berhubung pembabitan dua perisik Israel dalam PDRM. Selain itu, beliau turut meminta KDN menjelaskan tentang projek APCO425 (kemudiannya dikenali sebagai RMT Net) di Taman Teknologi Sungkai yang bernilai antara RM900 juta hingga RM999 juta. |
Anwar: Perisik Israel wujud dalam PDRM
Apr 6, 10 12:46pm |
Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Seri Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.
Beliau yang juga MP Permatang Pauh menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel.
Katanya lagi ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing.
Katanya lagi ini juga menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka.
"Tak iktiraf israel tapi bersekongkol dengan rejim Zionis yang kejam," katanya.
Kenapa salahkan Mafrel?
KUALA LUMPUR, 6 April: Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel) mempertikaikan pihak tertentu yang menyalahkannya ekoran membidas tindakan Kerajaan Pusat meluluskan pelbagai projek perumahan dan sekolah kepada penduduk Hulu Selangor.
Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh menjelaskan Mafrel tidak berpihak kepada sesiapa dan respons yang diberikan itu berdasarkan laporan media.
"Saya respons itu kepada laporan media, kalau ada media melaporkan berkenaan, apa dilakukan Menteri Besar Selangor dan juga direkodkan kenyataan berkempen, saya akan buat teguran sama. Kita tidak berpihak kepada mana-mana,” jelasnya kepada Harakahdaily sebentar tadi.
Menurutnya, semasa pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir di Pasir Mas pada 2005 lalu, pihaknya pernah menegur Kerajaan PAS Kelantan.
"Masa pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, Mafrel juga pernah tegur Kerajaan Kelantan.
"Adakah kerana saya tidak menegur Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim), maka itu salah bagi saya, sepatutnya proses undang-undang yang perlu dipatuhi,” katanya.
Justeru, beliau mempersoalkan mengapa kesalahan itu dialihkan kepada Mafrel.
Semalam, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar mendakwa Mafrel sebagai alat pembangkang kerana tidak bersikap bebas dalam menyatakan pandangan.
Noh menyatakan demikian dengan merujuk satu kenyataan Syed Ibrahim yang mempersoalkan tindakan kerajaan pusat meluluskan projek perumahan dan sekolah kepada penduduk di Hulu Selangor menjelang pilihan raya kecil parlimen kawasan itu pada 25 April ini.
Bagi Syed Ibrahim, tindakan tersebut menyalahi peraturan pilihan raya.
Ekoran itu, Noh meminta SPR mengkaji semula kedudukan Mafrel sebagai pemantau pilihan raya.
"Mafrel bekerja atas dasar perinsip, kalau nak cadang SPR tarik balik pengiktirafan, buktikan dengan rekod gerak kerja kami, tak perlu bidasan politik semata-mata,” jelas Syed Ibrahim.
BN buli rakyat Hulu Selangor
1. Pilihan raya kecil di negara kita terus menjadi pentas Umno dan BN menabur gula - gula guna memperbodoh dan mempersendakan rakyat sendiri . Saya tidak tahu bagaimana rakyat atau masyarakat yang bertamaddun hari ini boleh menerima tindakan Umno dan BN .
2. Kesempatan saya menonton berita Awani semalam cukup memualkan apabila Perdana Menteri secara spontan dengan senyuman melirik sinis ke arah audien yang terdiri dari masyarakat India di Hulu Selangor menghamburkan gula - gula pilihanrayanya .
3. " Hendak apa lagi ? taman permainan , balairaya , kuil ? kuil dah ada ke belum ? hah .. kuil dan banyak lagi ... tapi saya mahu tengok kamu semua sokong BN ......" begitulah lebih kurang bahasa Perdana Menteri dalam pertemuan beliau dengan masyarakat India di Hulu Selangor , disambut dengan tawa gaya mempersenda oleh beberapa menteri yang turut hadhir .
3. Saya sendiri rasa cukup terhina dengan cara Perdana Menteri berkempen . Seolah - olah masyarakat India di Hulu Selangor berada dalam kebuluran .
4. Tidaklah salah untuk memberi .... tetapi jika dilihat kepada cara UMNO dan BN memberi .... kepada masyarakat India di Hulu Selangor jelas kelihatan seperti mempersenda dan memperbodohkan kaum itu . Tidak kurang juga Timbalan Perdana Menteri yang menjanjikan :
* 4 buah sekolah baru bagi Parlimen Hulu Selangor
* RM 2 juta bagi mengatasi masaalah banjir di kg Sentosa batang Kali
* Meluluskan RM 100 kepada pihak Masjid al Sajdin di Kampung itu .
5. Persoalannya kenapa projek jutaan ringgit ini sering dijanjikan pada musim pilihanraya . Saya yakin jika tiada pilihanraya maka tiada menteri yang tergamak menabur janji seperti itu . Sudahlah janji - janji lama seperti di Bagan Pinang dan Manek Urai belum terlangsai , kini UMNO dan BN kembali semula dengan janji yang cukup manis . Alangkah diselesaikan dahulu jambatan yang mahu dibina di Manek Urai dan Bandar Tentera yang penuh dengan kemudahan WiFi di Bagan Pinang .
6. Parlimen Hulu Selangor menyaksikan 3 DUN di bawahnya adalah dimenangi oleh UMNO dan BN dalam pilihanraya umum 2008 yang lalu . Kenapa UMNO dan BN tidak melaksanakan sahaja segala projek dan peruntukan yang dijanjikan itu sebelum ini ?
7. Tawaran Projek perumahan RM 32 juta oleh Perdana Menteri jika masyarakat peneroka Felda mengundi UMNO dan BN juga sebahagian daripada manipulasi pilihanraya untuk terus memerangkap rakyat agar kekal menjadi bodoh dan terpedaya dengan segala politik murahan mereka . Alangkah manis jika Perdana Menteri memberi perhatian kepada peneroka Felda di negeri kelahiran beliau sendiri yang masih memerlukan banyak peruntukan untuk menaik taraf kehidupan peneroka Felda dan generasi kedua Felda setelah mereka membanting tulang separuh usia mereka untuk Felda .
8. Saya sekali lagi yakin rakyat tidak mudah terpesona dan terpedaya terutama peneroka Felda yang kini rata - ratanya telah mula menghidu penyelewengan Felda juga kerajaan UMNO dan BN ke atas peneroka . Tidak ada sebab peneroka Felda seperti Felda Soeharto merelakan diri mereka diperangkap oleh UMNO dan BN dengan projek pembinaan rumah 250 unit sebagaimana yang diumumkan kerana ia hanyalah rumah untuk dijual [ bukan diberi percuma ] kepada peneroka .
Rumah kos rendah dengan harga RM 42,000 [harga pokok tidak termasuk kadar faedah]
Rumah kos sederhana dengan harga RM 75,000 [juga tidak termasuk kadar faedah]
Jika dihitung nilai dengan kiraan tempoh pinjaman selama 20 hingga 30 tahun , harganya adalah dibaca pada nilaian RM 100 - 120 ribu .
9. Lebih baik dan bermaruah jika kerajaan UMNO dan BN memulangkan semula hak 25000 peneroka Felda yang dinafikan sebelum ini berhubung dengan wang simpanan untuk Tanam Semula sebanyak RM 425 juta yang telahpun diarah bayar oleh mahkamah. Kerajaan UMNO dan BN tidak perlulah berlakon untuk acara pecah tanah membina 250 unit perumahan baru di Felda Soeharto .
10. Isu peruntukan rumah kediaman buat generasi kedua peneroka Felda masih belum selesai , juga isu tanah lebihan di kawasan Felda belum dapat ditangani dengan baik malah banyak lagi projek perumahan dan setinggan yang belum diselesaikan secara bijak oleh Kerajaan UMNO dan BN , tiba - tiba hari ini mereka menabur janji baru bernilai jutaan ringgit kepada pengundi Hulu Selangor .... saya harap pengundi nilailah sejujurnya sikap dan sandiwara UMNO dan BN lalu sedarkan mereka dengan menyentap segala kuasa yang menjadi punca mereka angkuh dan sombong lalu membuli rakyat marhaen.
Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Pemuda PAS.
April 5, 2010
Sisi Perkauman Dominan Dalam Politik Malaysia
Memang mudah melihat semua perkara dari sudut perkauman. Kerajaan Melayu, parti Melayu dan jentera kerajaan Melayu. Sementara yang menentangnya ialah pembangkang Cina, ahli perniagaan Cina dan komgsi gelap Cina. Maka senario yang ditunjukkan ialah orang Melayu mengalah sementara pihak Cina maju menuntut hak mereka.
Pertamanya, prinsip kebangsaan bercanggah dengan perkauman. Gerakan Islam perlu menghuraikan apa yang dimaksudakan dengan kebangsaan. Istilah perkauman adalah jelas. Ia bercanggah dengan kemanusiaan dan agama Islam itu sendiri. Perkara ini mudah untuk dilihat walaupun wajar diingatkan semula. Sebelum melihat soal perkauman, wajar diteliti istilah kemanusiaan dan Islam itu sendiri. Ajaran Islam jelas menyokong kemanusiaan. Tetapi tidak semua perjuangan untuk kemanusiaan selari dengan kehendak Islam. Ini kerana Islam sebagai agama melihat soal ketuhanan dan Tauhid. Allah SWT mencipta alam ini dan manusia adalah makhluk yang tugasnya beribadat kepada Allah SWT.
Tetapi dalam banyak-banyak makhluk, manusia adalah paling istimewa kerana dia yang mempunyai roh untuk berada amat hampir pada Allah SWT. Justeru Islam mendokong kemanusiaan, tetapi dalam konteks ia memiliki roh untuk hampir kepada Allah SWT. Manusia dalam Islam tidak berdiri sendiri untuk menentukan segalanya, dia adalah hamba Allah SWT.
Maka Allah SWT mewujudkan manusia berbangsa-bangsa, supaya saling kenal-mengenali, bukan untuk berperang. Tetapi adalah untuk membantu antara satu sama lain bagi menghampiri diri kepada Allah SWT. Tidak ada bangsa yang tinggi daripada yang lain. Tidak ada bangsa yang istimewa, hatta orang Arab atau Quraisy sekalipun, apatah lagi Yahudi. Kemuliaan sesuatu bangsa terletak kepada ketakwaan individu. Sesiapa yang menganggap bangsanya paling hebat tanpa takwa, maka itu dianggap sebagai asabiah, suatu yang ditolak Islam.
Kesaksamaan bangsa adalah fahaman Islam. Tetapi Islam tidak menolak kewujudkan bangsa. Apa pula dengan perkauman? Bangsa terdiri daripada banyak kaum. Kaum juga tidak boleh dinafikankewujudannya. Apa yang disebut perkauman ialah sifat mengutamakan kaum sendiri walaupun ia menzalimi kaum lain. Ini adalah asabiah yang ditentang Islam.
Berbeza dengan kebangsaan. Sifat kebangsaan yang menyatukan banyak kaum untuk hidup aman dan adil boleh diterima Islam. Dari sudut bahasa Melayu, penambahan ke-an, dan per-an membezakan antara kebangsaan dan perkauman. Namun tidak ada pula istilah perbangsaan dankekauman. Kalau ada istilah seumpama itu, maka ia boleh dibezakan antara kebangsaan positifdengan kebangsaan negatif.
Kebangsaan positif adalah semangat penyatuan dan perpaduan di kalangan kaum-kaum untuk mewujudkan sebuah negara. Sementara kebangsaan negatif, yang patutnya boleh disebut kekauman adalah sifat menunjukkan keagungan unggul bangsa sendiri untuk menakluk bangsa lain, ia boleh disebut ultranasionalis dan fasis seperti terserlah oleh Jerman, Itali dan Jepun.
Begitu juga dengan perkauman. Ia sememangnya negatif. Tetapi perkauman positif dalam bentuk untuk memelihara jati diri kaum sendiri serta memajukan kedudukan dalam pelbagai bidang kehidupan tanpa melakukan penindasan juga perlu ada. Perkauman jenis ini wajar disebut kekauman. Malangnya istilah itu tidak ada.
Apabila sudah memahami konsep Islam, kemanusiaan, kebangsaan, asabiah dan perkauman, maka mudahlah membicarakan apa yang disebut kebangsaan Malaysia. Sebelum Malaysia diwujudkan, yang ada ialah kebangsaan Melayu. Ini kerana Melayu merupakan warganegara negeri-negeri Melayu.
Kebangsaan Melayu pada permulaannya adalah untuk menyatukan negeri-negeri Melayu supaya jangan berbalah sesama sendiri, yang berlainan negeri. Selain itu, ia bertujuan untuk memperjuangkan kemerdekaan daripada Inggeris. Serentak itu memajukan bangsa Melayu supaya tidak dikalahkan oleh mereka yang dibawa Inggeris dari China dan India.
Apabila merdeka, ditubuhkan Tanah Melayu atau Malaya. Maka konsep bangsa Melayu diperluaskan untuk memasukkan semua warganegara Tanah Melayu, walaupun bukan keturunan Melayu. Apa yang sebenarnya muncul ialah bangsa Tanah Melayu atau bangsa Malaya. Sementara kaum yang ada ialah Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum yang kecil lainnya.
Namun begitu, kaum Melayu kerana sejarah serta kedudukan politik dan sosioekonominya masih mengekalkan istilah bangsa Melayu. Ini ekoran kedudukan ekonomi yang sewajarnya perlu ada demi keseimbangan politik bagi Malaya. Tetapi dalam usaha membela kedudukan Melayu ini, ia tidaklah perlu untuk menzalimi kaum lain. Apa yang sebenarnya disebut sebagai ketuanan Melayu adalah bersifat sejarah tetapi tidak tertakluk kepada amalan sistem bernegara secaramoden dan demokrasi. Seperti kedudukan raja-raja yang tidak mutlak, maka begitu juga dengan ketuanan Melayu. Ia merupakan ketuanan berperlembagaan.
Begitu juga apabila Malaysia ditubuhkan. Yang muncul ialah bangsa Malaysia. Di dalamnya terdapat pelbagai kaum. Dengan Melayu masih memiliki konsep bangsa Melayu tetapi dalam konteks bangsa Malaysia. Konsep kebangsaan Melayu yang berteraskan kepada kebangsaan Malaysia, kemanusiaan dan Islam tidak bersifat zalim.
Maka apabila disebut kebangsaan Malaysia, keseluruhan jentera pentadbiran awam dan parti politik adalah bersifat kebansgaan, dan bukannya perkauman. Walaupun BN dikatakan didominasi Melayu dan Pakatan Rakyat didokong Cina, itu tidak boleh berlaku dalam konteks kebangsaan Malaysia.
Umno sebagai parti Melayu adalah hasil perkembangan sejarah kerana pada masa dahulu Melayu itu adalah bangsa. DAP jadi parti Cina kerana ia dianggotai majoriti Cina. PAS yang berteraskan Islam tentunya dianggotai orang Melayu. Tetapi semua parti politik di negara ini tidak boleh bersifat perkauman. Semuanya berkhidmat untuk bangsa Malaysia.
Apatah lagi kerajaan. Kerajaan Malaysia bukannya kerajaan Melayu. Walaupun kakitangannya majoriti Melayu tetapi ia berkhidmat untuk bangsa Malaysia. Maka polis bukannya polis Melayu, tetapi polis Malaysia.
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) adalah suruhanjaya Malaysia dan bukannya Melayu. Akhbar arus perdana adalah untuk bangsa Malaysia dan bukannya Melayu. Tidak timbul Melayu asyik mengalah dan Cina dan India terus menang. Semua kes mesti dilihat dari segi keadilan dengan kesaksamaan setiap warganegara sebagai bangsa Malaysia.
Hulu Selangor: Umno Telah Mula Tabur Rasuah Sebelum PRK Bermula
Hebahan Media Angkatan Muda Keadilan
LAPORAN POLIS TERHADAP PM NAJIB BERKAITAN PENGLIBATAN APCO DI DALAM KERAJAAN MALAYSIA
Perkara diatas adalah dengan segala hormatnya dirujuk.
Pemuda Pakatan Rakyat diwakili Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin akan membuat laporan polis terhadap PM Najib Tun Razak berkenaan penglibatan APCO yang diterajui pimpinan Zionis di dalam Kerajaan Malaysia.
Laporan tersebut akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 6 April 2010 (Selasa)
Masa : 11 pagi
Lokasi: IPD Dang Wangi (bersebelahan Stadium Merdeka)
Harap maklum
--
April 3, 2010
Anwar diugut akan dibunuh jika jadi PM
Ugutan itu dibuat dalam laman komuniti Facebook Anwar Ibrahim dengan menggunakan nama 'Radon Rascesium'.
"Disini say berani berjanji, klu PR tawan Malaysia, dan Anuar nie jd PM. Saya akan pastikan anuar mati sebelum dia merobek perlembagaan Malaysia," tulisnya dalam Facebook itu.
Tidak cukup dengan tulisan pertama itu, pelawat yang sama juga telah membuat amaran yang kedua dalam laman facebook yang sama.
"Org luar memang nk anuar nk jd pm supaya senang nk robek Malaysia. Tp selagi aku hidup, langkah mayat aku dlu," tulis penulis yang fanatik itu.
Ia boleh dilawati dengan menggunakan link di bawah:
http://www.facebook.com/pages/Anwar-Ibrahim/16194831839?v=feed&story_fbid=380685266839
Sehingga kini, tidak ada lagi laporan polis yang dibuat berikutan ugutan sebegini.
Sebelum meninggalkan laman Facebook Anwar itu, Radon Rascesium pada 3 April sekali lagi menulis:
"Okla saudara saudari sekalian, sampai sini saja lawatan saya ke laman ini. saya datang sini nk menguji level intelek, emosi dan spiritual penyokong2 PR dan melihat keyakinan korang terhadap parti korang. Ternyata levelnya low dan korang begitu yakin terhadap PR."
Ekoran komen-komen dari penulis itu, para pelawat Facebook Anwar itu yakin, jika para penyokong Pakatan Rakyat yang membuat komen sebegitu, laporan polis telah dibuat terhadap mereka.
Ini antara komen yang dibuat terhadap tulisan Radon itu:
"Rosmainizan Roslan: kalau budak pr yg buat stetement cmni dh komfom ada buat laporan polis dan kuar utusan dan tb3......... kalu org dia UMNGOK depa wat xtau jer............"
Sumber Berita : Harakahdaily
Gugurkan kes liwat Anwar, Kesatuan Inter-Parlimen
Kes liwat yang melibatkan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Anwar Ibrahim kini mendapat perhatian Kesatuan Inter-Parlimen (Inter-Parliament Union, IPU), yang mengusulkan tujuh resolusi, termasuk menggugurkan kes ini dan melantik pemantau untuk menghadiri perbicaraan seterusnya.
Jawatankuasa Hak-hak Asasi Manusia dari Perhimpunan Antara Ahli-Ahli Parlimen Sedunia membuat pengumuman dalam perhimpunan yang diadakan di Bangkok, Thailand semalam, bahawa mereka sebulat suara mengusulkan resolusi ini kepada Governing Council.
Pengerusi jawatankuasa tersebut, iaitu Ketua Pembangkang Dewan Senat Filipina, Senator Aquilino Q Pimentel, Jr berkata, "Memandangkan kes liwat Anwar (gambar kiri) baru-baru ini dikritik secara umum sebagai cubaan untuk memusnahkan kerjaya politiknya", maka jawatankuasa ini mengusulkan:Pertama, memberi prihatin terhadap tuduhan dan perbicaraan kes liwat yang baru, yang mana kelihatan sarat dengan "kecacatan" sebagaimana yang berlaku dalam kes liwat pertamanya beberapa tahun lalu, namun beliau telah dibebaskan kerana tidak bersalah;
Keduanya, dalam keadaan di mana dua laporan perubatan telah menunjukkan bahawa tiada kesan "tusukan" (penetration), maka ia tidak seharusnya dituduh sebermulanya, dan harus digugurkan sekarang;
Ketiganya, anggota barisan pendakwa raya dalam kes liwat yang pertama, iaitu Abdul Gani Patail yang dituduh mereka bukti palsu untuk menganiaya Anwar, kini terlibat dalam kes liwat yang kedua. Malah, barisan peguam pembela Anwar Ibrahim dilarang untuk mendapatkan bahan bukti, menyebabkan mereka gagal membuat persediaan untuk pembelaan;
Keempatnya, dalam kes ini, kedua-dua pihak mempunyai hak yang sama rata. Pembelaan dalam perbicaraan yang adil amat penting. Seandainya pembela tidak diberi ruang untuk menggunakan haknya, maka apa-apapun penghakiman adalah cacat.
Kelimanya, meminta agar Setiausaha mengaturkan agar pemantau menghadiri perbicaraan seterusnya.
Keenam, meminta agar Setiausaha menghubungi pihak parlimen Malaysia;
Ketujuh, menyeru agar jawatankuasa ini meneruskan siasatan kes ini, malah mengemukakan laporan dalam persidangan mesyuarat ke-123 yang akan diadakan pada Oktober tahun ini.
Tiga orang ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menghadiri mesyuarat ke-122 ini adalah Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan-PKR), Sim Tong Him (Kota Melaka-DAP) dan Senator Mumtaz bt Md.Nawi (PAS). Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dari pejabat Hee Loy Sian, kesemua perwakilan meluluskan resolusi yang diusulkan di atas, dengan pendirian "reserved" Malaysia turut dicatatkan.
IPU ditubuhkan pada tahun 1889, adalah sebuah badan antarabangsa yang berpusat di Geneva, Switzerland, dengan matlamat untuk menjalin hubungan antara parlimen sedunia ke arah demokrasi dan keamanan.
Negara Barat menyokong Anwar
Pada 11 Februari 2010, lebih daripada 50 orang ahli parlimen dan Senator di Australia telah menulis surat untuk meminta supaya institusi kehakiman Malaysia menggugurkan kes liwat Anwar.
Selepas itu, John Kerry, Pengerusi Senate Foreign Relations Committee, Amerika Syarikat juga mengeluarkan kenyataan, menggesa agar Malaysia memberi perbicaraan yang adil kepada Anwar Ibrahim. Beliau berkata, "Saya menyeru kerajaan Malaysia, terutamanya Perdana Menteri Najib untuk memastikan perbicaraan dan penghakiman yang adil terhadap Anwar."
Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Negara Luar Australia, Michael Danby turut menuduh bahawa institusi kehakiman telah dipergunakan untuk mengusir Anwar dari politik, malah menganggap tuduhan ini mengejutkan pendukung demokrasi Asia, kerana semua orang Malaysia dan pakar undang-undang mengetahui bahawa Anwar tidak bersalah.
Selain itu, bekas Perdana Menteri Kanada, Paul Martin juga bersuara untuk membela Anwar. Kelantangan suara masyarakat antarabangsa telah menambah tekanan kepada kerajaan Najib.
Jamaluddin yang terliur mahu jadi MB Perak
http://misabah.blogspot.com |
Saya tidak fikir rakyat Perak boleh percaya Jamaluddin ditawarkan menjadi Menteri Besar Perak oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pimpinan PKR Perak dan Pusat sangat tahu latar belakang Jamaluddin. Usahkan Menteri Besar, menjadi wakil rakyat dan EXCO yang baik pun tidak ada pada batang tubuh Jamaluddin. Sumber Berita : Harakahdaily |
Sekolah baru: Kera di hutan disusukan...
Apr 3, 10 10:02am |
PAS dalam satu kenyataan berkata sebagai timbalan perdana menteri dan bukannya menteri kewangan, Muhyiddin berkuasa dengan sewenang-wenangnya mencurahkan peruntukan itu tanpa merrujuk kepada kementerian bertanggungjawab.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad.
Menurut beliau, dalam kesibukan BN cuba menjadi juara memperjuangkan masalah rakyat di Hulu Selangor, Muhyiddin telah dimalukan dengan pendedahan laporan dari Bernama.
Laporan itu memaparkan kisah empat guru di sekolah rendah Long Latin, Ulu Baram, Sarawak, termasuk sepasang guru suami isteri yang terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit yang daif sejak tiga tahun lalu.
Laporan Be
“Lebih menyedihkan lagi, bilik kediaman guru-guru yang cekal ini adalah di bawah bilik darjah tempat mereka mengajar. Tidak dapat dibayangkan penderitaan yang mereka alami lantaran layanan 'double standard' menteri pelajaran yang lebih ghairah mengumumkan projek-projek meganya di Hulu Selangor.
“Jika dibandingkan dengan rumah sebahagian guru-guru yang mengajar dan tinggal di Putrajaya, saiz 20 x 10 kaki itu, bersamaan dengan ruang tempat letak kereta di rumah mereka sahaja. Memang mewah guru di Putrajaya kerana kerajaan begitu menjaga imej sekolah di Putrajaya berbanding Ulu Baram,” katanya.
“Apakah Muhyiddin mahu tunggu sampai ahli parlimen Baram ini meninggal dunia baru hendak umumkan peruntukan bagi pembinaan rumah baru bagi guru-guru malang ini? Sewajar sebagai ahli parlimen bertaraf timbalan menteri, kawasan Jacob mendapat peruntukan yang lebih baik sekarang,” katanya.
Justeru, beliau berharap rakyat, khususnya di Hulu Selangor tidak tertipu dengan taktik projek politik itu kerana BN akan menabur sebanyak mana janji dan peruntukan yang mampu semata-mata untuk merampas semula kerusi Hulu Selangor.
Kerusi Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad dari PKR pada 25 Mac lalu akibat barah otak.
Suruhanjaya Pilihan Raya, semalam mengumumkan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ditetapkan pada Ahad, 25 April, manakala penamaan calon pula ialah pada 17 April.
Sumber Berita : Malaysiakini
April 2, 2010
Isu Sebat Kartika : Ini Beza Kenyataan Harussani Dan Dr Mohd Asri
Tan Sri Harussani Zakaria (kanan) berkata, hukuman sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika sebelum ini bukanlah hukum hudud, sebaliknya hanya takzir yang tertakluk kepada pindaan oleh pemerintah.
“Hukuman hudud menetapkan 80 rotan (kepada pesalah yang meminum arak). Tetapi hukuman yang dijatuhkan terhadap Kartika tidak sampai kepada hukum hudud.
“Ia hanya takzir yang boleh diubah. Hukum hudud tidak boleh diubah sama sekali,” katanya.
Harussani diminta mengulas kenyataan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang dukacita terhadap perintah Sultan Pahang yang berkenan menggantikan hukuman sebat terhadap Kartika dengan kerja-kerja khidmat kemasyarakatan.
Menurut persatuan tersebut, perintah tersebut tidak mengambil kira hasrat Kartika yang mahu disebat secara syarie dan ia “dikhuatiri tidak mempunyai keabsahannya di sisi undang-undang”.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini Harussani berkata, menurut peruntukan takzir, pemerintah atau sultan mempunyai hak untuk mengubah peruntukan-peruntukan dalamnya.
Undang-undang kesalahan jenayah syariah terbahagi kepada tiga, iaitu hudud, qisas dan takzir.
Undang-undang mesti dijalankan dengan tegas
Peruntukan hudud melibatkan enam kesalahan iaitu murtad, minum arak, berzina, mencuri, merompak dan qazaf. Manakala qisas pula hukuman balas, seperti pembunuh akan dibunuh balas.
Kategori takzir pula kesalahan selain daripada hudud dan qisas yang mana hukumannya tertakluk kepada budi bicara pemerintah.
Sementara itu, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kiri) mempunyai pandangan yang berbeza apabila khuatir peringanan hukuman terhadap Kartika mengambarkan “seolah-olah kuasa raja mengatasi undang-undang”.
“Mungkin dalam kes Kartika ini (peringanan hukumannya) nampak positif. Tetapi esok-esok dikhuatiri boleh berlaku perkara lain pula.
“Kita bimbang nanti kerabat dan orang kenamaan yang melakukan kesalahn juga diampunkan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Dr Mohd Asri berkata, menurut pengalaman dalam sejarah Islam, pelaksaan sesuatu hukuman yang dijatuhkan mahkamah mesti dijalankan dengan tegas walaupun melibatkan sesiapa sahaja.
Katanya, terdapat satu kes pada zaman Rasullaah, seorang penzina daripada golongan bangsawan tidak diampunkan walaupun setelah merayu.
Tambahnya, penegasan terhadap keperluan melaksanakan hukuman tergambar dalam sabda Rasulullah: “Jika anakku Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong tangannya.”
Sumber Berita : Malaysiakini
Mula dah!! Empat Sekolah Baru Di Hulu Selangor. Ini Bukan Rasuah OK
Pathma Subramaniam Apr 2, 10 |
Berucap kepada 500 guru dari Hulu selangor yang dihimpunkan di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Muhyiddin mengumumkan sebuah sekolah menengah dan tiga sekolah rendah akan dibina.
Beliau juga menggunakan sessi soal jawab selama 15 minit untuk mengulangi janji kerajaan mengkaji keperluan guru dan pelajar.
Bagaimanapun sebelum mengakhiri ucapannya, timbalan perdana menteri mengingatakan bahawa tarikh pilihan raya kecil Hulu Selangor telah diumumkan.
"Saya tidak akan berkempen hari ini tetapi saya akan datang kembali untuk berkempen pada masa yang lain.
"17 April adalah hari penamaan calon manakala 25 April pula adalah hari mengundi. Tandakan hari-hari dalam diari anda dan catatkan juga undilah Barisan Nasional," katanya sambil berseloroh.
Selepas menunaikan solat asar, beliau mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di kampung berkenaan.
Sehubungan itu, timbalan presiden Umno mengarahkan Jabatan Kerja Raya menyempurnakan projek berkenaan dengan kadar segera selaras dengan prinsip rakyat didahulukan.
Dalam pada itu, beliau turut meluluskan permohonan Masjid Al-Sajdin di Kampung Sentosa untuk mendapatkan van jenazah dan tempat wuduk jemaah perempuan yang menelan belanja RM100,000.
Beliau bagaimanapun enggan berjumpa dengan wartawan.
Esok, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dijangka memulakan lawatannya pula untuk bermesra dan berjumpa dengan rakyat.
Khidmat masyarakat: Peguam Muslim bantah
Kartika ditahan pihak berkuasa ketika minum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008 dan selepas mengaku bersalah, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan.
“PPMM yang mewakili lebih seribu ahli yang berkelulusan undang-undang dan syariah khuatir titah perintah ini tidak mempunyai keabsahannya di sisi undang-undang kerana walaupun bertindak sebagai ketua agama negeri KDYMM Sultan Pahang seharusnya mempertahankan undang-undang Islam serta memperkukuhkan institusi mahkamah syariah.
“Hak dan ku
Kata PPMM lagi, undang-undang Islam telah menetapkan secara definitif hukuman bagi kesalahan meminum arak.
“Walaupun sebatan syarie sebanyak enam kali itu tidak mencapai jumlah yang ditetapkan oleh hukum syarak, namun ianya hendaklah dilaksanakan juga kerana ia lebih hampir kepada hukum syarak.”
Sebatan syarie amat ringan
Menurut PPMM, mereka juga musykil peringanan hukuman itu yang didakwa berasakan faktor kemanusiaan sedangkan hukuman berkenaan sendiri adalah amat ringan dan mempunyai falsafahnya yang tersendiri.
“Sebatan syariah amat berbeza dengan sebatan sivil yang mencedera dan menzalimi pesalah. Sebatan syariah lebih bersifat mendidik sebagaimana bapa mendidik anaknya,” kata kenyataan itu.
“Peringanan hukuman bagi kesalahan syariah pula hendaklah dibuat atas nasihat Mufti. Mufti pula bertanggungjawab menasihati DYMM Sultan berdasarkan hukum syarak.
“Dalam hal yang demikian PPMM tidak dapat menggarap peruntukan yang manakah terpakai kepada peringanan hukuman kepada kerja kebajikan ini,” kata kenyataan itu.
Menurut PPMM lagi, tindakan beberapa ahli-ahli politik termasuk menteri-menteri dan kumpulan NGO lain berhubung isu itu jelas membelakangkan undang-undang Islam dalam pendirian mereka mengaut keuntungan politik atau populariti.
Kartika mula jalani khidmat masyarkat
“Setiap undang-undang yang ditetapkan oleh Allah itu mempunyai falsafahnya yang tersendiri dan kadang-kadang menjangkaui logik akal manusia. Oleh itu, kita tidak boleh menggunakan akal fikiran sendiri bagi menandingi ketetapan Allah itu.”
Berikutan titah Sultan Pahang itu, Kartika memulakan hukuman khidmat masyarakat di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, di Kuantan kira-kira jam 9.35 pagi tadi.
Sebelum itu, beliau diberi taklimat di Bahagian Penguatkuasa di Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) selama 20 minit.
Kartika menerima sepucuk surat Rabu lalu yang memaklumkan mengenai keputusan itu.
Surat tersebut berbunyi:"Menjunjung titah perintah kebawah Duli Yang Maha mulia Sultan Pahang, saya dengan ini memaklumkan kepada Puan bahawa berikutan daripada Majlis Mengadap Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang yang diadakan pada 3 Mac 2010, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sulatan Pahang selaku Ketua Agama Islam Negeri Pahang telah berkenan memutuskan bahawa sebagai ganti kepada hukuman sebat Puan dititah perintah supaya menjalankan kerja khidmat kemasyarakatan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatima, Kuantan di alamat Jalan Tengku Muhammad, 25050 Kuantan selama 3 minggu mulai 2 April 2010."
Sumber Berita : Malaysiakini
April 1, 2010
Sidang DUN Perak - Kejutan Jamal Behrang !
Oleh Anak Sengat
Masih dalam tajuk 'tawaran' jawatan Menteri Besar Perak. Nasib baik Jamal tak betul jadi MB Perak, kalau tidak..naya rakyat Perak, kerana ber'MB'kan 'katak'.
Lompat PKR ke DAP pun kira'lompat' apa ? Adoi..Perak negeriku, merata tempat ada 'katak'. Dari selatan Perak(Behrang) hingga ke utara Perak(Bagan Serai) 'katak' merata-rata. Bila 'katak' mula bunyi dalam dewan, hujan pun mariii...dum-dam dum-dam sana dan sini, sekarang dah pagi petang hujan...!Zamry ditawar jadi MB Pakatan Rakyat
Zamry pula mendedahkan bahawa beliau telah ditawarkan menjadi MB pakatan Rakyat jika melompat parti menyertai PKR setelah pilihanraya 2010. Perkara itu didedahkan Zamry ketika menggulung perbahasan di DUN Perak.
Pendedahan zamry itu tidak mengejutkan , sebaliknya menjadi satu lagi lawak tahun ini meneruskan lawak Zahrain dan Zul di Parlimen. Zamry juga nampaknya teringin nak glamer dan menjadi tumpuan, sayangnya pendedahan itu bukan mengejutkan, tetapi menampakkan ke'badut'an Zamry dalam mengejar tumpuan media. Tindakan itu juga dilihat cuba mengalihkan pandangan rakyat dari apa yang berlaku di DUN Perak hari ini dan semalam.
Beliau dikatakan telah ditawarkan oleh seorang pemimpin kanan PKR. Hang bagitau pemimpin 'kanan' mana yang mai offer tu..? Cerita hang tu tak cukup masak nak rakyat 'hadam' zamry oi !
Penduduk Hulu Selangor, Bersedia Dan Jangan Terperanjat
Cuba sebut satu sahaja kawasan yang diadakan Pilihanraya Kecil yang tidak dilimpahi kemewahan secara tiba-tiba? Semua penduduk akan merasai betapa nikmatnya hidup sepanjang tempoh kempen diadakan. Bagi yang lelaki, mereka boleh minum teh tarik dan makan roti canai di warung atau restoren tanpa perlu membayar kerana akan ada `Sipemurah' akan membayarnya
Mereka tidak perlu lagi bekerja di ladang getah kerana akan ada `hantu raya' tolong torehkan getahnya seperti yang berlaku semasa Pilihanraya Kecil Dun Manek Urai yang lepas. Bagi suri-suri rumah pula, mereka boleh lah duduk menonton TV sepanjang hari kerana akan hadir `Puteri-Puteri' dari kayangan berpakaian serba `pink' tolong membasuh kain, menyapu halaman rumah hatta tolong dodoikan anak-anak mereka.
Di saat menjelang pilihanraya nanti, dari sekarang jika rumah anda ada sikit-sikit bocor atap atau dinding rumah reput, lebih baik buangkan terus. Jangan khuatir, atap rumah anda dan dinding rumah anda akan ditukar dengan yang baru. Bayaran? Tidak perlu, anda cuma perlu ikatkan bendera logo keris telanjang tanpa sarung atau dacing baghdad berkarat tu pada tiang-tiang rumah anda. Tidak percaya? Cuba tanya orang-orang Manek Urai atau orang-orang di Bukit Gantang dan Permatang Pauh.
Tapi mereka mungkin silap apabila berdepan dengan masyarakat di Hulu Selangor ini. Jika di Kelantan, rakyat di sana telah diajar petua oleh Tuan Guru Nik Aziz bagaimana untuk berdepan dengan `hantu-hantu raya' yang boleh merupa-rupa ini. Di Kelantan mereka mengamalkan petua, "beri gula, kacau, beri kain, sarung, beri duit, ambil....undi tetap PAS". Hasil dari petua ini Kelantan selamat berpuluh tahun. Petua di Kelantan boleh digunakan di Hulu Selangor sekiranya kita ingin melihat `hantu-hantu raya' ini diperbodohkan. Telah lama orang-orang Melayu diperbodohkan oleh `hantu-hantu raya' yang boleh merupa berbagai rupa ini, kini tiba pula waktunya kita perbodohkan mereka pula.
Mereka ini tiada kekuatan apa-apa kecuali umpan duit, guna jentera kerajaan dan media pencacai mereka. Jangan pelik mulai sekarang kita akan mendengar beratus-ratus orang ahli PR keluar dan menganut `mazhab' Umno/Bn. Di Hulu Selangor nanti akan dimainkan lagu-lagu lama kitaran semula. Menteri-menteri akan datang setiap hari untuk merasmikan bangunan, projek, program hatta perasmian tandas awam pun akan ada menteri yang turun siap siaran langsung oleh TV. Anda jangan sangka negara kita ingin berperang atau huru hara apabila anda melihat beberapa tempat didirikan khemah-khemah Polis.
Mudah-mudahan penduduk-penduduk di Hulu Selangor tidak dirasuk oleh `hantu-hantu raya' ini. Persetankan jenis atau bangsa apa `hantu-hatu raya' ini samada berkulit sawo matang mahu pun berkulit gelap kerana `hantu raya' tetap `hantu raya' yang sentiasa ingin menipu./wfauzdin.blogspot.com